.
*mengibas-ngibas segala sawang dan meniup segala habuk*
Fuh, looks like an abandoned house here.
Baiklah, jika anda peka dengan blog ini, kali ini saya mengemaskininya ialah pada awal Jun 2018, kira-kira setahun setengah yang lalu. Agak jelas mengapa saya tidak ke sini selepas itu.
Apa-apa pun, saya tak mahu membiarkan tahun 2019 ini kosong tanpa sebarang catatan, maka di sinilah kita. Namun disebabkan hari ini bukan sahaja merupakan hari terakhir bagi tahun ini malah bagi dekad ini, maka elok kiranya saya merangkumkan segala naik-turun, senyum-sedih, dan rasional-gila yang berlaku secara peribadi sepanjang 10 tahun yang sudah. Sila ambil maklum bahawa ringkasan ini adalah.. err, ringkas (disebabkan kekangan masa dan kemahuan/semangat). So, let's hop on to the DeLorean!
2010
- Bergelar seorang pelajar SBP secara rasmi
- Exploring my creative ability
2011
- Muncul di kaca TV secara tak berapa semenggah
- Took my first ever international flight
- Calon SPM di JF062
2012
2013
- Diizinkan-Nya untuk menjejak Tanah Suci
2014
- Berundur selangkah, bermula semula
- Bersendiri ke sempadan Malaysia-Thailand
2015
- Bertandang ke seberang tambak sempena Sukan SEA
2016
- Bergelar Cikgu Syafiq selama 4 bulan
2017
- Membawa obor menuju ke Tanjung Agas
- Meraikan Sukan SEA ke-29
2018
- Abah.
2019
- Bertugas di pejabat secara pro bono
- Akhirnya, segulung ijazah dalam genggaman
- Mula mengorak langkah
Wau, agak gila juga dekad yang sudah ini. Tak terjangkau dalam fikiran bahawa saya akan menderap masuk ke tahun 2020 - tahun yang terlalu jauh dari minda ketika saya masih kecil. But then, here we are - entering a new decade.
Sesungguhnya kehadiran tahun (dan dekad) yang baharu ini menjanjikan suatu pengharapan yang kembali segar agar segala-galanya berada dalam keadaan yang molek dan harmoni dari segenap elemen. Satu perkara yang pasti - semakin bertambah angka tahun itu, semakin hampir kita dengan pengakhiran. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan dalih untuk berteleku sahaja.
Terima kasih buat semua yang pernah hadir dan singgah sepanjang 3652 hari yang sudah. Setiap keberadaan kalian memiliki asbab yang tersendiri, sama ada yang baik mahu pun sebaliknya. Moga kita terus memperkasakan satu sama lain sepanjang hari-hari mendatang yang penuh dengan ketidakpastian.
Salam sayang buat warga dunia.
Syafiq Asyraf,
signing out of the 2010s.