"Sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama dalam kebanyakan blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, video, muzik, atau audio, dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas."
Itu secara kasarnya. Bagi saya, blog ialah suatu platform utk. saya meluahkan perasaan (emosi) ttg. pelbagai perkara yg. berlaku di sekeliling saya. Blog juga saya gunakan utk. memberi perspektif saya sendiri ttg. hal-hal semasa. Selain tu, saya suka menceritakan perihal rakan-rakan kesayangan saya dlm. blog ni, sbg. salah satu cara saya menghargai mereka. Namun, sbb. yg. paling utama saya menjadi seorang blogger ialah utk. mengenengahkan karya-karya muzik (a.k.a. lagu ciptaan sendiri) saya ke khalayak umum.
Kebanyakan rakan yg. meninjau blog saya menyatakan kekaguman mereka terhadap blog saya tu, lebih-lebih lagi jika blog post yg. ada melibatkan mereka. Ada yg. begitu berminat utk. mengetahui dgn. lebih lanjut ttg. masalah yg. saya utarakan dlm. blog. Adalah menjadi harapan saya agar semua yg. mengenali saya berpendapat yg. sama. Hal ni kerana saya lebih suka menjadikan blog sbg. tempat saya meluahkan masalah. Personally, saya tak berapa gemar (tak selesa) meluahkannya kpd. individu tertentu. Kalau tak di blog, pasti saya akan menceritakan masalah tu seorang diri. Gila kan kalau macam tu?
Bagi saya, tak salah kalau menjadi seorang blogger, & segala yg. ada dlm. blog saya hanyalah bersifat peribadi semata-mata. Jika ada yg. mempertikaikan prinsip saya tu, tidak mengapa. Saya hormati pandangan anda. Tapi bagi saya, blog is just a blog, OK? Tak lebih drpd. tempat meluahkan masalah, ruang utk. menceritakan pelbagai kisah menarik, & jugak menjadi platform saya menonjolkan ekspresi minda saya melalui muzik, iaitu melalui lagu-lagu yg. saya cipta.
OK lah, setakat ini saja luahan hati saya utk. kali ni. Jumpa lagi pd. blog post yg. seterusnya. Ingat, sebuah blog ialah sebuah blog, mungkin tidak lebih drpd. tu, mungkin ia menjangkaui fungsi tipikal sebuah blog. Baiklah, that's all for now. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan