Selasa, 26 Februari 2013

3.43 Pagi

(z_z)

Tiba-tiba.
Terbangun dari tidur.
Tengok H/P.
Jam 3.43 pagi.
Kebetulan, atau memang suratan?
343. Angka yang sungguh signifikan.

H/P WiFi mode: On.
YouTube search: zapin SAMURA.
Plaza Angsana.
YouTube search: ghazal SAMURA.
TV9; Parit Raja.

Log in FB.
Zero notification.
6 birthdays.
Someone else's album about some kind of annual dinner.

Sudah disahkan.
4 jam lagi.
Auditorium = Mini bed.

Selasa, 19 Februari 2013

A Night to Remember

Assalamu'alaikum & wazzup.. :P

Baiklah, malas saya nak menaip banyak sangat mukadimah yang terlalu berbunga-bunga; let's keep it short & simple, yet packed with so many stuffs.

Saya telah dipilih sebagai salah seorang peserta persembahan untuk majlis makan malam tahunan PASUM, atau nama lainnya Malam Emas Asasi (lebih kurang macam MRS di SAMURA). Persembahannya: tarian tradisional (well, thanks to Amirul Ezwan a.k.a. Nelly for persuading me into that). Nak dipendekkan cerita, BT 14 dan Dewan Gemilang menjadi saksi kepenatan saya & 9 orang lagi rakan yang lain menjalani latihan.

Akhirnya, detik yang dinanti telah tiba. 16 Februari 2013.
Venue yang dipilih bagi Malam Emas untuk pelajar PASUM sesi 2012/2013 ialah Dewan Merdeka, PWTC. Bagi saya, itu sudah cukup 'WOW!'. Tak pernah terfikir pun di minda saya untuk berada di pentas yang sungguh berprestij itu. Bayangkanlah, banyak acara televisyen pernah diadakan di dewan ini, termasuklah Anugerah Skrin serta Anugerah Industri Muzik (AIM), malah Anugerah Juara Lagu (AJL) yang pertama pada tahun 1986 juga mengambil tempat di dewan yang sama. Pergh!
 Dewan yang sungguh gemilang...
Suasana pentas untuk Malam Emas..
.
Untuk pengetahuan anda, semua AJK yang terlibat & peserta persembahan berada di PWTC sejak jam 8.30 pagi, & 2 kali raptai telah dibuat bagi memastikan kelancaran acara sebenar kelak. Lepas dah habis beraptai, saya mengikut rakan-rakan tarian yang lain 'berjimba' kejap di Putra Mall (a.k.a. The Mall) untuk mencuci mata seketika.
Ketika hendak ke The Mall dengan berjalan kaki, saya melalui beberapa tempat yang penuh signifikan buat saya serta mengimbau kenangan SAMURA yang tak mungkin dapat dilupakan. *sigh*
 Dewan Tun Dr. Ismail, tempat ahli ghazal Seri Kencana & ahli angklung Pawana Sukma membuat persembahan pada April 2011..
Hotel Seri Pacific, tempat jejaka SAMURA melepak kejap sebelum persembahan pada sebelah malam..

Puas bersiar-siar, kami kembali ke Dewan Merdeka untuk bersiap sebelum acara berlangsung pada jam 8.15 malam. Bagi peserta lelaki yang membuat persembahan, persediaan itu tak adalah menjadi masalah; cuma sarung baju, pakai samping dan seluar, serta sedikit 'andaman'. Kami menunggu di belakang pentas sebelum membuat persembahan di hadapan tetamu VVIP, iaitu Prof. Dr.Awang Bulgiba Awang Mahmud, Pemangku Naib Canselor UM. Sempat juga saya menenangkan diri seketika.. you know, with my own way. :P
.
Tarian tradisional merupakan persembahan pertama pada malam itu. Jadi rasa gugup itu menjadi lebih teruk memandangkan kami perlu menjadi pembuka tirai yang gempak. Apa-apa pun, the show must go on.
 Zapin pembuka tirai persembahan..
Lenggok tari inang..
Sebaik sahaja tamat persembahan, saya melompat kegembiraan di belakang pentas sebab segala penat lelah berakhir sudah. *hhi* Dalam pada itu, sempat juga bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan.
 Ahli kumpulan Gemala Manira..
Batch 28 SAMURA was here. Kau hado?

Sesudah itu, kami terus menukar pakaian kepada yang lebih formal sebelum masuk semula ke Dewan Merdeka bagi menjamu selera. Konsep pakaian saya adalah agak ringkas; hanya vest dan seluar bertemakan kelabu/perak & tali leher biru. (BTW, thanks to Hanafi for the vest)
Sambil menjamu selera, pelbagai persembahan disajikan (selain tarian tradisional). Sememangnya makanan yang dihidangkan cukup sedap, & persembahan pun cukup menghiburkan.
 Nama hidangan (dalam menu): Fried Crispy Garoupa with '3 Rasa'..
 Persembahan sketsa..
 Persembahan dikir barat..
Persembahan band pelajar. Another member of Batch 28 SAMURA. Once again, kau hado?

Menutup acara pada malam itu, semua AJK & peserta persembahan tampil di atas pentas bagi menyanyikan lagu tema majlis itu, iaitu 'We're All in This Together' yang dipetik daripada filem High School Musical (my favourite!). Jadi, apabila tiba di bahagian chorus lagu itu, saya mengambil kesempatan untuk berada di tengah pentas bagi mengepalai koreografi asal lagu itu bersama mereka yang lain. Oh, once again (just like during the MHS), I stole the spotlight & took the centre stage.
.
Kalau diikutkan, setiap pelajar perlu membayar RM 100 untuk Malam Emas ini. Namun bagi saya, pengalaman dapat membuat persembahan di Dewan Merdeka PWTC melangkaui RM 100 dari segi nilainya. Sesungguhnya, memori semasa malam ini (& juga mungkin keseluruhan masa saya di PASUM) akan saya ingat sampai bila-bila. Saya tahu, tempat saya semasa ijazah pertama nanti bukan di UM, tapi yang penting saya dapat rasa bangga kerana telah menjadi sebahagian daripadanya. :')

Terima kasih banyak-banyak kepada semua AJK Malam Emas; you did a marvellous job!, juga kepada Dr. Fakhrul (pensyarah Fizik) kerana selalu turun padang bagi memberi tunjuk ajar kepada ahli Gemala Manira. Secara peribadinya, ia sememangnya satu malam yang akan mekar dalam memori saya. It was really a night to remember. Wassalam.

Khamis, 31 Januari 2013

2013: First of Last

Assalamu'alaikum, semua...
Baiklah, saya tahu bahawa saya sudah terlalu terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2013 kepada anda semua. Apa-apa pun, saya saja menyiarkan 'blog post' pertama tahun ini pada hari terakhir Januari kerana bagi saya itu ada signifikasinya yang tersendiri.

Seperti biasa, setiap tahun menjanjikan pelbagai cabaran, eksplorasi & pengalaman yang hanya menanti masa untuk disingkapkan. Bagaimana saya akan menghadapinya? Wallahu'alam. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.

Bercakap tentang cabaran, cabaran pertama saya untuk 2013 ini ialah Ujian Pertengahan Semester 2 di PASUM ini. Hmm, tak perlu saya mengulas lebih lanjut lagi tentangnya; let bygone be bygone. Sekarang ini, saya kena fokus dalam tempoh lebih kurang 70 hari sahaja lagi sebelum bumi KK12 ini saya tinggalkan untuk selamanya. Fuh, it's gonna be one hell of a journey.

Baiklah, itu sahaja yang mungkin ingin saya luahkan. Semoga 2013 ini memberi satu lagi tempoh masa untuk kita mematangkan diri dalam segenap aspek. Wassalam. :-)

Ahad, 30 Disember 2012

[Sekilas Pandang (2012] at a Glimpse)

JANUARI
- Meneruskan kehidupan pasca-SPM yang AMAT membosankan..
- Mempersiapkan diri untuk dapat lesen kereta..
FEBRUARI
- Pertama kali kembara seorang diri (ke JB; kisah selanjutnya di SINI)
- Meneruskan kembara seorang diri ke KL pula untuk PKTR 2011..
MAC
- Celebrated my 18th birthday during PKTR, with getting the first (& best) birthday surprise ever! :'D
- Keputusan SPM 2011: 6A+, 1A, 1A-, 1B+. Alhamdulillah..
APRIL
- Huru-hara dengan permohonan macam-macam biasiswa pasca-SPM..
- Terpilih sebagai pelajar terbaik subjek BM SAMURA untuk tahun 2011; YEAY! (click HERE for further story)
MEI
- Konflik emosi menjelma kembali.. *sigh*
- Berduyun-duyun surat tawaran datang ke rumah; hanya satu yang menjadi pilihan..
- Menjadi 'tour guide' pasukan forum remaja SAMURA di Segamat.. :)
- Memulakan kehidupan sebagai pelajar Pusat Asasi Sains UM (PASUM), KL..
JUN
- Bermula satu lagi diari unik; menjadi orang KL.. *ahaks* :P
- Kembara ke sana sini, termasuk ke UiTM Puncak Alam seorang diri, OK.. Kau hado?
- Cuba mengadaptasi diri dengan suasana P&P di PASUM yang terlalu pantas..
JULAI
- Meneruskan kembara solo ke sekitar KL (termasuk Muzium Negara & Planetarium Negara; kliklah kt SINI)
- Ramadan pertama (& terakhir) di Kolej Kediaman ke-12 UM. Jauh bezanya dengan Ramadan di SAMURA. :-\
- Sukan Olimpik 2012 di London. Nasib baik dapat tengok upacara pembukaannya di rumah. So British!
- Ujian Pertengahan Semester 1 PASUM..
OGOS
- Sempat merasa berpuasa di UiTM Puncak Alam. Once again, kau hado? :P
- Iftar Jam'ie bersama rakan-rakan batch 28 (RTFians) di Tasik KLCC. A very united batch, indeed. (tidur di B-132 bersama 8 geng RTF; muat! *haha*)
- Aidilfitri 1433H menjelma..
- Kembara ke KLIA untuk menghantar tok penghulu RTF (si Haafizhul) yang nak ke Beijing. Still proud of you, KP!
- Menyambut 31 Ogos di Dataran Merdeka buat pertama kali. I LOVE MALAYSIA!
SEPTEMBER
- Had the first weekend of the month with busyness...! (nak tahu kesibukannya, klik SINI)
- Life goes on as usual..
OKTOBER
- Forever Alone Ranger. Yup, that's me. :P
- Semester 1 dah nak habis; Peperiksaan Akhir Semester 1 PASUM tiba..
NOVEMBER
- Bermula cuti akhir semester 1 (2 minggu sahaja?! Kejam! *T_T*)
- Balik ke KL kejap untuk MUET..
- Berlibur bersama famili di Legoland Malaysia..
- Semester 2 PASUM bermula.. *sigh*
DISEMBER
- Meriah di PASUM dengan macam-macam aktiviti: Jogathon, minggu sukan..
- Terlibat dengan persembahan untuk Malam Emas (a.k.a. annual dinner) PASUM..
- Had that movie-like moment.. (klik SINI) ;)
- Melarikan diri daripada segala stres di UM dengan bersama keluarga di Melaka & Aquaria KLCC..

Kesimpulan: 2012 was really like a roller coaster ride for me. Naik & turun silih berganti. Apa-apa pun, terima kasih 2012 kerana mengajar saya lebih banyak erti kehidupan. Semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baharu yang lebih ceria buat kita semua.
Wassalam. :-D

Ahad, 16 Disember 2012

Unexpectedly Splendid

Greetings, everyone!

Baiklah, kali ini saya ada catatan menarik yang ingin dikongsi bersama. Bagi saya secara peribadinya, memori yang nak saya ceritakan ini mungkin terlalu menarik *perasan-kejap*. Apa-apa pun, just read & enjoy... ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 DISEMBER 2012 (SABTU)
2.22 petang
Hari itu, pelan saya adalah untuk pergi ke KL Sentral untuk membeli tiket kereta api bagi pulang ke Segamat pada 22/12. Saya memulakan perjalanan dari KK12 lepas Zuhur. Seperti biasa, saya akan menunggu bas RapidKL (T632) di hentian berdekatan Dewan Tunku Canselor untuk ke stesen LRT Universiti. Ketika berada di dalam bas yang sedang dalam perjalanan, saya menerima panggilan daripada senior Bestari 2 saya, Iqhwan (untuk kisah lebih lanjut, sila klik SINI). Walaupun tidak begitu menjangkakan panggilan itu, saya menjawab & berbual dengannya. Segalanya kelihatan seperti perbualan telefon yang biasa (walaupun dengan bunyi bising di dalam bas), sehinggalah dia berkata, "cuba pandang ke kanan." 
Alangkah terkejutnya saya (:O) apabila sebaik sahaja berbuat demikian, dia melambai dari bahagian belakang tempat duduk bas yang sama saya naiki. Stunned & speechless, itu yang mampu menggambarkan situasi saya ketika itu. I tell you, it was like a scene from one of those movie I watched *:P*. Kami terus berbual untuk 1-2 minit seterusnya melalui telefon (sambil memandang ke arah satu sama lain) sebelum turun di stesen LRT. Sebaik sahaja turun, saya menunggu dia turun & berpelukan. Sempat jugalah kami berborak dengan lebih panjang sebelum kami menuju ke destinasi masing-masing (dia nak pergi ke MidValley). Apa yang penting, kenalah ada gambar sebagai bukti pertemuan tidak sengaja kami berdua ini. :-D
Oh, alangkah bestnya detik itu. Kalau boleh, nak saja saya ulang kembali insiden itu. Anyway, saya pergi ke KL Sentral & tak berhenti tersenyum seorang diri ketika di dalam LRT. 

4.04 petang
Sekembalinya dari KL Sentral (& terus ke UM), saya mengambil keputusan untuk singgah sekejap ke auditorium PASUM untuk meninjau suasana Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat kebangsaan. Itulah kali pertama saya tahu pasal kewujudan pertandingan itu. Ketika saya masuk ke dalam, giliran peserta ke-2 terakhir membuat persembahan iaitu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Saya tidak ambil pusing sangat dengan persembahan itu sebab hanya nak lihat transformasi yang dibuat pada auditorium itu. *:P*
Namun, apabila saya meneliti wajah salah seorang peserta dari Labuan itu, saya rasa seakan-akan kenal dengannya. Setelah selesai persembahan, pengacara majlis (emcee) memaklumkan kepada para hadirin nama peserta yang terlibat, & apabila emcee menyebut nama Mayrelyn Jane... "Yup! My instinct was right." Sebaik sahaja bertembung dengan Mayrelyn di luar auditorium, giliran dia pula untuk terkejut. *haha* Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan rakan PKTR pada waktu itu (kalau nak tahu apa itu PKTR, klik SINI). Cepat-cepat saya hubungi Ainisya (rakan PKTR di PASUM), & terjadilah 'mini reunion' di auditorium.
Begitu mengujakan rasanya apabila perkara yang sebegini spontan berlaku. Akhirnya, saya kembali ke bilik lebih kurang jam 5.15 petang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendek kata, 8 Disember 2012 ini merupakan hari yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Dua pertemuan yang saya tak sangka berlaku dalam masa tak sampai 3 jam.  Wow, it was like God has planned this to make my day. Apa-apa pun, memori ini mengajar saya bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku di sekeliling kita pada bila-bila masa. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk peka dengan situasi itu. Wassalam. ;-)