Isnin, 1 November 2010

Sayonara...!

Hello, everybody! Maaflah sbb. dah lama tak update blog ni. Yalah, macam-macam kerja nak kena selesaikan. Itulah, inilah, hai... Tapi, kini saya dah ada masa utk. satu lagi blog post utk. anda semua. Kali ni, saya nak ceritakan ttg. mereka yg. saya tinggalkan di SAMURA pd. tarikh 12 November 2010.
Sebenarnya, saya tak naklah buang masa ceritakan perjalanan sepanjang hari tu. Apa yang saya nak sampaikan kpd. anda semua ialah perasaan jiwa & hati saya masa melangkah keluar dari SAMURA. Pelbagai emosi bermain dlm. fikiran saya masa tu: sedih, gembira, risau. Kenapa? Baiklah, ini sebabnya.

Sedih
Semestinya saya perlu berasa sedih kerana meninggalkan rakan-rakan sekelas (CekaPranksterZ) yg. amat, amat, amat saya sayangi utk. tempoh masa yg. agak lama. Biasanya, kami berpisah paling lama pun tiga minggu je. Kali ni, enam ke tujuh minggu menjadi detik yg. menjarakkan kami semua. Secara peribadi, saya terlalu rindukan mereka semua. Sebabnya, hubungan kami bagaikan adik-beradik, walaupun tak sampai setahun perhubungan tu dibina. Setiap hari di rumah, saya akan melihat gambar mereka di Facebook & serta-merta segala memori indah yg. kami cipta & kongsi bersama-sama terlintas di fikiran saya. Kadang-kala, nak menangis jugak bila lihat semua tu, terutama sekali bila melihat wajah Arifah & Jamhuri (I miss you so much..!). Rasa nak menangis pun ada. Kini, saya mengharapkan masa berlalu begitu pantas agar saya dapat bertemu mereka & terus melenyapkan segala kerinduan yg. ada dlm. diri saya. Rasa rindu tu jugaklah yg. menyebabkan segala yg. saya tulis di atas ni sungguh (mungkin terlalu) berbunga-bunga. Adoyai...

Sedih saya seterusnya adalah apabila mengenangkan senior-senior dorm Bestari 2 yg. saya tinggalkan. Oh ya, nama mereka ialah: Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & juga Nuzul Haziq. Bagi org. lain di SAMURA, mereka begitu tak suka dgn. senior mereka. Tapi bagi saya, merekalah senior yg. terbaik di dunia (mungkin rakan-rakan saya akan anggap saya ni gila sbb. cakap macam tu). Seriously, mereka amat baik terhadap saya pd. kebanyakan masa. Kadang-kala mereka ada jugaklah marah-marah, tapi tu semua sbb. silap saya & rakan-rakan yg. lain jugak. Tapi, selain drpd. itu, mereka memang memainkan peranan sbg. senior yg. sepatutnya. Terima kasih & thank you,
Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & Nuzul Haziq sbb. menunjukkan saya erti hidup di SAMURA dlm. erti kata yg. baik. Takkan mampu saya balas semua jasa mereka tu. Doa saya ialah 9A+ mampu mereka genggam dlm. SPM 2010.
Gembira
Saya juga harus akui yg. 12 Nov. 2010 merupakan tarikh yg. amat saya tunggu, sbb. saya boleh menikmati kehidupan yg. dah lama saya tak rasa sejak terperap di SAMURA. Dapat jugaklah saya lakukan apa yg. dah lama saya tak buat: menonton TV, menonton TV & menonton TV. Hahaha... Kegembiraan yg. paling penting bg. saya di rumah ialah menikmati hidup di rumah sepuas-puasnya sbb. tahun depan, SPM dan 9A+ akan menjadi satu-satunya fokus saya.
No TV, no FB, and no blogging. :-(
Risau
Kenapa pula saya perlu risau...? Yalah, satu tan kerja rumah saya bawa pulang ke... rumahlah. Lebih drpd. tu, cabaran yg. memang buat saya risau ialah SPM pd. 2011.
Owh, it's going to be extremely tough and challenging for me. Jadi senior, tu satu hal lagi. Pengerusi Kelab Koir & Muzik, hal yg. lain. Setiausaha BADAR, hal yg. lain. Banyak tanggung jawab yg. perlu saya laksanakan tahun depan. So, wish me luck for next year, OK?
Baiklah, itu sahaja yg. saya nak ceritakan kali ni, sbb. panjang jugak blog post saya yg. satu ni.
Selamat tinggal, SM Sains Muar utk. 2010. Goodbye, my fellow seniors. Wassalam dan... Sayonara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan