Isnin, 25 November 2013

Mahsuri, Machinchang, Money?

Assalamu'alaikum & wazzup...

Wow, agak terlambat rasanya bagi saya untuk mengepos sesuatu bagi memenuhkan kuota 3 'blog post' sebulan, tapi tak apa. Saya jamin lagi 2 akan menyusul dalam beberapa hari lagi, OK?

Baiklah. To make it quick, saya akan ceritakan secara ringkas pengalaman semasa kunjungan keluarga ke pulau legenda, Langkawi pada 15 hingga 17 November yang lalu. Memang antara impian saya untuk ke sana (& begitu juga dengan ramai orang, mungkin). So, fasten your seatbelt; this is going to be one fast review.

JUMAAT, 15/11/2013
Selepas selesai mengambil Syakir (my lil bro) di SDAR (memandangkan ia hari terakhir persekolahan bagi 2013), kami terus ke LCCT untuk terbang ke LGK (kod IATA untuk Langkawi). Pening juga nak cari parking kerana LCCT itu sendiri kecil & berdasarkan pengalaman saya di sana sebelum ini (rujuk SINI), sememangnya LCCT amat sesak (which is why it's crucial for KLIA2 to be completed really soon). Penerbangan AK6314 berlepas pada jam 6.25 petang & tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tidak sampai sejam kemudian. I tell you, that was the shortest flight I've ever been into so far.
.
Setelah mengambil kereta sewa, bermulalah kembara kami sekeluarga di Langkawi ini yang membawa kami ke destinasi pertama: Petronas. Standard lah kan; kereta sewa, faham-faham sahajalah. Tiba di lokasi penginapan, tak banyak perkara yang dibuat. Unpack, pray, & sleep.

SABTU, 16/11/2013
Aktiviti pagi dimulakan secara santai di Pantai Cenang di hadapan chalet penginapan. Tiada mandi-manda yang ekstrem (no additional clothes brought by us), tapi kira bolehlah.
Then, it's the start of a whle-day trip around Langkawi. Bermula dengan lokasi ikonik, Dataran Lang, kembara kemudiannya diteruskan ke satu lagi kawasan ikonik Langkawi, iaitu Kota Mahsuri yang sudah semestinya menempatkan makam Mahsuri. Sejarah sumpah 7 keturunan Mahsuri sentiasa menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung, selain daripada gerai-gerai barangan murah di sekitarnya (of course-lah kan).
 .
The main highlight of our trip overall is this next destination: Oriental Village. Di dalamnya terdapat macam-macam tarikan, tetapi yang paling utama sudah tentunya Langkawi SkyCab; antara sistem kereta kabel terpanjang di dunia.
 .
Perjalanan ke stesen pertengahan mengambil masa kira-kira 10 minit. Dari dalam gondola, pemandangan sebahagian pulau Langkawi, termasuk pulau-pulau di selatan Thailand dapat dilihat. Apa yang lebih best, gondola saya sekeluarga dilengkapi dengan kesan bunyi unik yang tiada di dalam gondola lain: rintihan Umi yang gayat berada di dalamnya. :P
 .
Anyway, selepas puas ber-'selfie' di dalam gondola, tiba jugalah di puncak Gunung Machinchang pada paras 700 meter dari aras laut. What a stunning view upon arriving the top of the mountain.
 .
,
Puas berada di dalam gondola, kami terus ke lokasi seterusnya, iaitu Underwater World yang tidak jauh dari chalet penginapan. Antara tarikan utama di sini ialah penguin yang dibawa dari kawasan sub-Antartika sebagai bahan kajian terhadap kemandirian spesisnya di kawasan tropika.
 .
Lokasi terakhir bagi hari ke-2 ini ialah kawasan beli-belah premium. Sesuai dengan status kawasan bebas cukai, Langkawi menjadi tumpuan penggemar manisan & barangan kaca yang ingin borong sakan. Our family is no exception. Di satu tempat dipanggil Kompleks HIG di pekan Kuah, macam-macam yang kami beli, terutamanya coklat, gula-gula serta beberapa aksesori lain. Borong habis, fulus pun habis. :3
Fuh, habis sudah keliling pulau sehari suntuk. Kepenatan, kami sekeluarga tidak banyak melakukan aktiviti pada malam hari. Rehat di bilik sahaja.

AHAD, 17/11/2013
Hari terakhir dimulakan dengan bersiar-siar ringan di sekitar Pantai Cenang (hmm, ringan lah 'sangat'). Pagi itu diisi dengan bermain jet ski & para-sailing. Namun, malangnya disebabkan kami sibuk bergembira (atau pun menjerit) melakukan aktiviti itu, tiada sebarang bukti bergambar yang mampu ditunjuk di sini. Sadis kan?
Tengah hari. Usai mendaftar keluar, kami ke Galeria Perdana yang menempatkan pelbagai memorabilia & cenderamata milik Tun Dr. Mahathir Mohamad sekeluarga. Ada juga sesi menambah pengetahuan am biar pun seketika.
Kemudian, terus ke Beras Terbakar. Tempat ini ada kaitan dengan serangan tentera Siam pada zaman dahulu (kurun ke berapa tu, Google sendiri la ya). Pemerintah Langkawi meminta penduduk membakar beras (tanaman) mereka agar tidak boleh dirampas & digunakan oleh tentera Siam. Kesan kejadian itu masih kekal sehingga kini.
Dah habis 'membakar' mata, kami terus ke kawasan lapangan terbang, tetapi singgah seketika ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sebelahnya bagi meninjau pertandingan bola cat (BI: paintball) peringkat Asia. Sebagai seorang yang dah pernah merasa main 'paintball' (rujuk SINI), suasana itu tidaklah begitu mengujakan saya. :3
Pendek cerita, jam 10.40 malam menjadi detik kami tinggalkan bumi Mahsuri dengan penerbangan AK6321 kembali ke LCCT. Tiba di KL pada waktu hampir tengah malam. Kemudian, tiba di Segamat pada jam 2.45 pagi. 

Pendek kata, satu lagi pengalaman yang membuka mata terhadap kepelbagaian & keunikan Malaysia. Kedah, checked. Kini, hanya Pulau Pinang, Perlis & Kelantan sahaja yang belum saya jejaki. 3 more states, & I'll complete my all-around-Malaysia journey. Bila masanya? insya-Allah, kalau ada rezeki. Apa-apa pun, satu perjalanan yang menarik, penuh :-) dan :-( serta macam-macam untuk diingat.

Termasuklah sawah padi yang luas terbentang. Ya lah, nama pun Jelapang Padi negara kan?

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan