Ahad, 30 Disember 2012

[Sekilas Pandang (2012] at a Glimpse)

JANUARI
- Meneruskan kehidupan pasca-SPM yang AMAT membosankan..
- Mempersiapkan diri untuk dapat lesen kereta..
FEBRUARI
- Pertama kali kembara seorang diri (ke JB; kisah selanjutnya di SINI)
- Meneruskan kembara seorang diri ke KL pula untuk PKTR 2011..
MAC
- Celebrated my 18th birthday during PKTR, with getting the first (& best) birthday surprise ever! :'D
- Keputusan SPM 2011: 6A+, 1A, 1A-, 1B+. Alhamdulillah..
APRIL
- Huru-hara dengan permohonan macam-macam biasiswa pasca-SPM..
- Terpilih sebagai pelajar terbaik subjek BM SAMURA untuk tahun 2011; YEAY! (click HERE for further story)
MEI
- Konflik emosi menjelma kembali.. *sigh*
- Berduyun-duyun surat tawaran datang ke rumah; hanya satu yang menjadi pilihan..
- Menjadi 'tour guide' pasukan forum remaja SAMURA di Segamat.. :)
- Memulakan kehidupan sebagai pelajar Pusat Asasi Sains UM (PASUM), KL..
JUN
- Bermula satu lagi diari unik; menjadi orang KL.. *ahaks* :P
- Kembara ke sana sini, termasuk ke UiTM Puncak Alam seorang diri, OK.. Kau hado?
- Cuba mengadaptasi diri dengan suasana P&P di PASUM yang terlalu pantas..
JULAI
- Meneruskan kembara solo ke sekitar KL (termasuk Muzium Negara & Planetarium Negara; kliklah kt SINI)
- Ramadan pertama (& terakhir) di Kolej Kediaman ke-12 UM. Jauh bezanya dengan Ramadan di SAMURA. :-\
- Sukan Olimpik 2012 di London. Nasib baik dapat tengok upacara pembukaannya di rumah. So British!
- Ujian Pertengahan Semester 1 PASUM..
OGOS
- Sempat merasa berpuasa di UiTM Puncak Alam. Once again, kau hado? :P
- Iftar Jam'ie bersama rakan-rakan batch 28 (RTFians) di Tasik KLCC. A very united batch, indeed. (tidur di B-132 bersama 8 geng RTF; muat! *haha*)
- Aidilfitri 1433H menjelma..
- Kembara ke KLIA untuk menghantar tok penghulu RTF (si Haafizhul) yang nak ke Beijing. Still proud of you, KP!
- Menyambut 31 Ogos di Dataran Merdeka buat pertama kali. I LOVE MALAYSIA!
SEPTEMBER
- Had the first weekend of the month with busyness...! (nak tahu kesibukannya, klik SINI)
- Life goes on as usual..
OKTOBER
- Forever Alone Ranger. Yup, that's me. :P
- Semester 1 dah nak habis; Peperiksaan Akhir Semester 1 PASUM tiba..
NOVEMBER
- Bermula cuti akhir semester 1 (2 minggu sahaja?! Kejam! *T_T*)
- Balik ke KL kejap untuk MUET..
- Berlibur bersama famili di Legoland Malaysia..
- Semester 2 PASUM bermula.. *sigh*
DISEMBER
- Meriah di PASUM dengan macam-macam aktiviti: Jogathon, minggu sukan..
- Terlibat dengan persembahan untuk Malam Emas (a.k.a. annual dinner) PASUM..
- Had that movie-like moment.. (klik SINI) ;)
- Melarikan diri daripada segala stres di UM dengan bersama keluarga di Melaka & Aquaria KLCC..

Kesimpulan: 2012 was really like a roller coaster ride for me. Naik & turun silih berganti. Apa-apa pun, terima kasih 2012 kerana mengajar saya lebih banyak erti kehidupan. Semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baharu yang lebih ceria buat kita semua.
Wassalam. :-D

Ahad, 16 Disember 2012

Unexpectedly Splendid

Greetings, everyone!

Baiklah, kali ini saya ada catatan menarik yang ingin dikongsi bersama. Bagi saya secara peribadinya, memori yang nak saya ceritakan ini mungkin terlalu menarik *perasan-kejap*. Apa-apa pun, just read & enjoy... ;-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 DISEMBER 2012 (SABTU)
2.22 petang
Hari itu, pelan saya adalah untuk pergi ke KL Sentral untuk membeli tiket kereta api bagi pulang ke Segamat pada 22/12. Saya memulakan perjalanan dari KK12 lepas Zuhur. Seperti biasa, saya akan menunggu bas RapidKL (T632) di hentian berdekatan Dewan Tunku Canselor untuk ke stesen LRT Universiti. Ketika berada di dalam bas yang sedang dalam perjalanan, saya menerima panggilan daripada senior Bestari 2 saya, Iqhwan (untuk kisah lebih lanjut, sila klik SINI). Walaupun tidak begitu menjangkakan panggilan itu, saya menjawab & berbual dengannya. Segalanya kelihatan seperti perbualan telefon yang biasa (walaupun dengan bunyi bising di dalam bas), sehinggalah dia berkata, "cuba pandang ke kanan." 
Alangkah terkejutnya saya (:O) apabila sebaik sahaja berbuat demikian, dia melambai dari bahagian belakang tempat duduk bas yang sama saya naiki. Stunned & speechless, itu yang mampu menggambarkan situasi saya ketika itu. I tell you, it was like a scene from one of those movie I watched *:P*. Kami terus berbual untuk 1-2 minit seterusnya melalui telefon (sambil memandang ke arah satu sama lain) sebelum turun di stesen LRT. Sebaik sahaja turun, saya menunggu dia turun & berpelukan. Sempat jugalah kami berborak dengan lebih panjang sebelum kami menuju ke destinasi masing-masing (dia nak pergi ke MidValley). Apa yang penting, kenalah ada gambar sebagai bukti pertemuan tidak sengaja kami berdua ini. :-D
Oh, alangkah bestnya detik itu. Kalau boleh, nak saja saya ulang kembali insiden itu. Anyway, saya pergi ke KL Sentral & tak berhenti tersenyum seorang diri ketika di dalam LRT. 

4.04 petang
Sekembalinya dari KL Sentral (& terus ke UM), saya mengambil keputusan untuk singgah sekejap ke auditorium PASUM untuk meninjau suasana Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat kebangsaan. Itulah kali pertama saya tahu pasal kewujudan pertandingan itu. Ketika saya masuk ke dalam, giliran peserta ke-2 terakhir membuat persembahan iaitu dari Wilayah Persekutuan Labuan. Saya tidak ambil pusing sangat dengan persembahan itu sebab hanya nak lihat transformasi yang dibuat pada auditorium itu. *:P*
Namun, apabila saya meneliti wajah salah seorang peserta dari Labuan itu, saya rasa seakan-akan kenal dengannya. Setelah selesai persembahan, pengacara majlis (emcee) memaklumkan kepada para hadirin nama peserta yang terlibat, & apabila emcee menyebut nama Mayrelyn Jane... "Yup! My instinct was right." Sebaik sahaja bertembung dengan Mayrelyn di luar auditorium, giliran dia pula untuk terkejut. *haha* Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan rakan PKTR pada waktu itu (kalau nak tahu apa itu PKTR, klik SINI). Cepat-cepat saya hubungi Ainisya (rakan PKTR di PASUM), & terjadilah 'mini reunion' di auditorium.
Begitu mengujakan rasanya apabila perkara yang sebegini spontan berlaku. Akhirnya, saya kembali ke bilik lebih kurang jam 5.15 petang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pendek kata, 8 Disember 2012 ini merupakan hari yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Dua pertemuan yang saya tak sangka berlaku dalam masa tak sampai 3 jam.  Wow, it was like God has planned this to make my day. Apa-apa pun, memori ini mengajar saya bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku di sekeliling kita pada bila-bila masa. Terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk peka dengan situasi itu. Wassalam. ;-)

Jumaat, 14 Disember 2012

Adilkah? // Is It Fair?

Assalamu'alaikum, semua. :-)


"Adil merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu 'Adl (عدل) yang membawa maksud keadilan."

"Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, adil didefinisikan sebagai: 1) menyebelahi pihak yang benar. 2) meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. 3) menepati hak seseorang atau sesuatu. 4) tidak menyebelahi mana-mana pihak."

Baiklah, kenapa saya bangkitkan isu berkaitan istilah yang satu ini? Ha, adalah sebabnya yang tersendiri. Semuanya ada kena-mengena dengan situasi saya sekarang ini.

Kehidupan di PASUM ini banyak mendedahkan saya kepada perspektif pengorbanan yang lebih spesifik. Cuti akhir semester yang hanya selama 2 minggu membuatkan saya rasa amat sakit jiwa (secara simboliknya). Lagi sakit jiwa saya dibuatnya apabila mendapat tahu cuti akhir semester bagi rakan-rakan di UiTM Puncak Alam adalah selama 7 minggu! Tak cukup lagi tu; mereka bercuti sebelum saya di PASUM ini mengambil peperiksaan akhir semester 1, & mereka tamat cuti 2 minggu lepas warga PASUM memasuki semester 2. Benar-benar menduga keimanan saya (secara simboliknya juga). *:P*

Disebabkan cuti yang amat pendek, saya tak sempat nak meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sedang mereka semua berada di rumah menonton Maharaja Lawak Mega bersama-sama (maybe-lah kot..), saya menghabiskan masa secara berseorangan. Nak kata sedih tu tak adalah, mungkin sebab dah biasa dengan keadaan yang sama semasa di SAMURA. Namun, entahlah, saya macam tak nampak rasa diadili dengan cara sepatutnya apabila mengalami situasi sedemikian. I think I'll blame the PASUM admin system for this. :P

Walaupun begitu, ibu bapa saya selalu pesan, "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya." Kata-kata iulah yang saya pegang setiap hari. Saya cuba menerima apa jua yang berlaku & mengekstrak segala elemen baik yang termampu daripadanya. Alhamdulillah, atitud sebegitu sedikit sebanyak memberi impak positif kepada diri saya. Masuk saja semester 2, tutor pun bertukar. Memang best apabila dapat diajar oleh En. Zahurin (a.k.a. Mr. Z) untuk subjek IT serta Kalkulus & Geometri. Lagi best bila dapat tahu Dr. Izlina akan menjadi tutor Fizik.

Bagi saya, kedua-dua mereka ini adalah individu yang mampu membangkitkan mood pelajar untuk belajar. Mr. Z merupakan pensyarah bagi subjek Sains Komputer, & walaupun saya tidak belajar subjek itu, terkadang saya sempat menyelinap masuk ke dalam auditorium untuk meninjau sesi P&P seliaannya. Amat ceria, dengan gelagat beliau yang amat sempoi sewaktu mengajar, I don't think that anyone will dislike him. Dr. Izlina pula merupakan pensyarah Fizik yang tidak terlalu serius dalam penyampaiannya; tenang & bersahaja. Secara akademiknya, saya mendapat aura positif daripada berita baik ini.

Jadi, pesan saya buat para pembaca: Every cloud has its silver lining.
Wassalam. ;-)

Rabu, 12 Disember 2012

12/12/12

Taken at 12:12 a.m. on the 12th of December, 2012 (12/12/12).
A very unique & once in a century moment. :-D

Khamis, 29 November 2012

G.A.Z.A.

Gagah kau tempuhi setiap pancaroba,
Alangkah kukuhnya benteng semangat;
Zionis laknatullah tak mampu menduga,
Ampuhnya jiwamu tiada berpenamat.

Gersangnya tanah darahmu menitis,
Akibat sengsara cetusan durjana;
Zahirnya terlihat lukamu terhiris,
Apabila disingkap sehebat-hebat arjuna.

Global memerhati sengaja terkaku,
Ada yang tersenyum kerana tangismu;
Zaman-berzaman sudah berlalu,
Akhiran gembira belum kau temu.

Garisan penghujung kian menjelma,
Ayuh bangkitlah umat manusia;
Zarah nan kecil turut bersama,
Angkat senjata siap sedia.

Sabtu, 24 November 2012

My 100th Blog Post!



To celebrate my 100th blog post, here's a 100-word poem. Enjoy!

100 dogs, 100 cats,
100 heads for 100 hats.
100 women, 100 men,
100's more than 5 or 10.
100 buttons, 100 coats,
100 sails for 100 boats.
100 cookies, 100 cakes
100 kids with bellyaches!
100 shoes, 100 socks,
100 keys for 100 locks.
100 puddles mighty dirty,
100's even more than 30.
100 daughters, 100 sons,
100 franks on 100 buns.
100 trees, 100 plants,
100 picnics, 100 ants!
100 is a lot to count,
100 is a LARGE AMOUNT!
100 kisses, 100 hugs,
100 bats, 100 bugs.
100 bees, 100 birds,
This poem has 100 words!

- Meish Goldish

Canto Lamento

Wazzup, guys?
Ha, kali ini saya nak berkongsi karya terbaharu yang sememangnya lain daripada yang lain. Buat pertama kalinya, saya bereksperimen dengan genre rap. Bukan apa, sejak lagu ciptaan Malique (Too Phat) sering diputarkan di media massa, saya berasa tertarik dengan seni katanya yang begitu tinggi standard bahasanya. Jadi, saya rasa tak salah kalau nak cuba sesuatu yang berbeza.
Tajuknya ialah 'Canto Lamento', yang bererti 'Lagu Sedih' dalam bahasa Itali. Saya juga  turut menggunakan bahasa Itali dalam permulaan & juga chorus lagu ini, untuk menambah keunikkannya. So, as they say it in Italy, "Godetevi la canzone!"

(* Intro/Chorus)
Canto lamento, canto lamento
In questo momento mi narrare
Ascolta il ritmo del mio cuore

Tiba saat untukku bersenandika
Merungkai kisah di sebalik tirai atma
Telah lama ku sembunyi rasa duka
Bagai korpora alata di lapangan
Di garis mula tiada kurang sempurna
Satu-persatu langkah dirias indah
Namun diriku gemuruh tiba-tiba
Lemah longlai, terpaku dan terkesima
Telah jitu titik hulu psikodrama
Tersulam sudah tinta penuh berkaca
Tak mungkin sukar untuk aku berkata
Secara praktiknya ku terus tercabar

(ulang *)

Pabila bertentang mata acap kali
Ku biar saja jasad bungkam sendiri
Di tengah rona dunia penuh ekspresi
Terkurung ku dalam alam introversi
Tak pernah sekali ku menuding jari
Kau bukanlah intipati konotasi
Kerana ku tahu asal deformasi
Kuboid jiwa masih terpendam misteri
Umpama lalang dihempas ribut salji
Terkadang ku selalu berwarawiri
Walau rempuh denai eskapisme ini
Ku kan kembali bertembung realiti

(ulang *)

Bergelandangan di luar ruang lingkup
Kehidupan yang didepani selalu
Bukanlah penamat untuk ceritaku
Akan ku pecut sejauh yang termampu
Pastikan jiwa raga sentiasa ampuh
Menepis katastrofa yang haru-biru
Membenam negativiti yang mengganggu
Agar tak perlu aku dihurung syahdu
Pengakhiran dolente nukilan daku
Tertulis bila masa terus berlalu
Pasang telinga pejamkanlah matamu
Selamilah gelora isi hatiku

(ulang *)



LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
LAGU: Mohd. Syafiq Asyraf

Rabu, 21 November 2012

"Play Your Part!"

Assalamu'alaikum, semua... :-)

Baiklah, dalam masa yang terhad ini, izinkan saya berkongsi pengalaman tentang kunjungan saya sekeluarga ke tarikan terbaharu di Nusajaya, Johor. Tak lain tak bukan, mestilah Legoland Malaysia...!
Apa-apa pun, nasihat saya kepada sesiapa yang nak ke sini: Kalau boleh, anda perlu berada di pintu masuk ini selepas Subuh. Sebabnya? Yalah, menjelang bermulanya waktu operasi (10 pagi), akan ada barisan menunggu yang amat panjang. Nak beli tiket pun mengambil masa hampir sejam. Fuh!

Baiklah, saya langkaukan sajalah bab nak beli tiket tu; jom terokai Legoland. Secara ringkasnya, taman tema antarabangsa pertama di Malaysia ini berkeluasan kira-kira 30.4 hektar (besarnya!) & terbahagi kepada 7 seksyen/bahagian.

Bahagian #1 ialah 'The Beginning', yang merangkumi pintu gerbang, kaunter tiket, pusat khidmat pelanggan, & kedai cenderamata. Biasa-biasa saja.

Bahagian #2 ialah Lego City. Di sini, kanak-kanak akan dapat merasakan pengalaman menjadi orang dewasa dengan memandu kereta mini & kapal terbang mini. Di Rescue Academy, saya & adik-beradik yang lain berpeluang menjadi ahli bomba untuk memadamkan 'kebakaran' yang berlaku. Memang best, walaupun agak mengah jugalah untuk mengepam kereta bomba itu.

Baiklah, seksyen #3 ialah Land of Adventure. Seksyen ini membawa pelawat seakan-akan berada di dalam filem Cleopatra dengan suasana ala-ala Mesir.
Di seksyen ini pula, permainan yang saya sekeluarga cuba ialah Lost Kindom, yang memerlukan kami untuk menembak 'musuh' di dalam gua menggunakan laser. Saya sibuk mengambil gambar, & itu sebab markah tembakan saya ialah 0. *hihi*

Moving on. Seksyen #4 ialah Imagination. Kawasan ini memungkinkan kanak-kanak kecil hinggalah orang tua untuk bersantai sambil melihat rekaan Lego yang mengagumkan, termasuklah air pancut muzikal Lego.
Di sini, aktiviti keluarga yang saya lalui ialah menonton tayangan filem pendek Lego dalam versi 4-D. Bukan setakat nampak timbul, malah efeknya turut dirasai secara langsung. WOW! Selain itu, ada juga aktiviti lain yang ada, termasuklah taman permainan.

Melangkah masuk ke seksyen #5 iaitu Lego Kingdoms, saya rasa bagai berada di dalam dunia 'Merlin'. *haha* Suasana ala-ala kawasan Inggeris kurun ke-16 membuat saya rasa seperti berada di luar negara.
.
Permainan utam di sini ialah 'roller-coaster' The Dragon. Inilah pertama kali saya menaiki permainan sebegini, & harus saya katakan "it was AWESOME!". Sepanjang berada di dalamnya, jeritan penuh keterujaan keluar dari dalam diri. Begitu jelas deruman adrenalin. Woohoo!

Jom masuk seksyen #6 iaitu Miniland. Inilah seksyen yang paling saya nantikan untuk lawati, sebab kawasan ini menempatkan replika pelbagai bangunan terkenal di Asia & dibina menggunakan lebih 30 juta blok Lego serta mengikut skala 1:20. Cantik!
Model bandar raya Johor Bahru dibina dengan cukup kemas & tersusun, serta nampak seolah-olah nyata. Pujian harus saya berikan kepada anak Malaysia yang bekerjasama dalam membina model ini. Dataran bandar raya, Legaran Segget, & Pelabuhan Tanjung Pelepas nampak begitu comel dalam bentuk Lego.
.
 .
Turut tidak ketinggalan, model bandar raya Singapura yang dibina bersebelahan, sama seperti dalam peta.
Antara tarikan lain yang menambat hati di seksyen ini ialah model manusia Lego yang melakukan sesuatu perkara apabila butang interaktif ditekan, seperti penari Bollywood Lego ini. Nice!
Memandangkan Legoland di Nusajaya ini adalah pertama di Asia, jadi ada juga kawasan untuk model bangunan terkenal di Asia, seperti Taj Mahal di India & Kota Larangan di Beijing.
 .
Tak lupa juga, status Malaysia sebagai negara ASEAN membolehkan replika tempat terkenal dari 10 negara rantau ini untuk berada bersama, seperti Masjid Sultan Ali Omar Saifudin di Brunei.
Meneruskan kembara di seksyen ini, saya ke 'KLIA' pula. Model pesawat & aerotren yang bergerak sememangnya best.
Kemudian, saya menyusuri 'Kuala Lumpur'. Jika dilihat betul-betul di pekarangan 'Suria KLCC', anda dapat perhatikan ada model manusia Lego sedang ber-'Gangnam Style' di situ. Sempat lagi, ya? *haha*
Amat cantik pembinaan model Lego ini. Segalanya nampak seperti bangunan asal. Model Menara Berkembar Petronas ialah model Lego tertinggi di dunia. Apa-apa pun, panorama 'Dataran Merdeka', 'Masjid Jamek' serta kawasan retro di 'KL' memang mengasyikkan.
 .
 .
 .
Tak habis lagi kisah di Miniland ini. Next stop: 'Putrajaya'. Kalau secara realitinya Putrajaya memang nampak indah, di Miniland pun macam itu juga. Perincian yang begitu cantik dibuat pada 'Masjid Putra', 'Dataran Putra' dan 'Perdana Putra'.
 .

OK, finally. Seksyen #7 (yang terakhir) ialah Lego Technic. Tengok nama pun dah menggambarkan suasana yang agak futuristik & penuh kecanggihan.
Tarikan utama di sini: Project X (satu lagi 'roller-coaster'). Namun sayang, saya tak dapat nak menaikinya kerana barisan menunggu yang amat panjang & cuaca yang dah nak hujan.
Di seksyen ini juga ada kios makanan iaitu Robot Kitchen. Ha, bercakap pasal makanan, tak payah risau; semua kios makanan di Legoland Malaysia ini adalah HALAL. Cuma yang menjadi sedikit 'konflik' ialah harganya. Bayangkan, satu karipap ayam saja dah berharga RM 3 *huhu*. Kalau diikutkan, makanan luar dilarang di sini, tetapi saya cadangkan kalau ramai sangat pelawat, bawa sajalah apa-apa makanan dari luar, sebab petugas di situ memang takkan ada masa untuk buat pemeriksaan ke atas beg anda; jimat sikit kos.
Akhir sekali, jangan lupa singgah ke kedai cenderamata untuk meninjau sahaja barangan di sana. Kenapa saya cakap macam itu? Sebab yang sama saya ceritakan pasal makanan tadi. Faham-faham sahajalah. Namun, banyak barangan di sini yang memang menarik perhatian.
Oh ya, nak diceritakan juga ni. Semasa saya sekeluarga makan di The Café (hujan pada masa itu), ada seorang pelancong Korea tiba-tiba membuat aksi ini di luar restoran itu semasa hujan:
Mungkin dia dicabar oleh rakan-rakannya, berdasarkan pemerhatian saya. Namun, saya rasa lelaki ini ada masalah mental sikit *LOLz*.

Hah! Habis pun coretan saya yang satu ini. Memang panjang. AApa-apa pun, saya harap ini bukan kali pertama & terakhir saya ke Legoland Malaysia. Andai diberi rezeki, saya akan ke sini bersama rakan-rakan pula untuk menepati slogan taman tema ini: "Mainkan peranan anda!" Wassalam. ;-)

1 Muharram 1434 H

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat, tegakkan syi'ar Islam
Untuk sepanjang zaman.

Ahad, 28 Oktober 2012

Dah Nak Habis?

Assalamualaikum...
Baiklah, ketika 'blog post' yang satu ini sedang ditaip, saya sedang mempersiapkan diri bagi meghadapi minggu ke-2 Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 di PASUM ini (sesi 2012/2013).
WOW! Sedar tak sedar, saya dah berada di penghujung semester yang pertama. Rasa macam baru minggu lepas saya mendaftarkan diri; tiba-tiba dah nak habis pun separuh perjalanan saya di UM ini. Apa yang boleh saya katakan, tidak susah untuk mengadaptasikan diri dengan kehidupan di PASUM kerana suasananya yang hampir sama dengan SAMURA. Jadi, tak ada masalah tentang itu.
Cuma, kehidupan di sini sentiasa dihabiskan melalui konfrontasi dengan segala nota dan kerja tutorial yang perlu sentiasa diulangkaji. Semakin luas cabang sesuatu subjek yang saya pelajari, menjadikan lebih pening kepala dibuatnya.
Namun Alhamdulillah, selepas tamat minggu pertama peperiksaan, saya boleh katakan bahawa insya-Allah, keputusan yang lebih baik mampu saya peroleh. Yalah, dah puas berusaha, kenalah ada keyakinan. Walau bagaimana pun, saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi, takut-takut kekecewaan pada 21 Mac 2011 akan berulang semula (klik sini untuk kisah selanjutnya).
Baiklah, baik saya pergi buat ulang kaji. Ada lagi 6 kertas yang menunggu untuk dijawab. Terpulang kepada saya untuk mengisinya dengan jawapan yang sepatutnya. Wish me luck, OK? Wassalam.

Khamis, 18 Oktober 2012

Roller Coaster

Our life is like a roller coaster ride.
Sometimes we're at the top, sometimes not.

Our life is like a roller coaster ride.
We scream at some points, and be calm at others.

Our life is like a roller coaster ride.
We try to be brave at certain times, when we're actually afraid to fall.

Our life is like a roller coaster ride.
We slow down a little bit for a while, then our life become fast-paced.

Our life is like a roller coaster ride.
But do we feel happy when it's over?

Rabu, 26 September 2012

My Missions in Life


- To be the servant of Allah who can fulfil His commandments and left His prohibition.
- To be a person who can make his family happy & proud with what he’s doing.
- To help his fellow Muslims, especially in Palestine in any possible way.
- To make sure that all the Malays are Jawi literate.
- To make history as the first song writer from Asia to win a Grammy award.
- To find the non-surgical way that will permanently get rid of migraine from the brain.
- To promote Segamat as a world class agro-tourism destination.
- To make sure that the usage of Bahasa Melayu as the national language is kept glorified.
- To gain consciousness towards society about the importance of being eco-friendly.
- To get support in ensuring the reduce of education gap in the country.

Ahad, 9 September 2012

Neurosis

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 
"Neurosis dapat didefinisikan sebagai gangguan emosi akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, serta dicirikan dengan keresahan (sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu)."

Baiklah, kenapa saya menimbulkan isu berkaitan istilah ini pula? Ha, inilah masanya untuk saya mengekspresikan minda melalui satu lagi nukilan lagu bagi mengisahkan emosi saya tentang istilah psikologi ini. Take a look, OK? Tak nak fahamkan pun tidak mengapa; yang penting anda telah membacanya. ;-)

Hariku bermula dengan penuh tanda tanya
Mampukah ku bertahan hingga penghujungnya
Telah ku lihat titik noktah yang bersinar
Namun terlindung sudah, kabus menambah pudar

Ingin ku sambung ceritera nukilan paling indah
Menambah seri dalam senyum yang ku luah
Namun saat itu juga tinta terhenti menitis
Berganti pula air mata jiwa yang menangis

Kabur mindaku, kembaraku tersalah arah
Mata dan jiwa saling bertelingkah

(*chorus)
Neurosis ini membuat langkahku terhenti di sini
Lidahku kelu, diriku bagai tiada bernadi
Neurosis ini menambah celaru dalam sanubari
Janganlah kau hadir menambah igauan naluri

Terasa diriku kerdil di balik metropolis
Jauh ku tertinggal, tiada yang akan mengerti
Ingin sekali aku melakar rona mimpi
Namun terjelma ilusi mencetus hipnosis

Sampai bila harusku menepis realiti
Andai anganku hanyalah fantasi

(ulang *)

Tiba masa untukku sedari
Segalanya sudah tertulis
Cari segera jalan kembali
Refleksi diri pada ilahi
Sebelum tiba saat terhenti

(ulang * 2 kali)



LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf

Jumaat, 7 September 2012

Tinta Iftar

Iftar.
Manifestasi sebuah kejayaan.
Kejayaan mencetus kembara rohaniah.
Kembara yang menambah erti hidup ini.

Iftar.
Bertambah barakah, terbangun minda dan jiwa.
Terzahir rasa syukur kepada-Nya.
Lebih disyukuri apabila bersama taulan.

Iftar.
Menanti ia hadir bagaikan selamanya.
Bilakah ia akan kembali?
Membawa citra yang paling indah.
Menyambung perjuangan abadi.

Iftar.
Kembalilah engkau.
Kembalilah bersama memori silam.
Memori yang ingin ku kenang.
Bersama sahabat-sahabatku.

What a BUSY Weekend!

Wazzup, guys!

27 Ogos - 2 September 2012 ----------> @#$)%^&*_(+!

Huh, penat tak terkata. Itulah yang boleh saya gambarkan tentang minggu lepas; penuh dengan pengisian yang memang memenatkan untuk dilakukan, terutamanya apabila melibatkan soal perjalanan. Sakit badan dibuatnya, terutamanya sepanjang hujung minggu tersebut. Baiklah, tak nak berceloteh panjang; seek for yourself.

KHAMIS, 30 OGOS 2012
Hari itu bermula seperti biasa; kelas yang bermula pada jam 10 pagi & berakhir pada jam 1 petang. Namun, ke'huru-hara'an hari itu bermula selepas jam 2 petang. Perancangan yang dibuat begitu spontan (tiba-tiba) & menantikan maklum balas daripada mereka yang terlibat menjadi amat sukar. Haha, kelakar pula mengenangkan kekalutan itu, semata-mata nak ke KLIA bagi mengucapkan selamat jalan kepada Fizul a.k.a. KP Rise With the Fallen (RTF) yang berlepas ke Beijing selaku antara 10 penerima sulung biasiswa pertukaran pelajar oleh Yayasan Sime Darby. WOW!
Rakan-rakan RTF yang merupakan pelajar Sains Fizikal melalui kelas kuliah hingga jam 6 petang, yang sedikit sebanyak merencatkan perancangan awal. Namun, saya dan rakan RTF yang juga pelajar Sains Hayat, Harris Izzudin (a.k.a. Kiedo) membulatkan hati untuk pergi terlebih dahulu ke KLIA. Nak dipendekkan cerita, 6.45 petang barulah kami berdua sampai. Namun, semua kepenatan yang dilalui bagai hilang macam itu saja apabila saya & Kiedo dapat buat 'group hug' dengan Fizul sebaik saja bertemu dengannya. :')
Selain ahli keluarga Fizul, ada 10 lagi rakan RTF yang turut serta datang bagi merakamkan saat-saat terakhir bersama KP kesayangan kami yang seorang ini sebelum penerbangannya berlepas pada jam 9.45 malam. Sedih melihat dia pergi, tapi sudah pasti terselit rasa bangga melihat kejayaannya sehingga ke tahap itu. All the best, Fizul. I'm extremely proud to have you as my friend. 
P.S. : Tiba kembali di UM pada jam 11.45 malam. PENAT!

JUMAAT, 31 OGOS 2012
MERDEKA! OK, laungan keramat itu ada kaitannya dengan destinasi saya yang seterusnya: Dataran Merdeka. Kali ini, bersama Hanafi pula, rakan Bentara yang juga pelajar PASUM. Jam 6.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke dataran itu menaiki LRT sehingga ke stesen Masjid Jamek. Sepanjang perjalanan, terserempak dengan beberapa orang yang seperti baru pulang dari malam Ambang Merdeka di lokasi yang sama. Tiba di dataran, masih belum ramai orang awam yang berada di sana, melainkan peserta persembahan yang penuh berwarna-warni.
Sepanjang perarakan yang bermula pada jam 8 pagi, pelbagai pengisian diatur. Tambah bangga apabila dapat melihat ramai pelancong asing tidak putus-putus mengambil gambar untuk dijadikan memori ketika pulang ke negara mereka. Nak cerita apa pun saya tak pasti,  sebab rasanya apa yang ditunjukkan melalui perarakan itu sama saja seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Namun, berada di dataran itu buat pertama kali menambahkan semangat patriotisme dalam diri. Secara jujurnya, saya hampir menitiskan air mata apabila mendengar lagu Negaraku dimainkan. There's no doubt that I'm proud to be a Malaysian.
Baiklah, tamat cerita pasal sambut Merdeka. Lepas itu, saya & Hanafi singgah di KLCC untuk bersarapan pagi (tak boleh belah kan nak sarapan di KLCC..). Kemudian, singgah juga di Petrosains, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid as-Syakirin, KLCC. Kemudian, kami terus menuju ke Midvalley Megamall pula untuk membeli beberapa barang keperluan (not to mention I bought myself a new hoodie). Seriously, kaki saya dah tak larat nak melangkah semasa di Midvalley tu; penat yang teramat sangat, ditambah pula dengan tidur yang tak cukup pada malam sebelumnya (lepas balik dari KLIA). To make it short, 6.45 petang barulah kami berdua tiba di KK12, UM. Malam itu saya tidur awal.

SABTU, 1 SEPTEMBER 2012
Bangun pada jam 7 pagi. Kalau ikutkan, nak saja saya bangun pada jam 11 pagi, tapi Hanafi kejutkan saya sebab ada rakan Bentara kami yang nak berjumpa di Tasik Varsiti. Kira macam 'reunion' kecil-kecilanlah. Kami berdua berjumpa dengan Atiqah Izdihar (a.k.a. Fathol) & bersarapan pagi di Rumah Universiti (UM's hotel). End of that, saya terus bersiap & pada jam 10.30 pagi, saya bertolak ke Midvalley (again..). Kali ini, saya ke sana sebab nak tonton filem 29 Februari dalam versi 3D. Konlusinya: agak best, tapi ada beberapa babak yang membuatkan saya rasa bagaikan menonton sebuah filem komedi; asyik nak ketawa saja. Kalau nak tahu, tengoklah sendiri.
Tamat sesi ber'wayang', saya kembali ke UM untuk mempersiapkan diri. Lewat petang itu, saya perlu ke One World Hotel di Bandar Utama, untuk acara rumah terbuka kecil-kecilan anjuran Alumni Yayasan Tun Razak (ATYR) [ada kaitan dengan 'blog post' yang ini]. Saya dan rakan PKTR yang juga pelajar PASUM, Haniff & Ainisya pergi ke sana bersama Nazran, rakan PKTR dari UIAM PJ.
Thanks to Ainisya's dad, kami tiba di hotel itu pada jam 7.30 malam. Selesai solat Maghrib, sesi rumah terbuka pun bermula. Seronok rasanya dapat bertemu semula dengan rakan-rakan PKTR 2011. Yalah, dah lebih 5 bulan tak bersua (hmm, lama 'SANGAT'). Bukan sahaja berkongsi cerita tentang kehidupan terkini diri masing-masing, memori semsa PKTR juga turut dikisahkan, menambahkan suasana ceria pada malam itu. Tambah seronok saya apabila dapat bersua kembali dengan 4 daripada 10 rakan kumpulan Rentaka. YEAY!
Di samping aktiviti 'makan-makan', ada juga persembahan selingan daripada senior AYTR. Ada persembahan sajak, nyanyian akustik, serta persembahan silap mata. Namun, kemuncak persembahan adalah apabila beberapa orang penting dalam AYTR menari sambil diiringi lagu Nobody dan... Oppa Gangnam Style. WHAT? HAHAHA, gelak besar saya dibuatnya. Namun, itulah yang menjadikan malam itu sebagai cukup bermakna. Tamat acara di hotel, kami pulang ke UM (dengan mod pengangkutan yang sama) & tiba pada jam 12 tengah malam. PENAT... lagi.

AHAD, 2 SEPTEMBER 2012
Akhirnya, dapat juga saya berehat selepas beberapa hari yang penuh cacamarba, dan sistem badan saya mengiyakannya apabila saya bangun pada jam 9 pagi, dan bukan 6.30 pagi seperti kebiasaannya. Penat sangat sampai tak dengar penggera jam di H/P.

Baiklah, panjang bukan coretan saya kali ini? Saya pun dah penat nak menaip. Harap maklum, TERIMA KASIH. :-)

Sabtu, 25 Ogos 2012

Aidilfitri 1433 H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mungkin dah agak terlambat bagi saya untuk menyatakannya, tetapi saya tetap ingin mengucapkannya.
"Bersempena dengan detik 1 Syawal ini,
saya, MOHD. SYAFIQ ASYRAF BIN SULAIMAN ingin memohon jutaan ampun & maaf kepada rakan-rakan atas segala tingkah laku saya, baik secara fizikal mahu pun verbal, yang menyinggung serta mengguris perasaan sesiapa di sini. Saya juga mohon agar dihalalkan segala-galanya yang kalian telah berikan selama ini, sama ada secara langsung mahu pun tidak."

Walaupun dah seminggu berlalu, namun semangat Aidilfitri tetap terasa sehingga sekarang. Malah, sesekali datang juga ilham kepada saya untuk mengarang lagu tentang hari raya ini, tetapi sampai sekarang tak terbuat-buat. *huhuhu*

Apa-apa pun, semoga lebaran kali ini membawa seribu erti buat kita semua. Sekian.

P.S. : Just admit it; sambutan Aidilfitri di Malaysia adalah yang paling meriah di dunia.
;-)