Kesakitan,
Baik di dalam mahu pun di luar,
Adalah dugaan-Nya.
Kehilangan,
Baik yang kita sedari mahu pun tidak,
Adalah dugaan-Nya.
Kepedihan,
Walau sebesar zarah sekali pun,
Adalah dugaan-Nya.
Perasaan,
Yang kita alami, atau lihat,
Adalah dugaan-Nya.
Segala-galanya,
Yang berlaku dalam hidup kita,
Adalah dugaan-Nya.
Persoalannya kini:
Mampukah kita menghadapinya...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan