Isnin, 1 November 2010

Sayonara...!

Hello, everybody! Maaflah sbb. dah lama tak update blog ni. Yalah, macam-macam kerja nak kena selesaikan. Itulah, inilah, hai... Tapi, kini saya dah ada masa utk. satu lagi blog post utk. anda semua. Kali ni, saya nak ceritakan ttg. mereka yg. saya tinggalkan di SAMURA pd. tarikh 12 November 2010.
Sebenarnya, saya tak naklah buang masa ceritakan perjalanan sepanjang hari tu. Apa yang saya nak sampaikan kpd. anda semua ialah perasaan jiwa & hati saya masa melangkah keluar dari SAMURA. Pelbagai emosi bermain dlm. fikiran saya masa tu: sedih, gembira, risau. Kenapa? Baiklah, ini sebabnya.

Sedih
Semestinya saya perlu berasa sedih kerana meninggalkan rakan-rakan sekelas (CekaPranksterZ) yg. amat, amat, amat saya sayangi utk. tempoh masa yg. agak lama. Biasanya, kami berpisah paling lama pun tiga minggu je. Kali ni, enam ke tujuh minggu menjadi detik yg. menjarakkan kami semua. Secara peribadi, saya terlalu rindukan mereka semua. Sebabnya, hubungan kami bagaikan adik-beradik, walaupun tak sampai setahun perhubungan tu dibina. Setiap hari di rumah, saya akan melihat gambar mereka di Facebook & serta-merta segala memori indah yg. kami cipta & kongsi bersama-sama terlintas di fikiran saya. Kadang-kala, nak menangis jugak bila lihat semua tu, terutama sekali bila melihat wajah Arifah & Jamhuri (I miss you so much..!). Rasa nak menangis pun ada. Kini, saya mengharapkan masa berlalu begitu pantas agar saya dapat bertemu mereka & terus melenyapkan segala kerinduan yg. ada dlm. diri saya. Rasa rindu tu jugaklah yg. menyebabkan segala yg. saya tulis di atas ni sungguh (mungkin terlalu) berbunga-bunga. Adoyai...

Sedih saya seterusnya adalah apabila mengenangkan senior-senior dorm Bestari 2 yg. saya tinggalkan. Oh ya, nama mereka ialah: Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & juga Nuzul Haziq. Bagi org. lain di SAMURA, mereka begitu tak suka dgn. senior mereka. Tapi bagi saya, merekalah senior yg. terbaik di dunia (mungkin rakan-rakan saya akan anggap saya ni gila sbb. cakap macam tu). Seriously, mereka amat baik terhadap saya pd. kebanyakan masa. Kadang-kala mereka ada jugaklah marah-marah, tapi tu semua sbb. silap saya & rakan-rakan yg. lain jugak. Tapi, selain drpd. itu, mereka memang memainkan peranan sbg. senior yg. sepatutnya. Terima kasih & thank you,
Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & Nuzul Haziq sbb. menunjukkan saya erti hidup di SAMURA dlm. erti kata yg. baik. Takkan mampu saya balas semua jasa mereka tu. Doa saya ialah 9A+ mampu mereka genggam dlm. SPM 2010.
Gembira
Saya juga harus akui yg. 12 Nov. 2010 merupakan tarikh yg. amat saya tunggu, sbb. saya boleh menikmati kehidupan yg. dah lama saya tak rasa sejak terperap di SAMURA. Dapat jugaklah saya lakukan apa yg. dah lama saya tak buat: menonton TV, menonton TV & menonton TV. Hahaha... Kegembiraan yg. paling penting bg. saya di rumah ialah menikmati hidup di rumah sepuas-puasnya sbb. tahun depan, SPM dan 9A+ akan menjadi satu-satunya fokus saya.
No TV, no FB, and no blogging. :-(
Risau
Kenapa pula saya perlu risau...? Yalah, satu tan kerja rumah saya bawa pulang ke... rumahlah. Lebih drpd. tu, cabaran yg. memang buat saya risau ialah SPM pd. 2011.
Owh, it's going to be extremely tough and challenging for me. Jadi senior, tu satu hal lagi. Pengerusi Kelab Koir & Muzik, hal yg. lain. Setiausaha BADAR, hal yg. lain. Banyak tanggung jawab yg. perlu saya laksanakan tahun depan. So, wish me luck for next year, OK?
Baiklah, itu sahaja yg. saya nak ceritakan kali ni, sbb. panjang jugak blog post saya yg. satu ni.
Selamat tinggal, SM Sains Muar utk. 2010. Goodbye, my fellow seniors. Wassalam dan... Sayonara.

MSAS + JJ = BFF

Wazzup guys!

Baiklah, spt. yg. saya dah uar-uarkan sblm. ni, saya akan perkenalkan seorang jejaka yg. saya anggap sbg. BFF (Best Friend Forever) di SAMURA & jugak di 4 Cekap.

Namanya: Jamhuri Jumari. Unik nama tu, seunik org.nya jugak. Berasal dari Johor Bahru, dia dtg. ke SAMURA dgn. satu harapan: Berjaya, berjaya, & berjaya. Saya tak dpt. ingat bila kali pertama saya jumpa/berbual dgn. dia. Entah macam mana kami boleh jadi kawan. Weird... Kini, kami selalu berbual bersama-sama, tak kiralah di kelas mahupun di dorm (Puj. 2 & Bes. 2).Macam-macam yg. kami bualkan, kebanyakannya menyentuh isu semasa di SAMURA.

Dlm. pelajaran, dia seorang yg. pintar (yalah, kalau tak, macam mana boleh masuk SAMURA, kan?). Saya perhatikan, dia amat mengambil berat aspek ni, especially bila tiba waktu peperiksaan. Buku teks & jugak rujukan habis dihighlightnya, semata-mata utk. mengingati isi-isi penting yg. ada dlm. buku tu. Tapi, dia mudah gelabah & jadi tak tentu arah bila tak faham sesuatu perkara yg. dia baca, sampai kadang-kala boleh kena migrain. Jadi, peranan saya ialah membantu dia memahami walau sekelumit pun (cewahh..) informasi agar dia dpt. mempersiapkan diri. Tapi, kadang-kadang saya terlepas pandang masalah yg. dia hadapi sampai pernah sekali dia pernah rasa putus asa & apa yg. dia baca langsung tak masuk dlm. otak dia. Masa tu, saya memang rasa bersalah yg. amat sgt. kt. dia, tapi Alhamdulillah, dia menjadi normal semula.

Dlm. kehidupan harian pula, kami berdua bagaikan adik-beradik. Sepanjang masa saya rasakan saya merupakan abang dia (although he is older than me..). Boleh dikatakan setiap masa kami bersama-sama ke mana jua; ke surau, dewan, mahu pun ke DM (dewan makan). Saya jugak selalu belanja dia.. nak kata macam-macam tak adalah, tapi bila ada rezeki lebih tu, dialah antara org. yg. akan terima 'tempias'nya. Bagi saya, itu merupakan salah satu cara utk. saya menghargai sesiapa jua yg. saya anggap sbg. kawan saya. Jamhuri, sudah semestinya.

Secara totalnya, ada beberapa sebab saya rasakan Jamhuri begitu istimewa di minda saya. First of all, karakternya yg. agak nakal & bersahaja. Biasanya, sayalah yg. akan menjadi 'mangsa' kenakalannya. Yalah, dah la duduk sebelah dia kt. dlm. kelas, so macam-macamlah yg. akan dia buat utk. buat diri dia rasa gembira. Tapi, saya tak kisah semua tu, sbb. bila lihat dia tersenyum & ketawa, ia memberi saya satu semangat utk. meneruskan kehidupan di SAMURA. Believe me, without him & his smile, I'll just 'die' in SAMURA.

Selain daripada itu, ketabahan & kekuatan dia dlm. mengharungi liku-liku hidupnya memberi inspirasi buat saya. Sebagai bakal pengerusi Biro Seranta (P.A. System), dia sentiasa sibuk dgn. kerja-kerja yg. agak berat, sampai selalu jugak dia tidur di dlm. kelas. Bila dia lepak seorang diri kt. belakang pentas dewan, apa yg. selalu saya lihat ialah dia tertidur sambil terbaring kt. atas deretan kerusi. Bila lihat riak wajahnya yg. amat kepenatan, saya tak sanggup nak kejutkannya drpd. tidur, walaupun masa tu dah 10.35 malam. Tapi, dia tetap kuat menjalani kehidupan sbg. seorang warga SAMURA. Walaupun kepenatan, dia masih mampu membuat kerja rumah yg. saya sendiri pun tak buat. Melihatkan keadaan itu, saya amat kagum dgn. usaha yg. dia tunjukkan semata-mata demi 9A+.

Kisah hidupnya di SAMURA bagaikan sebuah drama. Bagi saya, 'drama'nya di sini sudah memasuki musim ke-8. Drama apa..? Hanya Allah, saya & Jamhuri saja yg. tahu. Hehehehe... Apa yg. buat saya respek dgn. dia ialah kemampuannya utk. menghadapai 'drama' ini, walaupun kadang-kala saya lihat dia bersedih dgn. 'drama' itu. Tak apalah, setiap benda itukan "ada hikmahnya...". Saya selalu memberi nasihat kpd.nya agar sentiasa melakukan sesuatu perkara yg. sebetul-betulnya. Alhamdulillah, kebanyakan masa nasihat itu diikutinya.

Wow, panjangnya blog post kali ni. Kalau diikutkan hati, rasanya saya perlukan setahun utk. bercerita ttg. dia. Tetapi, konklusinya, Jamhuri merupakan antara individu yg. amat penting buat saya di SAMURA agar saya dpt. terus bertahan sehingga selesainya SPM, selain drpd. Abah & Umi di rumah. Sememangnya, tiada siapa pun yg. dpt. menggantikan Jamhuri walau apa cara sekali pun kerana bagi saya, dialah seorang kawan yang sebenarnya. To Jamhuri, I just want to say that I love you like I love my brother & I hope that we can be best friends until the end of the time. Mengakhiri blog post saya ni, buat Jamhuri, cuba hayati bait-bait lirik lagu True Friends dendangan Miley Cyrus ni. Wassalam...

You're a true friend
You're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk to me now and into the night
Till it's alright again
You're a true friend...

Isnin, 25 Oktober 2010

AAAAARRGH!!! Lagi...

Assalamualaikum, semua...

Baiklah, ini merupakan kali yg. ke-3 saya menjerit AAAAARRGH!!! dlm. blog saya ni. Kali ni, saya nak ceritakan perkara-perkara yg. mengusutkan kepala otak saya ni pd. penghujung tahun 2010 ni. So, sit back, relax & cry with me, OK? Alkisah.....

Kekusutan 1
Masalah yg. satu ni berlaku di dlm. satu komuniti kecil & saya merupakan salah seorang ahli komuniti itu. Apa yg. saya maksudkan dgn. komuniti itu, Biarlah Rahsia.... Baiklah, ada 2 org. individu di dlm. komuniti ini yg. amat menyakitkan cerebellum & medulla oblongata otak saya ni. Nama mereka, cukuplah saya gelar sbg. Q (bukan nama sebenar) & jugak R (bukan nama sebenar). Q berasal dari bhg. sentral, begitu juga dgn. R. Apa yg. menyakitkan hati saya ialah sikap & atitud mereka berdua yg. langsung tak bertamadun & tak beradab, lebih-lebih lagi bila berada di dlm. komuniti tu. Tengok muka mereka berdua pun boleh buat saya termuntah darah.

Q merupakan seorang yg. paling gemar menuturkan bahasa yg. kasar/kesat dlm. komuniti tu, malah di depan org. yg. lebih matang drpd. dia pun dia berani bercakap sedemikian rupa. Dia juga suka membuat bising dgn. membuat bunyi menggunakan tangan, lebih-lebih lagi, ketika di surau. That is such an inappropriate act. R pulak terlalu menjadikan tempat komuniti tu berkumpul sbg. rumahnya sehinggakan sampah yg. dia buang pun kadang-kala saya yg. terpaksa kutip; memang dia tak kisah akan soal kebersihan kerana baginya, akan ada org. yg. membersihkan sampah-samoah tu. Dia juga selalu memaparkan wajah berlagak yg. buat saya rasa nak tampar je muka dia. AAARGH!

Kekusutan 2
Hal yg. ini pula melibatkan 2 org. insan yg. dah lama sgt. saya kenal. Kali ni, saya panggil mereka sbg. Y (bukan nama sebenar) dgn. Z (bukan nama sebenar). Saya amat rapat dgn. kedua-dua mereka ini. Mereka berdua juga rapat antara satu sama lain. Senang cerita, kami bertiga amat rapat. Namun, seseorang yg. bernama I (bukan nama sebenar) telah mencetuskan krisis yg. menyebabkan hubungan Y dan Z menjadi renggang.

Segala-galanya berpunca drpd. kelakuan I yg. Y rasa begitu menjengkelkan. Yalah, mereka berdua pulak sekelas. Masalahnya pula bertambah apabila I mula merapati Z utk. tujuan yg. saya tak tahu. Saya sememangnya tahu yg. prinsip Z ialah dia berkawan dgn. semua org. Tapi, apabila mereka berdua bersama, I seakan-akan melebih-lebih dlm. merapati Z. So, saya tak boleh salahkan Z. Dalam kes ni, I merupakan dalang yg. patut saya tangani bg. memastikan keakraban Y dan Z sentiasa berkekalan. I sepatutnya mengubah kelakuannya supaya menjadi seseorang yg. lebih solid (kalau tak faham solid tu apa, tak apalah). Apa yg. penting bg. saya dlm. hal ini ialah tak kira apa jua yg. berlaku, Y dan Z harus kekal sbg. sahabat karib.

Nasib baiklah masalah yg. saya hadapi kali ni tidak sebanyak yg. sebelum ni. Apa-apa pun, saya harapkan anda semua dpt. mendoakan kesejahteraan, ketabahan & kekuatan saya dlm. menghadapi segala kekusutan ini. Saya cuma berdoa agar segala masalah ni dpt. diselesaikan secara efisien & tidak merugikan sesiapa pun. Sekian, wassalam...

Khamis, 14 Oktober 2010

Jejaka Bestari

Assalamualaikum...

Hai, lamanya tak update blog ni. Ye lah, exam la katakan. Baiklah, seperti yang dijanjikan utk. edisi CekaPranksterZ kali ni, biar saya ceritakan serba sedikit tentang rakan-rakan Bestari saya di 4 Cekap: Najib & Aqiq...



Muhammad Aqiq Amzar, itu nama rakan saya yang satu ni. Dia berasal dari kampung ayah saya, Batu Pahat. Dia datang ke SAMURA agak lambat sikit, sbb. dia pelajar ambilan kedua (second intake), tapi saya tak perlukan masa yg. lama utk. kenal & rapat dgn dia.

Secara kasarnya, dia seorang yg. baik, nakal & suka (mungkin jugak kuat) mengusik saya. Tapi, bila dia bad mood, janganlah sesekali kacau dia. Yelah, susuk tubuh dia boleh buat si gadis jatuh hati kat dia (ye ke..?), & dlm. masa yg. sama mampu memberi 'impak' yg. kuat kalau terkena penangannya. Tapi, jangan risau sbb. dia bukanlah kaki gaduh dlm. kelas mahu pun kat asrama.

"Syafiq, nak sikit air," . . . . . "Syafiq, tolong urutkan belakang aku," merupakan antara kata-kata yg. 'wajib' dia ucapkan setiap hari. Mungkin bg. org. lain, mendengar perkara tu hari-hari boleh menjadi sesuatu yg. menjengkelkan, tp. bg. saya, "Aiman tak kisah.." sbb. Aqiq ni amat baik & quite gentleman-lah jugak. Dia jugak sama dgn. Khalis; suka dgn. kucing, tp. Aqiq lg. pandai & hebat dlm. bab jaga-menjaga kucing ni.

Pendek kata, saya boleh gambarkan Aqiq dlm. 3 perkataan: Baik, nakal, gentleman. BTW, ketika saya sedang menaip blog post ni, Aqiq baru je balik ke SAMURA slps. pulang ke BP sbb. masalah kt. kaki dia (smpi. kena lalui fisioterapi), tak pe la Aqiq, tu kan dugaan Tuhan; sabar je la, sbb. semua benda yg. berlaku kt. dunia ni... "ada hikmahnya."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baiklah, lg. seorang warga Bestari yg. ingin saya perkenalkan ialah Muhammad Najib. Tinggal di Labis, & pernah bersekolah di SMK Seri Kenangan. So, basically, he is originally from Segamat. Sayang seribu kali sayang, saya tak dpt. nak paparkan wajah beliau sbb. itulah asetnya yg. paling hebat. Nak tahu kenapa? sbb. air mukanya sentiasa sama sahaja walau apa pun yg. berlaku; pendek kata he has a very, very constant face smpi. dia digelar King of Constancy for 4 Cekap.

Tak tahulah apa lg. yg. saya ingin katakan ttg. Najib ni, sbb. boleh dikatakan dia tak rapat sgt. dgn. saya. Cuma, jaga-jaga dia boleh bertukar menjadi seseorang yg. saya sendiri pun tak sangka. Contoh paling mudah, semasa Pert. Drama sempena Malam Kesenian Islam pada bulan Mac yg. lalu. Dia diplilih melakonkan watak utama bg. rumah Bestari & WOW! I tell you, he is such an actor that night. Saya amat tak sangka yg. dia boleh berlakon dgn. penuh penghayatan & dlm. masa yg. sama boleh buat semua org. tergelak.

Jadi, apa-apa pun, Najib ialah seorang yg. baik & tetap (& akan) sentiasa membuat saya & warga 4 Cekap yg. lain tak henti-henti ketawa dgn. ekspresi mukanya yg. sekata (constant). To Najib, keep making us laughing every day, OK?

Baiklah, utk. blog post ttg. CekaPranksterZ yg. seterusnya: Introducing my BFF in 4 Cekap and SAMURA, & mungkin saya perlukan 16 blog post hanya ttg. dia (melampau..!). OK lah, itu saja drpd. saya, wassalam...

Jumaat, 1 Oktober 2010

It's Final Exam

Assalamualaikum...

Akhirnya, kemuncak hidup saya bg. tahun pertama di SAMURA ni akan tiba. Peperiksaan (a.k.a. exam) Akhir Tahun Ting. 4 2010 akan berlangsung pd. 5-7, 11-14, & 18-19 Okt. 2010. Exam ni akan menjadi penentu sama ada hidup di SAMURA ni memberi impak yg. positif dlm. pelajaran saya, atau sebaliknya.

So, apa yg. saya impikan utk. exam ni sama dgn. org. lain; mendapat 9A (kalau 9A+, lg. bagus..). Tapi, bak kata orang, it's easier said than done. Usaha yg. bersungguh-sungguh adalah amat penting kalau nak genggam 9A+ tu. However, i'll try all my best & give all out for this final exam, because "it's now or never", right? Jadi, kpd. yg. membaca blog post ni, doakanlah kejayaan saya dlm. exam kali ni.

Bahasa Melayu, English, Mathemetics, Additional Mathematics, Biology, Chemistry, Physics, Sejarah & Pendidikan Islam. Itulah 9 subjek yg. akan menguji kemampuan saya sbg. seorang pelajar sepanjang Ting. 4 ni. Oleh itu, tiada apa yg. boleh saya buat melainkan ulang kaji, latih tubi, & bertanya kpd. yg. pakar.

Baiklah, saya pun dah tak tahu apa nak ditaip lg. utk. kali ni. So, i'll just end this post by saying "wish me luck, OK?" Bye & wassalam...