Halu, semua...!
Hmm, apa makna tajuk bagi pos kali ni ea? Ha, kalau nak tahu (kalau tak nak tahu pun, ada aku kisah? :P), ikuti sajalah kembara saya kali ni.
Baiklah, waktu saya menaip ni, dah genap seminggu saya sekeluarga pulang dari bercuti di ibu kota kepada negara paling ramai penduduk di dunia. OK, to make it easy (kepada mereka yang kurang arif bab-bab Geografi ni), saya telah berkunjung ke Beijing (!). Ha, jauh tak berjalan? Seperti biasa, cuti hujung tahun sajalah masa yang sesuai, sebab dah alang-alang semua sedang bercuti, kan. So, let's hit it!
AHAD, 30 NOVEMBER 2014
Bergerak dari rumah jam 10.30 pagi. Singgah di R&R Seremban. Singgah lagi di Masjid KLIA. Tiba di KLIA2 jam 3 petang. Disebabkan agak terlalu awal tiba (7.40 malam beru berlepas), kam lepak dulu di luar pintu pelepasan. Dah sampai masa, lalulah pemeriksaan imigresen & kastam. Teruja sebab pertama kali berada di balai pelepasan KLIA2 walaupun dah pernah sampai sana. Lagi teruja sebab dapat lalu jambatan udara (BI: skybridge) pertama di Asia. Apa yang bestnya? Boleh tengok kapal terbang lalu bawah kita. Ha gitu!
|
Lagi best daripada Restoran Jejantas Ayer Keroh. Eh? |
Jauh berjalan nak ke pintu pelepasan (!), tapi yang penting lagi selesa daripada LCCT dulu. Tak adalah terasa sesak sangat; kt KLIA2 ni, nak main bola (& tengok wayang) pun boleh.
Seperti dijadualkan, pesawat D7 317 berlepas pada jam 7.40 malam. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam 10 minit, melangkaui 4,346 km.
ISNIN, 01 DISEMBER 2014
Tiba di Beijing jam 1.45 pagi. Melangkah saja ke jambatan penghubung antara pesawat dan terminal (BI: aerobridge), dah mula rasa sejuk. Untuk makluman, musim sejuk sedang bermula di hemisfera utara ketika itu, termasuklah di Beijing. Huh, sejuk! Nasib baik dah siap-siap pakai baju panas.
Selesai segala pemeriksaan yang perlu, kami disambut oleh Eyra & rakan-rakannya. Eyra ni ialah adik kepada kenalan KakLong, & sedang belajar di Univ. Bahasa & Kebudayaan Beijing (BCLU). Sanggup ea dia tunggu sampai jam 2 pagi tu. Terharu kateko. Lepas terharu, terkedu pulak. Sampai kt luar terminal, hah.. -2°C suhunya! (saya akan ceritakan lagi pasal cuaca kemudian) Naik van sewa terus ke tempat penginapan. Solat & tidur.
Oh ya, kalau ikutkan tak payah pun kami perlukan bantuan mana-mana orang Malaysia di sini. Namun, di China ni, jangan haraplah nak jumpa orang tempatan yang mahir & mahu berbahasa Inggeris. So we need to rely on our fellow Malaysian family who learns & knows Mandarin very well.
Paginya tu, kami berjalan-jalan sendirian tak jauh dari hotel sementara menunggu Eyra & rakannya Ayu untuk datang menjadi pemandu pelancong pada tengah hari. Cuaca memanglah menjadi cabaran utama sepanjang di Beijing ni. Speaking of which, udara di sini amatlah jahanam (Beijing merupakan antara bandar raya paling tercemar di dunia). Nilai IPUnya melebihi 500 setiap hari, tapi urusan harian masih dijalankan. Budak pergi sekolah, kilang macam biasa. Jadi, angin di sini bersifat sejuk kering, bukan seperti di Malaysia yang sejuk lembap (bila hujanlah). Bila sejuk kering, udaranya tu bagai mencucuk muka ni tau! *huhu* Jadi terpaksalah pakai krim pelembap & Vaseline.
|
If only this pic could come with a real-life temperature simulator (suhu: -7°C).. |
Tengah hari. Eyra & Ayu baru habis kelas. Mereka bawa kami berjalan kaki ke sebuah restoran Cina yang menyajikan makanan halal. Tak jauh dari hotel. Menu wajib bila ke China ni (menurut kata Eyra) ialah mi tarik. Jadi, mi tarik satu!
Usai makan, kami dibawa ke stesen kereta api bawah tanah yang berdekatan iaitu Wudaokou, & there we were, exploring Beijing subway.
|
Catering the need of 19 million people.. |
Selepas banyak kali buat pertukaran stesen, kami tiba juga di stesen berhampiran dengan Jalan Wangfujing, antara kawasan tarikan pelancong di Beijing. Banyak gerai souvenir serta.. warung makanan eksotik. Hmm, tak tahulah macam mana ea rasa kala jengking, kuda laut & tapak sulaiman? :O
|
Kalau di Malaysia, ini mungkin Jalan Petaling + Bukit Bintang.. |
Sebelum pulang, kami singgah di Jalan QianMen, antara kawasan tradisional di Beijing.
Di situ, kami menikmati makan malam di satu restoran makanan segera yang halal. Interesting.
|
Teh tarik Dicos.. |
Pulang ke hotel. At last, the day was over.. but not for me.
Saya dimaklumkan oleh Eyra bahawa rakan sekelas/sebayanya merangkap rakan Bestari 2 saya, Shazan Izzat a.k.a. Ijat nak singgah kejap di hotel. Taklah terkejut sangat, memandangkan saya dah lama beritahu dia tentang libur saya di Beijing ni. Bila dah jumpa tu, dia ajak saya untuk ronda-ronda BCLU dengan skuter elektrik yang dia bawa. Gila tak nak ikut? Choyy! Cuaca malam yang lagi membeku saya abaikan. Bukan senang nak ada pengalaman macam ni. Cuma sayang tak dapat nak ambil gambar yang jelas (duuh, malam kot).
Dia bawa saya meninjau kawasan kuliah & aktiviti sukan, sebelum berakhir di hostelnya. Ada lebih kurang 200 pelajar Malaysia di BCLU ni. Semuanya tertumpu kepada pengajian bahasa Mandarin. Semuanya juga ditaja oleh KPM atau MARA.
|
Asrama yang boleh tahan.. |
|
It took me 2 years & 2,700 miles to meet this ex-dormmate of mine once again.. :) |
Balik semula ke hotel. Now the day was finally over for me.
SELASA, 02 DISEMBER 2014
Hari yang amat sibuk. Oh ya, untuk sesi pagi-petang ni, pemandu arah kami ialah Kak Fiqa & Kak Nuha, senior kepada Eyra, Ayu & Ijat. Dua-dua orang Nogori gitu (sukalah Umi, kan?). Dimulakan dengan ke Istana Musim Panas (BI: Summer Palace).
Sesuai dengan namanya, Tapak Warisan Dunia UNESCO ni menjadi tempat maharaja China dulu-dulu bersemayam semasa musim panas (obviously). Terlalu luas untuk diteroka, kami melangkah sejauh yang termampu sajalah.
Kemudian, perjalanan diteruskan. Sempat melalui beberapa monumen ikonik Beijing.
|
Pusat teater utama China, a.k.a. The Egg.. |
Seterusnya, ke dataran terbesar di dunia.
|
Tian'anmen.. |
Bangunan ikonik yang ada potret Mao Tse Tung tu adalah sebahagian daripada Kota Larangan, antara kompleks istana terbesar dunia. Memang sebesar-besar alam, bak hang!
|
Berlapis-lapis tembok menuju ke balairong seri.. |
Dalam pada itu, banyak artifak berkurun lamanya tersimpan rapi di banyak bangunan.
Lama juga nak menuju ke pintu keluar. Beso sangat tempatnya ni.
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah makan di Niuje & solat di sebuah masjid berhampiran.
.
|
Seni bina China. Kalau tengok dari jauh, tak terbayang yang ni ialah masjid. |
Malamnya pula, Eyra & Ayu datang lagi. Pelannya ialah ke Kompleks Olimpik Beijing, yang ada Kiub Air dengan Sarang Burung. Ingatkan berdua jer, rupanya satu kampung datang (OK, itu cuma propa). Ijat & rakan-rakan se-Malaysianya ikut serta. Memang best lah rasa, nak-nak lagi bagi saya sebab mereka semua sebaya (20's gitu). Rasa macam pergi lepak kt Pavilion :3. Dari hotel, jalan kaki ke BCLU, kemudian naik bas terus ke kompleks.
|
Rasa macam naik bas RapidKL; feels like home.. |
Teruja yang amat sangat bila dapat lihat dengan mata sendiri lambang kemegahan Sukan Olimpik ke-29 yang saya cuma tonton di TV masa Tingkatan 2.
|
Stadium Olimpik (atas) & Pusat Akuatik Nasional (bawah).. |
|
With my new Malaysian friends.. Ohsem! |
Singgah lagi sekali ke asrama BCLU, kali ni dengan Syakir. Jumpa si Ifwat (my SAMURA junior) kejap (again, sayang sebab tak bergambo). Naik skuter elektrik lagi untuk balik ke hotel.
RABU, 03 DISEMBER 2014
Hari terakhir (secara teknikalnya) di Beijing. Agenda hari ni 2 jer: Tembok Besar, & beli-belah. Untuk hari ni pula, Ijat & rakannya Faris yang menjadi pemandu pelancong. Gerak jam 10.30, & tiba di kawasan Ba Da Ling dalam sejam setengah kemudian.
Keluar dari van, kesejukan yang lagi melampau (ditambah dengan angin sejuk kering). Bila ditengok, -16°C. Sejuk gila (literally)! Puas nak ditahan. Nak sampai ke tembok, kena naik kereta ala-ala roller-coaster. Sempat la juga nak panaskan badan.
Nasib baik jarang bersin. Namun, bila dah dapat daki tembok tu, pergh! Kagum.
|
One of the seven wonders of the world.. |
Tak lama pun kt atas tu. Dalam sejam jer kot rasanya. Tak tahan sejuk, I tell you. Perjalanan pulang ke hotel, tapi sebelum tu singgah ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli saki-baki souvenir yang diperlukan. Dah macam pergi Mydin rasanya.
|
Borong, jangan tak borong.. |
Singgah lagi untuk makan malam. Eyra & Ayu datang lagi. Best.
|
The great youngsters who made our trip a memorable one.. :'D |
Balik ke hotel. Kemas barang. 9.30 malam, beransur keluar dari hotel menuju ke lapangan terbang. Ijat jadi peneman kami, & dia bawa seorang lagi kawan. Kami dah nak balik barulah dia bawa budak Segamat. Haish, mengundang betul :P. Taufik Samuji namanya. Tinggal kt Tebing Tinggi, bekas budak SMKA. Bangga tu, orang Segamat belajo kt Beijing! :3
|
The Segamat boys.. :D |
Selesai daftar masuk, apa lagi? Tunggu je lah sampai jam 2.30 pagi.
KHAMIS, 04 DISEMBER 2014
Naik pesawat D7 316 ke KL. Berlepas jam 2.30 pagi.
Sampai dalam jam 8.30 pagi. Jam 9 pagi, dah bertolak balik Segamat.
~THE END~
Dalam kesempatan ini, saya nak mengizharkan sekalung apresiasi buat mereka yang banyak membantu kami dari mula hingga akhir. Kepada Eyra, Ayu, Kak Fiqa, Kak Nuha, Ijat, Faris, Taufik, & yang selebihnya, tak tahu macam mana kami dapat membalas segala budi baik & pertolongan yang kalian beri walaupun hanya sebentar cuma kami merantau di Beijing ni.
"I was expecting your presence as our tour guide to be kinda awkward, but it turned out to be anything but.
Your friendliness were just beyond great. Your willingness to accompany us despite your hectic campus life touched the very bottom of my heart."
"To Ijat, thank you so much for all your assistance. God knows just how hard it'll be to pay it back. I owe you big time, budak Best 2. ;)"
"To Eyra, you are so like Scha al-Yahya :P. Keep on being cheerful, & thanks for your big help."
I'm honestly sorry for causing inconvenience to you guys throughout our stay. Send my warmest regards to your fellow friends (Ayu, Faris, Taufik, Kak Nuha, Kak Fiqa, etc.) who've been there with us. My thoughts & prayers will always be with you. May Allah ease all of you in gaining success, just like how you guys ease our journey.
Xie xie ni. :D
Oh ya, kalau ada yang tertanya-tanya apa maksud tajuk blog post kali ni..
maksudnya ialah "Beijing welcomes you" atau "Beijing mengalu-alukan anda."
;)