Sabtu, 5 Oktober 2013

#LuaskanKuasamu

Ketika 'blog post' ini sedang ditaip, saya sudah boleh (walau pun terpaksa) menjangkakan bahawa rezeki belum memihak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Jangkaan yang sama juga terpaksa dibuat ketika peringkat akhir Piala FA baru-baru ini. Apa yang menariknya (or is it?), dalam kedua-dua perlawanan ini, JDT bertemu dengan musuh yang sama iaitu kuasa besar bola sepak Pantai Timur, Kelantan. Apa boleh buat, kan... *huhu*

Namun, dalam sibuk merintih akan perjuangan JDT yang terhenti di situ, saya cuba mencari hikmah di sebaliknya, and guess what? I found many silver linings related to it.
- JDT melalui proses penjenamaan semula dalam tempoh masa kira-kira setahun (maaf andai tersilap fakta) hasil inisiatif Tunku Mahkota Johor yang dihormati rakyatnya, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Dalam durasi itu sahaja, transformasi & reformasi besar-besaran telah mengambil tempat sehingga JDT menjadi tumpuan seluruh negara. Mustahil rasanya sekarang ini jika tidak menyebut JDT bila bercakap pasal bola sepak tempatan, tak kiralah sama ada cerita baik atau pun buruk.
- Hal ini telah berjaya menyatukan rakyat Johor dalam satu/dua aspek, & lebih hebat lagi apabila gerakan penyokong pasukan Johor secara amnya iaitu Boys of Straits (BOS) menjadi 'pencabar' utama kepada penyokong dari negeri-negeri lain setiap kali kelibat mereka kelihatan. Media antarabangsa juga turut meletakkan BOS sebagai setaraf dengan kelab penyokong bola sepak Eropah.

Bayangkan, semua ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Tak pernah rasanya di Malaysia ini ada pasukan bola sepak yang baru dijenamakan semula boleh meningkat naik dengan begitu cepat, & that's why I'm proud to be a Johorean. Bukan setakat kerana pasukan bolanya sahaja, malah lebih daripada itu.

Lagi satu; Ya, JDT mungkin kalah di peringkat domestik, but here's a thing:
Apabila perpindahan Pablo Aimar ke JDT bagi musim 2014 berlangsung, media global berpusu-pusu memberi tumpuan tentangnya, & apabila nama JOHOR DARUL TAKZIM itu sendiri terpampang di akhbar serta dibaca oleh warga Argentina, Portugal, Turki, China, India, Indonesia & Itali (just to name a few), sebenarnya JDT sudah pun menang.

Proses mengantarabangsakan jenama JDT diakui amat berjaya, & itu merupakan sesuatu yang lebih signifikan. Memenangi mana-mana piala di Malaysia hanyalah satu simbolik pengukuh kepada peningkatan jenama JDT ini. Dalam nada yang agak sinis analoginya, mungkin ada yang boleh berbangga jika pasukan mereka menang Piala Malaysia, namun itu sudah semestinya tidak setanding dengan kemampuan JDT untuk diberi perhatian oleh media global. Yalah, menang piala pun tak adalah gah mana andai tiada media luar yang membuat liputan tentangnya, bukan? (no offence, BTW) :-)

In a nutshell, the tagline 'Luaskan Kuasamu' has already been globally (I repeat, GLOBALLY) justified. Nama penuh sebuah negeri di Malaysia muncul di akhbar-akhbar seantero dunia.
Bergenang gelora di Pantai Lido,
Nama JDT seluruh dunia, kau hado?
Take that, fellas!

Musim 2014 akan menjanjikan kemunculan JDT yang lebih gah; insya-Allah. Seperti juga semangat Phoenix yang menebal di dalam diri ini (well, I must maintain my Bestari spirit), begitu juga tekad & azam dalam pasukan JDT serta Johor FA yang akan bangkit menambah kegirangan liga bola sepak di Malaysia ini amnya.
Keep calm & Expand Your Power.
Wassalam.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kuasa Gen Y

Salam sejahtera & selamat datang ke bulan Oktober. 

Baiklah, rasanya elok saya buka tirai blog ini untuk bulan ke-10 tahun 2013 dengan dua paparan yang saya rasakan menarik untuk dilihat & dinilai. Saksikan dahulu, ya.


OK, paparan YouTube di atas menunjukkan dua sesi temu bual oleh dua stesen berbeza membabitkan dua orang pemimpin muda dari dua blok siasah yang berlainan. Apa yang menariknya di sini?

Bagi saya, paparan tersebut menzahirkan kedua-dua mereka ini sebagai memiliki karisma yang tersendiri & mudah rasanya untuk didekati oleh golongan muda. O..K.., ada yang mungkin tak jelas signifikasi di situ. Tak mengapa.
Ketika ini, golongan belia merangkumi lebih 40% daripada populasi Malaysia & menjadi sebahagian besar daripada pengundi baharu yang akan mengundi ketika proses pemilihan kerajaan yang seterusnya. Oleh itu, jika mana-mana blok politik di negara ini ingin menambat hati golongan sasar sebegini, maka lebih molek jika pemimpin dari ruang usia yang sama juga diberi tugas berasimilasi dengan mereka.

Daripada video di atas, kedua-dua individu prolifik ini dilihat mampu mencambah minat anak-anak muda untuk lebih dekat & berasa selesa dalam berkomunikasi dengan kedua-duanya. Secara tak langsung, anak-anak muda ini juga akan kurang kegusaran dalam menyuarakan pendapat berkaitan pembangunan komuniti dalam segenap aspek. Lihat sajalah video itu; seorang dengan sikap sporting & mesra remaja, seorang lagi dengan kesantunan & toleransi terhadap perbezaan ideologi. Jika diasah dengan lebih tajam, saya takkan meragui kemampuan mereka berdua untuk membawa generasi Y hari ini ke arah yang lebih baik.

Mungkin juga kuasa generasi Y dalam mencorakkan masa hadapan negara ini akan lebih dominan jika dua personaliti ini berkolaborasi bersama, dengan mengetepikan elemen siasah demi masyarakat. Tak mustahil, bukan? ;-)

Wassalam.

Isnin, 9 September 2013

AF = Alternatif Fulus?

"Akademi Fantasia kembali lagi untuk musim ke-10!"

Err, who cares about that?

Rancangan realiti pertama di Malaysia ini muncul semula setelah kononnya ditamatkan sendiri oleh Astro pada 2011 (musim ke-9). Kembalinya AF membuat saya tertanya-tanya rasional sebenar yang ingin dizahirkan oleh pihak Astro.
Bukan apa, rasanya ada peserta AF musim pertama (pada 2003) yang masih belum memiliki album lagu solo sendiri; inikan pula peserta yang baru selesai musim ke-8 dan 9. Memang diakui AF pada awal kewujudannya merancakkan lagi industri muzik negara. Namun dalam konteks hari ini, sudah hampir ketara bahawa AF sudah tidak relevan sebagai platform mencari pelapis nyanyian.

Nak cari potensi baharu dalam seni suara? Pergi saja ke YouTube. Yuna, Najwa Latiff & Tasha Manshahar adalah antara individu yang tidak perlu menyertai AF untuk mempopularkan bakat. Mereka cuma memuat naik persembahan mereka di YouTube, & tak lama selepas itu ramai yang menontonnya. Tidak perlu untuk diadakan semula AF kerana rasanya ramai yang dah tak minat dengan spesis rancangan seperti AF, selain daripada kebimbangan awam tentang impak negatif terhadap sosialisasi anak-anak muda.

Perspektif saya mengandaikan bahawa besar kemungkinan AF ini dibuat semula sebagai sumber untuk mengukuhkan kewangan Astro. Hakikat bahawa tidak relevan langsung AF sekarang ini mengukuhkan lagi anggapan bahawa AF berperanan sebagai 'penjana wang' bagi Astro, melalui tajaan korporat & hasil undian orang ramai. Saya tak faham; tidak cukupkah dengan hasil undian melalui Super Spontan 2013 (which by the way, is so BORING in terms of the emcees handling the show)? Sebelum ini pun rancangan francais Raja Lawak sentiasa memenuhi jadual penyiaran Astro. Takkanlah masih tak cukup kekayaan yang dijana melaluinya?

Kepada Astro, cukup-cukuplah menjahanamkan anak muda kita. Hentikanlah Ceria Popstar & Ceria Superstar (di Astro Ceria) yang awal-awal lagi mengajak kanak-kanak untuk menjadi artis mi segera kelas bawahan. We (the Malaysians) have had enough of such shows. It's not entertaining, but degrading the mentality of our youngsters. Tolonglah.

BTW, saya ada menonton seketika konsert pengenalan (BI: prelude) AF 10 yang dihoskan Zizan baru-baru ini. First of all: Zizan? Ini AF, bukan Raja Lawak. Secondly, rata-rata persembahan pada malam itu hampir langsung tak menyamai standard AF sebelum ini. OK, mungkin saya bukan pakar dalam bidang vokal, tetapi jika dah jelas & terang suaranya sumbang, di mana letaknya standard Astro dalam memilih peserta AF?

~Pasti berjaya di Akademi Fantasia...!~
Berjaya ker? :P

Seikō, Kanashimi, Yume


Melihat kepada imej-imej di atas, rasanya sudah mampu anda fahami akan apa yang ingin dibicarakan kali ini. Segala persoalan sejak 2-3 tahun yang lalu terjawab sudah di Buenos Aires pada 7 September baru-baru ini. Persaingan daripada tiga bandar raya untuk mendapatkan hak penganjuran Sukan Olimpik pada tahun 2020 menyaksikan bidaan oleh Tokyo berjaya mengatasi Istanbul dan Madrid untuk bergelar kota pertama di Asia untuk menjadi hos Olimpik sebanyak 2 kali (kali pertama ialah pada 1964).

Secara sepintas lalu (berdasarkan apa yang saya ingat melalui Discovery Atlas), Tokyo yang menjadi ibu negara Jepun sejak abad ke-17 merupakan metropolitan terbesar di dunia, dengan menjadi tempat tinggal kepada 35 juta orang; lebih banyak daripada keseluruhan populasi Malaysia (28 juta). Jepun secara amnya merupakan antara peneraju utama dalam pelbagai bidang di Asia. Cuba bayangkan, perkhidmatan kereta api laju (a.k.a. shinkansen) di negara itu amat efisien - dalam setahun, jadual ketibaannya di setiap stesen hanya tersasar sebanyak 36 saat.

Ketika tempoh pemilihan dijalankan, ketiga-tiga kota itu berdepan krisis tersendiri. Sepanyol masih dibelenggu kemelesetan ekonomi & penggangguran melampau; Turki berhadapan dengan penunjuk perasaan jalanan & ancaman perang saudara negara jirannya Syria; Jepun mengalami masalah dengan pencemaran radiasi Fukushima yang sudah merebak ke sekitar lautan Pasifik. Jadi, apa rasionalnya Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memilih Tokyo?

Jika dilihat secara kasar, Madrid mungkin pilihan yang paling sesuai kerana ia menjanjikan sukan Olimpik yang 'termurah pernah diadakan' & jaminan bahawa sukan itu akan dapat membantu menamatkan masalah pengangguran Sepanyol. Namun, adalah terlalu awal untuk Olimpik kembali ke benua Eropah selepas London 2012. Bagi Istanbul pula, tawaran untuk mengadakan Olimpik pertama di dua benua serentak amat menarik, ditambah pula dengan kemungkinan Turki menjadi negara majoriti Islam pertama menjadi hos. Namun, keadaan semasa amat tidak memihak Istanbul, dek kerana konflik di Syria yang bersempadan dengan Turki di bahagian tenggara, serta ketidakcekapan polis menangani para pemprotes jalanan baru-baru ini.

Oleh itu, IOC dilihat memilih jalan selamat dengan meletakkan Tokyo sebagai pemenang, setelah PM Jepun (Shinzo Abe) secara peribadi memberi jaminan bahawa isu Fukushima akan diatasi segera & tidak akan mengganggu persiapan Olimpik kelak. Sejujurnya, saya memihak kepada bidaan Istanbul kerana mutakhir ini, banyak sekali paparan tentang kota itu di kaca TV (not to mention Istanbul Aku Datang also) & juga keunikan idea tentang Olimpik di 2 benua, tetapi isu keselamatan terkini menjadi liabiti utama bidaan tersebut. Jadi, saya terima hakikat bahawa Olimpik pada 2020 akan berada di bumi matahari terbit.

Kalau diikutkan, 2020 akan menjadi tahun Malaysia dijangka menjadi maju, sejajar dengan Wawasan 2020, hasil ilham Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1990. Jadi, amat signifikan rasanya andai Olimpik itu dapat dibawa buat kali pertama ke Asia Tenggara melalui Kuala Lumpur (KL). Idea penganjuran Olimpik pernah dinyatakan kepada umum, namun terhenti begitu sahaja. Saya juga turut terkesan dengan idea itu, sehingga pernah mereka logo bagi bidaan KL ke Olimpik 2020.
Logo ciptaan sendiri; diinspirasikan oleh Menara Berkembar Petronas & warna-warna rasmi Olimpik

Moving on. Ketika sesi di Buenos Aires juga, 1 daripada 3 sukan dipilih untuk ditambah ke Olimpik 2020 dan 2024. Gusti, skuasy & sofbol/besbol bersaing untuk menjadi sukan ke-26 disenaraikan. Akhirnya, gusti dipilih untuk dimasukkan semula, setelah pada mulanya disingkirkan pada Februari lalu. Keputusan ini amat mengecewakan dunia skuasy, lebih-lebih lagi buat juara dunia & kali, Datuk Nicol David yang berhempas-pulas mempromosikan skuasy untuk berada di dalam suasana Olimpik.
Bagi saya, andai gusti sudah menjadi acara tetap sejak permulaan Olimpik moden pada 1896, mengapa disingkirkan pada mulanya & kemudian dimasukkan semula? Ia menutup ruang bagi sukan lain terutamanya skuasy untuk mendapat tempat di arena Olimpik. Skuasy merupakan pintu utama bagi Malaysia untuk merasai kilauan emas pertama dalam Olimpik. Nampak gayanya, pintu itu akan terus tertutup untuk beberapa tahun akan datang.

Sudah pasti kegembiran, kesedihan & impian di sebalik semua ini adalah hak masing-masing untuk dipendam atau pun dizahirkan. Apa yang pasti, kehidupan akan berjalan seperti biasa, kecuali bagi penduduk di Tokyo pada tahun 2020 nanti.

Apa-apa pun, sukan itu baik untuk kesihatan. Batul tak?
Konichiwa Tokyo. 2020-Nen ni o ai shimashou! (^_^)V

Ahad, 1 September 2013

They Can't Stop

It’s our party we can do what we want
It’s our party we can say what we want
It’s our party we can love who we want


Baiklah, saya pasti anda tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan menerusi ungkapan di atas ini, bukan? Namun sebelum merungkai dengan lebih dalam ungkapan itu, izinkan saya membawa anda meninjau polemik yang semakin meruncing nun jauh di ufuk barat Asia. Disebabkan kekompleksan (BI: complexity) isu-isu yang berkaitan, saya akan cuba menyelaminya mengikut kefahaman yang saya ada.

Krisis politik yang berlaku di Mesir sudah bertambah parah, sehinggakan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana terpaksa dibawa pulang & mengambil peperiksaan di sini. Melalui perspektif saya, semua ini berpunca daripada kedengkian pihak tertentu yang terancam dengan usaha presiden negara itu, Dr. Muhammad Morsi dalam mengutuhkan prinsip Islam dalam pemerintahannya. Proses pilihan raya umum yang mengangkat kemenangan parti Ikhwanul Muslimin pimpinannya diketepikan semata-mata bagi memenuhi agenda golongan anti-Morsi (yang saya tidak ketahui sangat agendanya itu).
Namun, besar kemungkinan ia ada kaitan dengan kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu, ditambah pula dengan status negara itu sebagai antara pintu masuk utama ke Palestin yang ingin sekali ditawan oleh rejim Zionis. Jadi, mesti susah bagi AS untuk menyebarluaskan pengaruh mereka andai individu yang memimpin Mesir menyanjung tinggi nilai-nilai Islamik dalam kebanyakan masa. Sudah terang lagi bersuluh, mungkin?


Krisis yang satu lagi ini lebih kepada mencabar nilai-nilai kemanusiaan. Entah apa yang dah merasuk fikiran presiden Syria, Bashar al-Assad untuk menghapuskan penduduk negara itu dengan bermacam cara yang tidak munasabah & menyasarkan golongan tidak sepatutnya. Berdasarkan pemerhatian & pemahaman sendiri, saya melihat bahawa kedurjanaan itu dibuat bagi mengekang kemaraan mana-mana pihak yang cuba menggulingkan kerajaan ala-ala diktator pimpinan beliau. Kekejaman itu lebih nyata apabila golongan wanita & kanak-kanak menjadi mangsa serangan kimia daripada pihak tentera (which makes no sense AT ALL).
Dalam hal ini pula, kerajaan AS di bawah teraju Barack Obama berkira-kira untuk melakukan serangan terhadap pihak tentera Syria, dengan hujah bahawa kezaliman yang menimpa rakyat di sana perlu dihentikan 'dengan apa cara sekali pun'. Namun, isu yang berlaku di Syria adalah bersifat dalaman & tidak perlu rasanya campur tangan luar, tetapi AS seperti biasa sentiasa berasa teruja untuk memenangi permainan 'perang-perang' ini.

Baiklah, berbalik kepada ungkapan yang anda baca di awal 'blog post' ini. Itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada lirik lagu We Can't Stop nyanyian Miley Cyrus. Kejap, apa kaitan si Miley ini dengan isu di Asia barat? Dari segi tumpuan masyarakat antarabangsa, memang ada kaitan.


Ketika rakyat Syria (terutamanya) masih huru-hara akibat kedajalan al-Assad & ditambah pula dengan serangan gas kimia, nama Miley Cyrus tiba-tiba menjadi bualan hangat. Semuanya gara-gara persembahan '18SX'nya sewaktu Anugerah Video Muzik MTV 2013 baru-baru ini. Kolaborasinya dengan Robin Thicke di pentas Barclay's Centre, New York dikritik, dikutuk & dikecam teruk kerana penonjolan elemen seksual yang keterlaluan bagi sebuah acara yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, serta ditonton oleh kanak-kanak.
Apa signifikannya insiden ini? Disebabkan aksinya itu, hampir seluruh dunia memberi fokus kepada kelakuan tidak senonoh Miley sehingga memudarkan isu Syria & Mesir yang berlaku dalam ruang lingkup masa yang hampir sama. Ia seakan-akan suatu lencongan (BI: diversion) agar orang ramai tidak terus membicarakan perihal di Timur tengah itu. Nampak tak permainannya di situ?

Lirik yang ada di awal artikel ini sesuai sebagai simbolisme situasi ini. Kerajaan AS (termasuk Miley Cyrus) menganggap bahawa dunia ini adalah sebuah acara parti milik mereka, & itu menjadi lesen untuk berbuat apa sahaja, berkata apa sahaja, & mencintai apa sahaja yang dimahukan (dalam hal ini, mencintai kuasa mutlak terhadap dunia, kononnya).

Namun secara keseluruhannya, saya tidak kisah. Bukan tidak kisah dengan isu di Syria & Mesir, tetapi dengan gelagat kerajaan AS.
Kenapa? Sebabnya ialah kita dapat melihat - seperti juga Miley Cyrus di VMA 2013, kerajaan AS tanpa segan silu telah menunjukkan kesewelan minda mereka untuk tatapan global. Mereka mahu satu dunia tahu bahawa mereka tidak akan berhenti menjadi sewel.

Kesian.