Isnin, 21 Februari 2011

L O A D I N G . . .

Hai...

Biasanya, kalau kita ingin membuka sesuatu perisian komputer, akan ada suatu tempoh menunggu, kan? Biasanya, komputer tu akan memaparkan perkataan "LOADING...", kan? Lambat tak kalau nak menunggu tempoh tu? Bergantung kepada jenis perisian tu lah, kan...

Well, macam tu jugalah saya. Tapi, 'LOADING' dalam diri saya pula adalah ketika saya kurang faham dan susah nak menangkap apa yang orang di sekeliling saya cuba sampaikan. Mungkin disebabkan tak berapa nak dengar (bising..), atau pun mungkin saya terlalu memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang diungkapkan. Adoyai...

Sekarang ni, hanya seorang sahaja individu yang sering memanipulasikan kelemahan saya ni. Siapa? Fikirlah sendiri. Hehe... Namun, memang geramlah setiap kali berlaku insiden berasaskan LOADING ni, tapi kadang-kadang nak tergelak jugalah bila fikirkan balik. Hahaha... :-)

Baiklah, itu sahajalah yang saya nak kongsi buat waktu ini. Ada lagi cerita lain yang menanti, OK? Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan