Sabtu, 31 Disember 2016

2016: #YearInReview

What's up, 2016? Akhirnya tibalah detik untuk kita mendaftar keluar (BI: check out) daripada tahun yang kedua ribu enam belas selepas Masihi. Secara amnya, jika saya boleh takrifkan 2016 dalam satu perkataan, istilah yang tepat ialah:
CABARAN // CHALLENGE.
Sememangnya pelbagai dugaan yang penduduk segenap inci dunia telah hadapi - krisis kemanusiaan, undian yang memecah-belah, serangan pengganas, tidak ketinggalan juga pemergian ramai figura terkemuka. Ramai yang menganggap 2016 sebagai tahun terburuk dalam abad ke-21 disebabkan banyaknya peristiwa yang menyedihkan/menyakitkan hati. Oh ya, perkataan 'challenge' tu juga sesuai sebab tahun ni menyaksikan berlambak-lambak 'cabaran' di media sosial - jadi patunglah, jadi My Boolah.. pening menengoknya.

Namun secara peribadinya, saya meneruskan kehidupan seperti biasa & cuba untuk terus meneroka mana-mana tempat yang termampu. Ada gembira, risau, sakit jiwa, dan macam-macam lagi emosi. Saya nak cuba ingat semula apa yang dah berlaku sepanjang 366 hari, jadi kalau nak ikut, silakan. Kalau tak nak, tutup tetingkap (BI: tab) ni lepas tu buka balik ('coz your help in increasing my blog view is highly appreciated #Desperado 😂).

JANUARI
- Kembali ke KL untuk tahun terakhir diploma

FEBRUARI
- Berjumpa dengan Mr. Langkawi

MAC
- Listening to a particular TayTay song

APRIL
- Antara Bunohan dan Pulau Pinang
- So-called Khidmat Masyarakat
- Jadi rapper kt dalam kelas Psikologi

MEI
- Jadi Dora, tapi tak ada peta

JUN
- Went to another continent

JULAI
- Memulakan praktikum di SK Taman Muda

OGOS
- Merayakan tarikh signifikan di Dataran Merdeka

SEPTEMBER
- Meraikan kepelbagaian seni tampak & kata
- Antara teknologi dan budaya

OKTOBER
- Merasai suasana ala Larkin

NOVEMBER
- Tamat sudah tugas menanda buku

DISEMBER
- Sempat singgah ke Marikh naik MRT

Selain daripada rutin harian di kolej & sekolah, secara asasnya inilah yang telah saya alami sepanjang 2016 - tak banyak mana pun, tapi tetap mengujakan. Ramai insan baharu yang ditemui, yang sudah semestinya memberi impak dalam hidup ini. Seperti biasa juga, kompilasi selfie yang glamor gitu haruslah dipersembahkan, kan? *gedik* Kali ni, disebabkan ramai sangat (a personal record breaking 19 public figures), terpaksalah saya bahagikan kepada dua kolaj:
Dari atas, kiri: Andrea Guardini, Hafizal Hamat, Dain Iskandar Said, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Diana Danielle, Nazim Othman, Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh, Ahmad Fedtri Yahya, Jonathan Putra
Dari atas, kiri: Sufian Suhaimi, Siti Nordiana, Junior Eldstål, Farizal Marlias, Juan Martin Lucero, Jorge Pereyra Diaz, Aidil Zafuan, Dato' Jalaludin Hassan, Matluthfi, Zarul Umbrella

Huh, tamatlah sudah 2016. Saya yakin semua berharap/berdoa agar 2017 yang akan tiba akan membawa lebih banyak aura positif & kegembiraan yang acap kali tertangguh pada 2016. Terima kasih kepada semua, mohon maaf andai terkhilaf, & kita jumpa lagi tahun depan! 😃

Jumaat, 23 Disember 2016

55 Jam di Kay-Elle

Anyeong! (or should I say, annoyed!)

Apabila dah 3 tahun bermastautin di KL, memang susah nak tinggalkan tempat ni. Nak-nak lagi bila dah penghujung tahun ni lah banyak pula benda yang baru nak dibuka. Jadi, demi memuaskan nafsu kembara saya yang takkan pernah berkesudahan ni (that doesn't sound right), maka digagahkan jua jasad ni untuk ke sana pada penghujung minggu lepas. Macam-macam jugalah agenda yang nak dilunaskan antara Jumaat dan Ahad.

********************
JUMAAT (16 Disember 2016)
Dari Segamat jam 7.45 pagi. Tiba di TBS, terus ke KL Sentral menggunakan LRT. Dari situ, naik bas perantara percuma ke stesen MRT Pusat Bandar Damansara (PBD).
.
Yup, agenda pertama hari ini di KL: naik MRT (yang kebetulan mula beroperasi untuk orang awam mulai jam 6 pagi tadi). Bagi Fasa 1, laluan yang dibuka ialah Sungai Buloh - Semantan merangkumi 12 stesen. Dah alang-alang boleh naik secara percuma selama sebulan, saya menggunakan kesempatan ini untuk naik MRT dari PBD ke Semantan, seterusnya ke Sungai Buloh sebelum pulang ke PBD.
Saya pernah berada di dalam gerabak prototaip MRT masa ia berada di KL Sentral 2 tahun lepas; waktu tu pun memang dah kagum dengan keluasannya. Sekarang bila MRT dah boleh bergerak di atas landasannya, haruslah cuba merasai suasana bila ia bergerak, kan?
Ternyata keluasannya tak dapat nak ditandingi mana-mana pengangkutan awam rel yang lain. Nak lagi best? Trennya laju dan senyap - tak ada apa-apa bunyi geseran antara tren & trek; kepantasannya boleh membuatkan KTM Komuter tampak seperti kura-kura baru nak belajar bergerak. Cuma kalau ada ralat sikit, mungkin suara pengumuman di dalam tren boleh dikuatkan lagi. Papan tanda nama stesen juga kalau boleh diperbanyakkan di platform sebab tak berapa jelas sangat lokasinya. Selain daripada tu, MRT memang berada pada kelasnya yang tersendiri.

OK, jangan lengahkan masa. Saya kembali ke KL Sentral (& singgah makan sekejap) sebelum ke PWTC pula, sebab agenda saya seterusnya: Ekspo Buku Malaysia. Pada mulanya saya agak musykil dengan kurangnya hebahan/promosi untuk ekspo ni, & bila sampai di PWTC dapatlah saya lihat kenapa/kesannya - agak hambar suasananya.
Saya tiba kira-kira jam 3.30 petang, & boleh dikatakan tak ada orang sampai saya terfikir yang saya dah salah tarikh. Kesemua gerai menjual buku hanya berada di satu aras & memang tak segempak pesta buku yang biasa dibuat di sini. Apa-apa pun, sempat jugalah saya beli 2 buah buku fiksyen BI yang bakal menyesakkan lagi rak buku kt rumah tu.

Sebelum pulang ke Ampang untuk berehat sebab dah penat sangat, saya ke Sunway Putra di hadapan PWTC untuk mencari makan malam (& apa-apa yang boleh dibeli). Nak dijadikan cerita, semasa di surau sementara menanti Maghrib, boleh pula saya terjumpa dengan abang hensem yang seorang ini. Apa lagi, berselfie lah kita!
Jangan cakap abang tak 'Umbrella' ea?
(gambar ni berGegar sebab memang disengajakan demi menyeru aura GegarVaganza gitu *alasan*) 
Dah puas mencari sesuap nasi (or in my case, sesuap mi), pulanglah saya ke Ampang untuk melelap mata.

SABTU (17 Disember 2016)
Saya ke Petrosains KLCC untuk agenda ke-3: pameran interaktif Experience Mars. Tarikan utamanya ialah simulasi berjalan dalam atmosfera Marikh. Disebabkan obses nak jadi orang pertama hari ni yang mencubanya, sanggup saya datang awal (setengah jam sebelum pintu dibuka, like seriously).
Abang Petrosains ni cakap, "graviti Marikh ni 38% daripada graviti Bumi"
Benar seperti diduga, tak ada orang yang menunggu. Jadi dapatlah saya menjadi 'bahan uji kaji' kepada pengunjung yang lalu-lalang. Agak tak selesa jugalah bila masuk kt dalam ruang vakum tu (senak perut ni!). Mesinnya agak kompleks, tapi bila diguna sekali dengan alatan realiti maya (ya ampun, skemanya ayat), agak terasa jugaklah suasana Marikhnya tu. Bila dah habis, berpusu-pusu budak terus nak cuba juga; rasa riak sikitlah masa tu :3. Selain daripada tu, tak ada apa-apa yang memukau sangat kt Petrosains ni (tolonglah naik taraf pamerannya; tayangan waktu naik 'topi keledar' tu tak pernah berubah (suasana KL pertengahan 90'an)). Nasib baik dalam tu tetiba boleh ada kafe. Sempatlah juga nak hilangkan lapar.


Dah puas di situ, agenda ke-4: singgah di Sunway Velocity yang baru seminggu dibuka. Terletak cuma 5 minit dari kolej, saya rasa kewujudannya boleh membuatkan 1Shamelin hanyalah sekadar tempat pembiakan burung walid kelak (OK, that was quite mean 😛). Agak besar jugalah, & serba-serbi lengkap. Cuma disebabkan baru 8 hari beroperasi, ada lagi kedai yang belum siap sedia (biasalah tu). Other than that, nothing else to say.

Oh ya, saya ke Pavilion pula lepas tu *cewaah* untuk menonton filem animasi Sing. Sebagai seorang yang minat High School Musical, filem ni memang menghiburkan. Jalan ceritanya boleh dikatakan klisé, tapi keunikannya sebagai karya animasi tidak boleh dinafikan. Para pelontar suara pun hebat-hebat belaka (who would've thought a British spy can be the next Sam Smith, ey?).

AHAD (18 Disember 2016)
Hari terakhir di KL saya habiskan dengan ke jualan buku paling popular di Malaysia. Agenda terakhir: Big Bad Wolf.
My kind of heaven/paradise
Kalau ikutkan hati, malas nak ke sini sebab entah berapa banyak lagi buku kt rumah yang belum terusik pun. Namun, apa boleh buat.. dah nama pun ulat buku. Dalam keadaan penat membawa beg, saya ronda-ronda jugalah untuk mencari apa-apa yang berkenan di hati. Lepas dah jumpa yang dicari, saya ke TBS semula & pulang ke Segamat jam 6 petang.
********************

Rasanya dalam 2-3 minggu lagi saya akan kembali meneroka KL, tapi buat masa ini, kita rehatlah dulu, ya. Dah habis berblog, marilah tidur dulu. Chao.

Selasa, 29 November 2016

No Happy Meal, Still A Happy Guy

Marhaba.

Pada 14 November 2012, satu siri serangan yang dikenali sebagai ''Amúd ʿAnán' dilancarkan oleh rejim Zionis (rejim Z) ke atas semenanjung Gaza & berlarutan selama 8 hari. Ratusan menjadi korban, ribuan mengalami kecederaan. Seperti lazimnya, bantahan besar-besaran diadakan di seluruh dunia bagi mengecam tindakan tersebut.
Saya juga ada mengarang puisi untuk menzahirkan simpati pada masa itu. Klik pada imej di atas untuk membacanya.
Ada juga yang menyeru supaya syarikat perniagaan pro-Zionis diboikot, terutamanya McDonald's. Saya antara individu yang terpanggil untuk menyahut seruan tersebut.
And guess what?
4 years later, I'm still on that 'boycott boat'.

Ya, sudah lebih 1460 hari saya tidak menjamah walau sekeping pun kentang goreng McD. Mesti ramai yang tak percaya, kan? Tanyalah ahli keluarga & rakan-rakan kolej saya kalau mahukan kepastian 😀. Jadi, sempena meraikan ulang tahun ke-4 saya menjadi bebas 'MekDi' ni, eloklah kiranya jika saya berkongsi perspektif berkaitan hal boikot-memboikot ni ya.
As usual, if we're not on the same page, let's agree to disagree, OK? :)

Gerakan memboikot ini sering kali kita dengar, terutamanya apabila adanya serangan ke atas Palestin oleh rejim Z. Baru-baru ni pun istilah itu diguna pakai disebabkan situasi yang lebih dekat jaraknya dengan Malaysia, sehinggakan nak main bola pun kena tanya Parlimen. Dalam isu Palestin, gerakan ini diketuai oleh BDS Movement. BDS merupakan singkatan kepada 'Boycott, Divestment, Sanctions' (boikot, menarik balik pelaburan, sekatan ekonomi) yang diharap akan memberi tekanan kepada rejim Z untuk menghentikan tindakan ketenteraan terhadap Palestin.

Dalam kalangan orang kita, ada yang menyokong usaha ini & ada pula yang bersikap waham (BI: skeptical). Oleh itu, marilah kita lihat apa yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak ini (fokus kita hanyalah McD je, ea).

Pihak yang menyokong usaha boikot ini didorong oleh sentimen tanggung jawab sesama Muslim, selain membantah pencabulan hak asasi manusia yang sudah lama berlaku di bumi Palestin. Aqsa Syarif misalnya, mengemukakan bukti yang menunjukkan francais McD di Malaysia masih ada kaitan dengan gerakan pro-Zionis. Anda boleh Google sendiri apa-apa yang patut kalau kurang yakin dengan penerangan di laman sesawang mereka.

Pihak yang sebaliknya pula menegaskan kesan boikot terhadap pembangunan ekonomi serta peluang kerja orang tempatan. Anda boleh lihat hujah mereka di sini dan sini. Malah, menteri kita yang 'tall, dark, & handsome' pun ada mengeluarkan kenyataan berkaitan.
Diambil daripada Astro Awani. Klik pada imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Ada juga yang menempelak sikap tidak konsisten orang kita dalam memboikot sehingga boleh wujud istilah 'boikot bermusim', iaitu hanya menghidari McD apabila berlaku serangan ke atas Gaza & bukan pada hari-hari biasa. Mereka juga bersikap sinis dengan bertanya, "kenapa tak boikot sekali Facebook, Starbucks, dan yang seumpama dengannya?"
Bagi soalan yang terakhir tu, pihak BDS Movement ada memberikan penerangan grafik di laman sesawang mereka.
'boikot asing-asing' vs 'boikot kolektif'
Menurut BDS Movement, adalah lebih baik jika secara kolektifnya usaha boikot ditumpukan kepada satu entiti perniagaan (semua boikot A) berbanding jika dibuat secara berasingan (kau boikot A, aku boikot B, dia boikot C) kerana tekanan kewangan itu akan lebih ketara.

OKlah. Kalau ikutkan, banyak lagi sebenarnya hujah yang boleh saya gali daripada kedua-dua belah pihak (BI: both sides of the argument), tapi saya berhenti sampai di sini sahaja; kalau nak lagi fakta, pandai-pandailah Google sendiri, ea.

Tiba masa untuk menyelitkan elemen peribadi pula. Selepas 4 tahun berlalu, saya sudah biasa dengan ketiadaan McD dalam menu mingguan/bulanan. Kalau ada kawan yang mengajak makan di McD, saya ikut sahaja & menjadi pemerhati. Lama-kelamaan mereka faham dengan polisi saya tu. Saya cuba bersikap optimis/bersangka baik - mereka makan di McD, tapi mungkin mereka taklah ketagih Milo macam saya 😂. Mungkin juga mereka lagi banyak menderma kepada Viva Palestina kalau nak dibandingkan dengan saya.
Ada kalanya juga saya dikritik kerana cuba 'membunuh' punca rezeki orang kita yang bekerja di McD. Bagi saya, rezeki itu ada di mana-mana, lagi-lagi di Malaysia ni (saya pernah nyatakan di sini dan sini). Mungkin restoran McD tu boleh ditukar kepada Marrybrown atau burger Ramly; mana tahu, kan? 

OK. Andai katalah segala fakta yang mengaitkan McD dengan rejim Z terbukti salah & palsu, adakah saya akan berhenti memboikotnya selepas lebih daripada 4 tahun?
Of course not.
Anggaplah saya ni macam dah 4 tahun berhenti daripada tabiat merokok. Takkan nak dipaksa saya untuk kembali ke tabiat tu, kan? Lagi pun kalau bukan kerana Zionis pun, boikot McD merupakan sesuatu yang logik untuk dilakukan dari segi kesihatan. Isu penghasilan makanan McD agak heboh juga 2-3 tahun yang lalu sehinggakan chef selebriti terkenal Jamie Oliver pernah membuat exposé tentangnya.
Laporan daripada CBS. Klik imej di atas untuk berita sepenuhnya.
Anda boleh tonton video penuh pendedahan tersebut di sini. Jamie juga menggesa agar acara sukan besar dunia tidak lagi menjadikan McD sebagai antara penaja utamanya.
Kalau secara umumnya pun, kita memang tahu bahawa makanan segera seperti McD ni tak elok untuk badan kita jika selalu sangat ditelan. Sebab tu lah saya tak minum Coca Cola (satu lagi jenama yang dikatakan pro-Zionis), selain daripada Starbucks (simply because I'm not a coffee person 😀).

Akhir kalam, tindakan memboikot apa-apa pun bergantung kepada diri kita sendiri secara asasnya. Beberapa persoalan harus kita jawab dalam menjustifikasikan perlakuan tersebut (mengapa? apa kesannya? ada faedahkah?). Jika kita ingin orang lain ikut serta, ajak secara elok (& berserta hujah), bukannya memaksa (& berpaksikan emosi). Dalam soal ini, saya suka untuk berkongsi coretan daripada satu blog yang saya jumpa di sini. Begitu santun kaedah yang diutarakan dalam usaha kita membantu insan yang lemah tanpa menindas insan yang lain.

Apa jua tindakan/perlakuan yang kita buat akan ada kesan terhadap diri sendiri & orang di sekeliling. Adalah penting agar kita gembira/berpuas hati dengan kesan tersebut & dalam masa yang sama tidak mengganggu, malah lebih membantu orang lain.
As a Malaysian, it would be a total lie to say that food isn't one of the sources of happiness.
But you know what would make me happier?
My passport. And a flight ticket to Europe.
*tetiba*

Here's to another 4 years (& beyond) of McD-free.
I hope by that time, it'll be Palestine's turn to be Zionist-free.

Ma'as Salama. #PrayForGaza

Ahad, 20 November 2016

16 Jumaat Kemudian...

📓📖📓

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang tugasan saya semester ini, iaitu mengukuhkan pernyataan "itulah pentingnya English education" *angkat tangan macam saya*. (kalau rasa tak lawak, untuk kesekian kalinya: kisah pulak aku? 😛)

Baiklah. Sedar atau tak, 16 minggu berlalu & akhirnya tamatlah sudah kembara saya sebagai guru praktikum di SK Taman Muda (SKTM). Macam-macam yang dah saya tempuhi, sama ada baik mahu pun buruk. Maka, dah alang-alang ada banyak masa terluang sekarang, molek kiranya kalau saya kongsikan apa yang (mungkin) terbuku di dalam jiwa semenjak 4 bulan yang lepas ini.

Pada mulanya rasa agak terganggu sedikit emosi (#Gedik) bila dapat tahu yang saya akan mengajar pada sesi petang. Terencat jugalah perancangan nak merayap lepas sekolah, tapi lama-kelamaan rutin itu dah dibiasakan & apa yang agak mengejutkan ialah saya sukakannya sebab bila dah tak dapat nak merayap, jimat sikit fulus💲💲💲.

Dari segi urusan dengan guru-guru (terutamanya sesi petang), Alhamdulillah tiada masalah kerana mereka amat membantu dan sentiasa mesra dalam berinteraksi. Biasalah, kalau jadi orang baharu di sekolah, kenalah ringankan tangan membantu apa-apa yang patut. I was glad to do just that without any major complaint.

Bila berdepan dengan budak-budak pula, well... Kalau ikutkan malas nak cerita. Kalau dengan mereka yang elok perangainya, tak ada masalah pun. Kalau dengan mereka yang mentaliti dah sama tahap dengan geng baju merah *eh?*, memang taklah aku nak bagi muka, kan? Sikap garang saya di dalam kelas bukanlah suatu rahsia dalam kalangan warga 2 Dedikasi. Tak percaya? Check this out:
.
Their honest (& anonymous) opinion on my third last day in school
Secara keseluruhannya, sering kali saya nyatakan: tak ada niat untuk saya jadikan guru sebagai kerjaya tetap. Cukup-cukuplah ada 3 ahli keluarga yang tempat kerjanya ialah di sekolah. Let me choose a different path & get out of the comfort zone/safe space.

Apa-apa pun, pengalaman di SKTM sememangnya akan saya kenang, bukan sahaja kerana input yang diperoleh tetapi juga kerana suatu hakikat yang membugar takjub dalam minda. Setiap pagi, saya bangun memikirkan betapa tuhan memahukan saya berada di SKTM atas beberapa kebetulan yang akhirnya saya anggap sebagai takdir untuk saya menapak di situ:
🔹 Bila saya dapat tahu bahawa Cg. Ruzita adalah rakan semaktab kepada Cg. Johari Marsan (kenalan Abah a.k.a. guru tuisyen Sains UPSR saya), itu mungkin satu kebetulan.
🔹 Bila Cg. Hjh. Rohanah memaklumkan yang dia pernah berbalas-balas mesej WhatsApp dengan KakLong tentang percutian di Perth, OK... another coincidence.
🔹 Bila Cg. Norawida minta saya bergambar dengan seorang murid darjah 3 kerana rupa kami yang agak serupa (his name is also Syafiq, BTW), I told myself "this is too much of a coincidence".
#TeamSkema
🔹 Bila saya masuk ke kelas 2 Dedikasi buat pertama kali & mendapati salah seorang daripada mereka bernama Syafiq Ashraf, OK.. that's it. It is my destiny to be here.
Keberadaan saya di SKTM tidak dapat dinafikan lagi signifikasinya - not really the best moments in my life, but certainly not the worst either.

Buat guru-guru SKTM, terima kasih atas kesudian menerima saya dalam diari kehidupan anda sepanjang 4 bulan yang lalu ini. Segala salah silap dalam menjalankan amanah di sana amatlah saya kesali, & segala khidmat yang diberi sesungguhnya saya hulurkan dengan rasa rela & gembira.

Buat murid-murid SKTM, TBH I will try my best to forget some of you (who are definitely not worth remembering). Maaf sebab agak sadis, tapi itulah realiti yang ingin saya luahkan. At certain point, I was forced to be nice to those ignorant brats who wouldn't even bother to thank me later onKerap kali saya diingatkan oleh pensyarah, "jangan dipukul budak-budak tu kalau mereka kurang ajar, nanti parents bising". With all due respect, those 'parents' can GTH.
Banyak kisah serupa yang dah jadi viral 2-3 minggu yang sudah. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka sudah lama menjadi isu berbangkit & terus menjadi masalah di sekolah (SKTM included). Keadaan sebegini membuatkan saya hanya fokus kepada murid yang benar-benar ingin belajar di dalam kelas (shout-out to Hafiy, Erriana, Damia, & Seri). Budak-budak yang hanya tahu bergaduh & mencarut semasa saya mengajar? Lantak kaulah. Mak ayah suruh pergi sekolah untuk belajar, kan? Kalau disuruh siapkan kerja pun tak nak, baik jangan datang; tak payah nak menambahkan migrain cikgu-cikgu veteran kt sekolah (yang dah sedia migrain disebabkan DLP, LINUS, format UPSR, serta banyak lagi kegedikan pihak di Blok E8, Kompleks E).

16 minggu di sekolah cukup untuk saya memahami betapa kerjaya guru masih lagi diperlekeh oleh ibu bapa (tak semua, tapi ada lah beberapa) hanya kerana mereka kononnya dapat merasa banyak musim cuti. Tanpa disedari, guru lah jururawat, tukang sapu sampah, juruteknik, pengasuh & juga (ada kalanya) mesin wang kepada murid-murid ini. Namun apa yang orang luar nampak hanyalah "cikgu, anak saya tak dapat A ni sebab cikgu tak reti ajar ke?", sedangkan si anak tu setiap masa kalau boleh nak tunjuk jari tengah dekat kawan-kawan. Perkataan carut/lucah apa yang anda boleh fikirkan dalam BM? Kids as early as Year 1 know that (& maybe even more). Budak-budak yang bermasalah sebegini kebanyakannya datang daripada keluarga yang berkrisis - ayah masuk penjara lah, mak dah bercerai lah, bla bla bla. Institusi kekeluargaan itu sendiri adalah titik permulaan kepada sejauh mana anak-anak ini akan berjaya dalam pelajaran, bukannya pihak sekolah. Orang atasan pula, tak payahlah nak paksa sekolah untuk kejar NKRA lah, KPI lah, yada yada yada. Apa guna prestasi akademik tinggi ke awan tapi sahsiah murid lagi teruk daripada Sekolah Henry Gurney?

Haih, kalau ikutkan banyak lagi nak dibebelkan sebenarnya. Let's save that for later. Apa yang pasti, warga pendidik tak kira di mana jua akan terus saya sanjung & hormat, lebih-lebih lagi selepas merasa pengalaman menjadi sebahagian daripada mereka walau pun seketika. Sekali lagi, terima kasih SKTM atas pengalaman yang bermakna & menambah cabang kepada perkspektif saya berkenaan masa depan kita secara kolektifnya.

Class dismissed!

P.S.: Andai ada yang terasa hati sepanjang membaca coretan kali ini, jutaan ampun & maaf ya. I've to admit I typed this with a lil bit of overwhelming emotion.

Jumaat, 28 Oktober 2016

Unbeatable!

Ola (bola), semua!

Hujung minggu lepas, saya menyaksikan perlawanan terakhir Liga Super antara Selangor dan JDT di Stadium Shah Alam. Seperti biasalah, kalau bab-bab kembara bola ni dalangnya sudah semestinya Redza. Kalau ikutkan, saya hampir terlupa pasal #SELvsJDT ni, sebab awal-awal lagi JDT dah angkat piala liga di Larkin. Jadi, terfikir juga motif nak ke Shah Alam. Bila fikir balik, well.. why not? Memandangkan tinggal beberapa minggu lagi sebelum berakhirnya status saya sebagai orang KL *gitu*, tak adalah rugi mana, kan?

Perjalanan dari Ampang bermula jam 3 petang, & saya terus ke Nu Sentral untuk berjumpa Redza (& his bola gang, Diba). Dari situ, kami naik kereta Diba menghala ke Giant yang letaknya 5 minit dari stadium. Di sana, jumpa pula dengan lebih ramai geng bola (they identify themselves as Geng Sembang Bola (GSB)).

Sampai di stadium, saya menurut sahaja majoriti GSB (bukan GBS ea) ke seksyen penyokong Selangor. Agak janggal & canggung juga sebab diapit penyokong lawan. Rasa terancam tu tak ada lah, cuma krik-krik. On a bright side, dapatlah tengok penyokong JDT dari perkspektif yang berbeza (B.O.S., you guys have my respect).
Sepanjang perlawanan, tiada apa yang menarik sangat untuk diingat, kecuali insiden ada pemain Selangor tertendang bola ke muka sendiri (that should be viral by now). Kesudahannya, tuan rumah tewas 1-2 kepada pelawat. Ini mengesahkan kekebalan JDT yang hanya seri 4 kali & menang dalam 18 perlawanan (Liga Super ada 22 perlawanan, FYI). Once again, JDT is making history. 

Usai perlawanan, saya & GSB menuju ke tempat ketibaan/perlepasan pasukan terlibat di aras bawah stadium. Kawasan tu agak tersorok & kalau ikutkan, biasanya dikawal ketat. Sampai di situ, hmm.. ramai je yang tunggu. Agak panas juga, tapi disebabkan keterujaan nak berjumpa dengan para pemain JDT (sorry Selangor players, I only know Andik :3), maka ditahankan jua haba tu.

Para pemain Gergasi Merah keluar dulu dari kawasan dalam stadium menuju ke bas pasukan. Ramai yang berpusu-pusu untuk bergambar & meminta autograf (penyokong Selangor terutamanya). Saya pula hanya memerhati, like.. do I know you? :P
Tibalah giliran pemain JDT pula untuk mengatur langkah ke dalam bas titanium mereka tu. Apa lagi, dengan kamera H/P di tangan, strategi disusun untuk mendapatkan seberapa banyak swafoto yang boleh. Hasilnya...
Clockwise, from top left: Jorge Pereyra Díaz, Aidil Zafuan, Juan Martín Lucero,
Junior EldstÃ¥l, & Farizal Marlias.
W.O.W.! Ini namanya starstruck tahap gaban tau! Kalau ikutkan, ramai lagi pemain yang boleh saya dekati tapi disebabkan rambang mata & tak tahu nak pergi kepada siapa dulu (sampaikan S. Chanturu boleh selamba je lalu kt tepi), maka harus ditenangkan rasa starstruck tu. Hei, dapat 5 orang pun kira OK lah, kan?
P.S.: Kalau tahu begini punya senang nak jumpa, tak payah nak bersesak-sesak kt Taman Yayasan. *hergh*
Ada juga gambar berjemaah saya & GSB bersama beberapa individu lain termasuk jurulatih JDT, Mario Gomez. Kiranya memang puaslah malam tu.

Usai bergambar, kami singgah seketika untuk menghilangkan dahaga.
Thanks GSB for having me in this bola trip. :)

Jam berapa pulang? Rasanya tak perlulah tahu ya. :3

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

OK. Ketika saya sibuk menaip benda alah ni, beberapa hantu entiti saka pihak tiba-tiba tampil 'menuntut' tambahan mata bagi kedudukan liga disebabkan beberapa masalah 'teknikal' walaupun dah berbulan-bulan benda tu berlaku. Silap besar la FAMB nak bermain silap mata dengan JDT. Tak gitu, TMJ? Malas nak layan.

With that, it's a wrap!
Luaskan Kuasamu.

Jumaat, 30 September 2016

WeekEnd = WeekStart

Biasanya kalau hujung minggu, apa yang kita akan buat?
Berehat, kan? Tak pun buat kerja sambilan. Ada jawapan lain? Ada? Taiplah kt bahagian komen, ya.

Kalau berehat pula, apa aktiviti yang kita buat? Definisi 'berehat' (atau 'istirahat' kalau ikutkan bahasa kamus) adalah subjektif - berbeza mengikut orangnya. Menonton wayang (atau mungkin ditonton wayang :3), cari makanan sedap, keluarkan peluh, melalak sampai sakit tekak.. macam-macam cara.

For me, weekend is a gateway to endless adventure (bunyi macam iklan pelancongan). Mereka yang selalu singgah di blog ni (THANK YOU! :D) pasti sudah sedia maklum tentang kaki saya yang teramatlah ringan untuk menapak ke sana sini. Tak tahulah kenapa.. Penat? Haruslah, tapi tak ada rasa nak berhenti menapak. Orang kata - selagi ada kudrat, pergilah meneroka dunia *wah-gitu*. & that's what I do (always).

Dah bermacam tempat dijejak. Kali ni, kisahnya bermula begini:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
23 SEPTEMBER 2016 (JUMAAT)

Pagi yang hening terbelah sunyi dengan geseran roda LRT di stesen KLCC (is this a blog post or an excerpt from a novel? :3). Hari kedua KL Converge! - acara sosial & media terbesar tahun ini (katanya-lah). Nak pergi hari sebelumnya, tak sempat sebab ada hal di DBP. Nak pergi keesokannya, ada hal lain pula (more on that later). Hadir tanpa sebarang jangkaan (selain barangan percuma semestinya!), boleh pula terjumpa artis-artis popular gitu.
Sufian Suhaimi & Siti Nordiana
Sesi bersama Siti Nordiana lagi ohsem sebab walau pun 'ditarik' untuk ke pentas, yang penting dapatlah nyanyi Memori Berkasih sama-sama (dengan lirik spontan ciptaan sendiri, ya). What could be better than singing the song with the original singer? :D

24 SEPTEMBER 2016 (SABTU)
Gotong-royong di sekolah. Yeay.
The only related picture I had.

25 SEPTEMBER 2016 (AHAD)
Hari yang bermula dengan sesi menjadi guru tuisyen ('coz being a regular teacher is not exciting enough, meh?). Menjelang tengah hari, ke pusat kota lah kita.
Selepas Zuhur, bertandang ke Panggung Bandaraya untuk menyaksikan lumpur (literally).
Harga asal RM53 (pengguna MyKad), tapi kalau ada kupon promosi dari laman web Tourism Malaysia, dapatlah diskaun RM10.
Highly interactive, & camera-friendly (!)
Memang patutlah dapat banyak pujian di TripAdvisor - THE SHOW WAS SUPERB! OK, mungkin ada 2-3 perkara yang boleh diperbaiki (jangan jerit/cakap laju sangat plis), tapi secara amnya amat berbaloi. Rasa nak tengok lagi (which I might do). Thanks for making me proud to be a KL boy for a while.
Ke Dataran Merdeka pula untuk terus diulit rona budaya.
Pretty self-explanatory, right?
Tak banyak aktiviti sampingan (walau pun, GOODIES AGAIN!). Menanti hingga usai Maghrib untuk acara rasmi bermula. Tema tahun ini ialah Mitos & Cerita Rakyat. Makanya, segala puteri & hidupan mistik yang kita dengar dari mulut nenek moyang dulu terzahir di sini.
Yang penting, persembahan Johor (PGL) yang ke-3 terbaik. Sabah (Huminodun) #1, & Perak (Cempaka Sari) #2. Dan paling penting, bunga api yang memukau mata memandang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ladies & gentlemen, the Lone Ranger had left the blog space.

Khamis, 29 September 2016

DiverseCity 2016

Hai hai hai!

OK, dah nak sepurnama blog ni bersawang disebabkan kesibukan dalam menjadi cikgu psiko menjalani praktikum di sekolah. Apa-apa pun, marilah kita terus dengan agenda utama. Ala, kalau membebel panjang-panjang pun bukannya ada yang nak baca, kan? :3


Baiklah, nasib baik terlihat sekilas lalu di FB. Kalau tak, tak tahu pun pasal Festival Seni Antarabangsa KL (DiverseCity). Kalau tak silap, tahun lepas pun ada. Melihat pada jadual peribadi yang terhad *lagak-retis-gitu*, saya cuba melihat mana-mana aktiviti yang boleh dikunjungi. Maka, daripada puluhan yang ada, inilah hasil kembaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
18 SEPTEMBER 2016 (AHAD)
Aktiviti #1: Andy Warhol - Social Circus
Lokasi: Slant @ The Row, Jalan Doraisamy (dekat dengan stesen monorel Medan Tuanku)
Rasanya mereka yang arif tentang seni global atau jenis suka layan NGC *kita-geng* mesti pernah dengar nama Andy Warhol ni, antara penggiat seni visual yang terkenal di dunia Barat. Gaya seni pop (BI: pop art) adalah identitinya. Lupa nak tanya sama ada yang ditunjukkan ni adalah yang sebenar atau hanya replika. Yang penting, masuk percuma & nasib baik sempat sebab dah sampai ke hari terakhir pamerannya ni.

Aktiviti #2: Petrosains Science Festival
Lokasi: Pekarangan Suria KLCC
It's pretty obvious that I'm having a lot of fun.
P.S.: A quick selfie with Jonathan Putra
Entering another territory of mine. Walau pun, segala kisah sains dalam mida ini dah dimakamkan di Lembah Pantai, tapi bila digabungkan dengan elemen keseronokan, mana boleh nak biar begitu sahaja, kan? Apa lagi, kita sapu habis segala freebies yang ada! Banyak aktiviti interaktif, tak termampu nak cuba semua. Nasib baik sempat jumpa dengan ikon saluran GoASEAN. Namun, ada satu yang menarik perhatian.
The ever-dizzying gyroscope ride (!)
Niat di hati nak menonton sahaja, tapi rasa 'tercabar' bila ada si gadis sunti yang tak segan silu mencuba *cubaan-jadi-macho*. Seriously, I felt disoriented after the ride. Tak muntah secara terbuka pun dah dikira satu pencapaian (kot).

Aktiviti #3: Crossings - Pushing Boundaries
Lokasi: Galeri Petronas (aras 3, Suria KLCC)
OK, sebenarnya benda alah ni tak termasuk pun dalam program DiverseCity.. tapi dah alang-alang pasal seni, kan? Kira sekali jugalah. Menampilkan 15 penggiat seni visual tempatan, mereka yang terlibat melihat dunia dari perkspektif mereka yang tersendiri, sambil terus mengetengahkan elemen Malaysia di dalamnya.
Ada satu bahan pameran - wang kertas Dolar yang besar, & di tengahnya ada tebukan perkataan 'live'. Cuba terbalikkan perkataan tu, jadi apa? ;)

22 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
Aktiviti #4: Syair Alam Melayu Nusantara
Lokasi: Auditorium DBP
Dah puas dengan seni tampak, kita bermain dengan kata-kata pula. Kehadiran dua Sasterawan Negara (Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh & Datuk Dr. Zurinah Hassan) menambah meriah acara. Selain pelancaran buku, ada 2 sesi makalah & bengkel. Esoknya ada persembahan syair. Disebabkan keutamaan harus diberi kepada praktikum, maka harus dilepaskan makalah kedua & yang selebihnya *menangis-tepi-LRT*.
Yang penting, dapat sijil *phew*.
Antara ilmu baharu yang saya peroleh ialah tentang kepelbagaian lenggok irama dalam bersyair selain yang budak-budak sekolah selalu lagukan. Di Brunei ada gayanya, di Indonesia juga ada stailnya sendiri.
Ibnu 'abdir-raheem (pemakalah dari Brunei) ada berkata:
"betapa tuhan itu memahami betapa sukanya kita terhadap syair, lihat sahaja kalam-Nya - banyak yang berima sama di akhir setiap ayat (Surah al-Ikhlas, misalnya)."
Baru tersedar. Subhanallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
& I'M DONE!
Wow, jenuh badan meneroka (& people still wondering why my mass is less than 55kg, huh?). #Perasan
See you at the next adventure.

Isnin, 29 Ogos 2016

Kita Tak Pernah Merdeka

Kita tak pernah merdeka
Kerana itu hanyalah busana
Di penjuru suatu teratak
Tatkala bernoktahnya nirmala
Dan bukannya nun di balik samudera
Yang terletaknya penjuru berbeza.

Kita tak pernah merdeka
Kerana masih lagi derapan ini
Dipaksa atur tanpa secebis rela
Bukan dengan serampang terhunus di jasad
Tetapi dengan kemilau mantera kaca
Yang sedia terbenam di garis telapak.

Kita tak pernah merdeka
Kerana tetap bercebis
Rakusnya amarah durjana takluk
Yang telah meresap ghaib sakanya
Kepada pesuruh picisan
Yang wajah rautnya membiaskan kita.

Kita tak pernah merdeka
Kerana masih berdendang wirama
Memaksa satu menjadi berjuta
Bait katanya bersulam serdak
Menjentik sisih dari dalam jentera
Dan bersarang di balik hijau sfera.

Kita tak pernah merdeka
Kerana selamanya jua
Akan kita merunduk
Dalam teriak dan rintih
Sebagai gerangan sahaya
Kepada Sang Pemilik.

Kita tak pernah merdeka.
Kita hanya tersingkap dari celung

Yang terduduk di dasar luas sangkar.

[10.00 malam, 28 Ogos 2016]