Khamis, 3 Oktober 2013

Kuasa Gen Y

Salam sejahtera & selamat datang ke bulan Oktober. 

Baiklah, rasanya elok saya buka tirai blog ini untuk bulan ke-10 tahun 2013 dengan dua paparan yang saya rasakan menarik untuk dilihat & dinilai. Saksikan dahulu, ya.


OK, paparan YouTube di atas menunjukkan dua sesi temu bual oleh dua stesen berbeza membabitkan dua orang pemimpin muda dari dua blok siasah yang berlainan. Apa yang menariknya di sini?

Bagi saya, paparan tersebut menzahirkan kedua-dua mereka ini sebagai memiliki karisma yang tersendiri & mudah rasanya untuk didekati oleh golongan muda. O..K.., ada yang mungkin tak jelas signifikasi di situ. Tak mengapa.
Ketika ini, golongan belia merangkumi lebih 40% daripada populasi Malaysia & menjadi sebahagian besar daripada pengundi baharu yang akan mengundi ketika proses pemilihan kerajaan yang seterusnya. Oleh itu, jika mana-mana blok politik di negara ini ingin menambat hati golongan sasar sebegini, maka lebih molek jika pemimpin dari ruang usia yang sama juga diberi tugas berasimilasi dengan mereka.

Daripada video di atas, kedua-dua individu prolifik ini dilihat mampu mencambah minat anak-anak muda untuk lebih dekat & berasa selesa dalam berkomunikasi dengan kedua-duanya. Secara tak langsung, anak-anak muda ini juga akan kurang kegusaran dalam menyuarakan pendapat berkaitan pembangunan komuniti dalam segenap aspek. Lihat sajalah video itu; seorang dengan sikap sporting & mesra remaja, seorang lagi dengan kesantunan & toleransi terhadap perbezaan ideologi. Jika diasah dengan lebih tajam, saya takkan meragui kemampuan mereka berdua untuk membawa generasi Y hari ini ke arah yang lebih baik.

Mungkin juga kuasa generasi Y dalam mencorakkan masa hadapan negara ini akan lebih dominan jika dua personaliti ini berkolaborasi bersama, dengan mengetepikan elemen siasah demi masyarakat. Tak mustahil, bukan? ;-)

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan