Assalamualaikum...
Baiklah, kali ini, untuk slot CekaPranksterZ yang seterusnya, saya tampilkan dua orang jejaka (ceh...) dari rumah Budiman (hijau) yang juga merupakan warga 5 Cekap 2011. They are.....
Muhammad Amirul Nadzir dan juga Amirul Khafiz... and this is the story about them..from my point of view.
Baiklah, Amirul Nadzir ni lebih dikenali sebagai Manap, baik di sekolah mahu pun di asrama. Berasal dari Batu Pahat, dia pun bersekolah di tempat Abah saya pernah bersekolah: High School BP. Kalau bab-bab bersukan tu, jangan cakaplah. Rugby for sure is his thing, dan juga adalah sukan-sukan yang lain (standard la tu, kan..?).
Dia ni memang nakal. Baru-baru ni, dia menyakat seorang lagi warga 5 Cekap yang kecil molek je bernama Siti Hanis (kisahnya adalah pada slot yang lain..). Siti Hanis ni suka bawa botol air kecil, dan pada suatu hari tu, Nadzir sorokkan botol tu. apa lagi, menggelabahlah si Hanis mencari. nak tergelak saya dibuatnya bila fikirkan balik insiden tu.
Tapi, sebenarnya dari jauh saya dapat lihat dia sebagai seorang yang amat baik hatinya. Walaupun dengan kenakalannya, dia masih sentiasa prihatin dengan apa yang berlaku di dalam kelas, setiap kali saya tak sihat atau pun stres, dia akan tanya, "Syafiq, kau OK?" Itulah pertanyaan yang ingin saya dengar, sebab itulah bukti bahawa seseorang itu memiliki sikap prihatin yang tinggi. To be honest, saya memang respek giler kat Nadzir ni. Cayalah beb!
--------------------------------------------------------------------
Baiklah, Amirul Khafiz pulak. Orang Segamat (satu kampung..), tinggal di Segamat Baru (dekat sangat dengan rumah..) dan bersekolah di SMK Seri Kenangan (ada ramai kawan kat situ..). Secara ringkasnya, dia ni merupakan pelajar ambilan ketiga (if i'm not mistaken..) dan apa yang agak OMGnya ialah Abah saya & ayah dia adalah kenalan. So, faham-faham sahajalah. Dia juga kaki ragbi, which explain why they have same thoughts.
Itu sahajalah yang dapat saya ceritakan tentang budak dua orang ni. Untuk slot yang seterusnya pula, gelombang merah akan dicetuskan oleh tiga orang jejaka. Siapa..? Tunggu... Wassalam.