Jumaat, 24 Disember 2010

Selamanya

Hai, semua...

Kali ni, saya nak tunjukkan satu lagi lagu yg. saya cipta sama cuti sekolah ni. Dalam pada nak siapkan kerja rumah yg. masib lagi tak siap, saya masih lagi sempat jugak nak buat lagu, yer..? Mungkin sbb. saya rindu sangat k0t dgn. kawan-kawan SAMURA saya. Baiklah, tajuknya: 'Selamanya'. So guys, look through every single lyrics & enjoy...

Saat ku lihat wajahmu
Terbit suatu rasa
Yang tak mampu ku ungkapkan
Pabila ku bersamamu
Tak dapat ku gambarkan
Betapa indahnya dunia

Ketika kau jauh dari mataku
Tak berdayaku sembunyikan rinduku padamu
(#)
Hatiku merintih setiap detik setiap waktu
Ku ingin kau sentiasa berada di sisiku
Selama-lamanya

(*chorus)
Kaulah yang tunjukkan kepadaku
Erti sebenar
Sebuah kehidupan yang penuh makna
Kau zahirkan kekuatan dalam sanubariku
Agarku mampu
Terus melangkah di sisimu jua
Kau kan tetap
Di hatiku
Selamanya

Hidupku begitu ria
Saat kau di sampingku
Mengharungi segalanya
Apa jua yang melanda
Ku yakin dan percaya
Kita pasti berada di puncak

Namun diriku tak mampu berdiri di sini
Tanpamu untuk memenuhi ruang di jiwaku ini

(ulang #)

(ulang *)

Hatiku tidak pernah berhenti merintih dan meronta
Ingin ku lihat kelibatmu biar pun untuk seketika
Agar hilang kerinduan yang makin memuncak
Agar dapat ku warnai dunia ini
Dengan berjuta warna

(ulang #)

(ulang * 2 kali)

LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Rabu, 22 Disember 2010

When You Were . . . Sixteen

Wazzup, everybody...

Kali ni, blog post saya agak pendek sikit sbb. saya tak tahu apa nak diceritakan.
Apa yg. saya nak nyatakan hanyalah satu:

Being 16 in 2010 was totally & extremely AWESOME!!!

Kenapa? Sbb. saya dapat mengenali makna kehidupan yg. lebih mendalam.
So, thank you very much to Umi & Abah. Terima kasih kpd. warga CekaPranksterZ.

Jamhuri, Arifah, Mustaffa, Hanafi, & banyak lagi nama yg. akan saya ingati sepanjang hidup saya.

Just one thing for sure; I hope I can be 16 forever.

010110 - 311210

Hello, guys!

Baiklah, kali ni biar saya senaraikan segala peristiwa yg. saya alami sejak bermula tahun 2010 ni. So, let's start the flashback...!

Januari
- I am a Form 4 student (4 Newton), sbg. AJK Maklumat & Data
- Dapat tawaran ke SBP (to, of course... SM Sains Muar)
- Sempat pergi latihan utk. Kej. Olahraga Sekolah (tahniah Abu Bakar sbb. jadi juara utk. kali yg. keberapa entah..)

Februari
- My personal history is created: I'm living in hostel, about 86 km from home. I'm a student of an SBP. I'm having new friends from 4 corners of Malaysia.

Mac
- Terima pelajar ambilan ke-2. Maknanya, dapat kawan baru lagi.
- Kali pertama sambut birthday seorang diri (very lame..) Huhuhu...
- Jadi sound engineer utk. drama Bestari for MKI (menang tu..)
- Masuk Kuiz Agama sempena MKI ... tapi tak menang.

April
- My classmates figure out that I'm a composer.
- Mula 'menjiwai' ciri-ciri tipikal seorang pelajar sekolah berasrama; faham-faham je la.
- Masuk Pert. Pantun buat julung kalinya; tak sangka dpt. jadi pemantun terbaik.

Mei
- Berlatih kawad kaki. I'm tortured..!
- Melalui Peperiksaan Setengah Tahun.. how many A's did I get? Lupalah...
- Berlatih zapin utk. Minggu Seni Warisan... tapi kalah.
- Peperiksaan Setengah Tahun. Dah lupa dpt. berapa A...

Jun
- Apalah yg. berlaku masa bulan Jun yer...? Hmm...
- Jadi MC kat DM... market tu... hahaha..

Julai
- It's English Week...
= Masuk Spelling Bee (champion tu...)
= Jadi narrator utk. drama (champion lagi..)
= Bestari jadi juara keseluruhan (Yay!!)
- Tonton Cuci the Musical 2 kat IB; jumpa Nabil, Afdlin Shauki, Hans Issac, Vanidah Imran, Jaclyn Victor, Harith Iskander... BEST GILER!!!
- MRI bersama kumpulan Hijjaz... jumpa artis lagi...

Ogos
- Peralihan kuasa utk. kelab sukan / persatuan. I'll be...
= Pengerusi Kelab Koir & Muzik
= Naib Setiausaha Kelab Petanque
= AJK PBSM
- Pergi KISAS, Klang utk. English in Camp; best sbb. dpt pergi i-City...
- My first Ramadhan outside Segamat.

September
- Selamat... Hari... Raya!!!
- Terus belajar utk. final exam...
- Terpilih jadi calon naqib.. (OMG! Boleh caya ke..?)

Oktober
- It's final exam...
- Sempat jugak 'melencong' ke Melaka...
- I am a member of the choir team.. (Voice of Soul)

November
- Spending my last weeks in SAMURA.
- Jadi naqib (I mean.. S/U Naqib) utk. 2011.. Aargh!
- Merasa jugak jadi MC atas pentas...
- Jadi DJ tak rasmi utk. SAMURA FM.

Disember
- Kerja rumah, kerja rumah, kerja rumah...
- Pergi Rawang, JB dan Seremban.
- Kerja rumah... lagi.

Itu sajalah memori suka duka saya sepanjang 2010 ni. Memang saya harus akui bahawa 2010 is the best year in my life. Kalau boleh, saya nak masa berhenti dan berundur semula ke tarikh 1 Januari 2010. Tapi apakan daya, 1 Januari 2011 akan menjelma. OK, I'll leave 2010 with a big THANK YOU to the people who had made my life happier throughout the year. I love you, guys! Wassalam...

Rabu, 15 Disember 2010

You Are Team Number One!

Hello, guys!

Kali ni, saya nak ceritakan ttg. salah satu rancangan yg. paling saya gemari: The Amazing Race (TAR). Kenapa? Sbb. saya baru je menyaksikan peringkat akhir TAR musim ke-17, pd. Isnin malam yg. lalu. So, ready, steady, GO!

Baiklah, kali pertama saya tonton TAR ni masa musim ke-4. Masa tu, para pesertanya berlumba sehingga ke Kota Kinabalu, Sabah. Baru-baru ni semasa musim ke-16, mereka berlumba di Pulau Pinang. Setiap kali melihat mereka berlumba, saya dapat merasakan deruan adrenalin dlm. diri mereka. Keterujaan yg. amat sangat dapat saya rasakan, walaupun bukan saya yg. berlumba. Apa yg. paling best ialah apabila mendengar pengacara TAR, Phil Keoghan mengatakan, "You are team no. 1!" Memang saya dapat rasakan kegembiraan pd. wajah pasukan yg. mendengar kata-kata tu.

Bagi saya, menyertai TAR mungkin merupakan impian yg. ingin sangat saya capai, kerana bukan saja saya sapat menjelajah ke seluruh dunia, malah dlm. masa yg. sama, saya dapat mengenali budaya masyarakat dunia yg. mungkin saya tak pernah lihat sblm. ni. Apa yg. lebih penting ialah keseronkan melakukan pelbagai perkara, termasuklah mengatasi rasa gayat, takutkan gelap, & macam-macm lagi. Soal menang atau kalah, tu lain cerita.

Dlm. TAR, setiap kumpulan peserta terdiri drpd. 2 org. Bagi saya, seorang lagi ahli kumpulan yg. saya rasa paling sesuai utk. berlumba bersama-sama saya ialah Jamhuri. Rasionalya mudah je: Saya akan dapat tahu atitud beliau yg. sebenar dlm. dunia yg. penuh realiti. Lagi pun, ia boleh menjadi suatu platform utk. saya & dia mengeratkan hubungan persahabatan kami buat selama-lamanya (I hope so..).

Saya mungkin amat fanatik dgn. TAR, sehinggakan saya ada merancang utk. mewujudkan satu rancangan realiti macam tu di Malaysia, yg. dipanggil JELAJAH 3 6 0. Formatnya sama macam TAR, & utk. perlumbaan tu akan mengambil tempat di seluruh Malaysia, bermula di Taman Tasik Titiwangsa, melalui 11 peringkat sblm. berakhir di Taman KLCC. Menarik & mengarut, kan?

OK lah, cukuplah saya ceritakan perihal sebuah rancangan yg. berasaskan travellog ni. Semoga impian saya utk. menyertai TAR & bertahan hingga ke peringkat akhir (finale) akan direalisasikan. Amin... That's all for now, Wassalam.

Sabtu, 4 Disember 2010

It's Hard to Believe...

It's hard to believe...
That it's December.
It's hard to believe...
That it's the end of 2010...
It's hard to believe...
That 2011 will come in no time.


It's hard to believe...
That I am an SBP student.
It's hard to believe...
That I'm actually lived through the hostel life.
It's hard to believe...
That I'm strong enough to face all of the hardships.

It's hard to believe...
That I make friends from many parts of Malaysia.
It's hard to believe...
That I have 24 of the greatest classmates in the world.
It's hard to believe...
That I get myself a true friend.

It's hard to believe...
That I'll be a Form 5 student.
It's hard to believe...
That I'll be a senior.
It's hard to believe...
That I'll sit for SPM.
It's hard to believe...
That I'll be the Chairman of the Choir & Music Club.
It's hard to believe...
That I'll be the secretary of BADAR.

It's hard to believe...
All of the memories I had & I'll have.
It's hard to believe...
That I miss my friends so much.
It's hard to believe...
That I had the best year of my life.
It's hard to believe...
That I'll no longer a Form 4 student.
It's hard to believe...
That I need to continue my life & leave the memories.

It's hard to believe...
But I need to believe it, whether I want it or not.

Selasa, 30 November 2010

I Need an Idea... and Strength

Hai, semua...

Hari ni merupakan hari terakhir utk. bulan November. Lepas ni, December is coming. Tapi, masalahnya skrg. ni ialah kerja rumah yg. berlambak-lambak tu masih tak jugak siap. Apa yg. saya dah siapkan hanyalah kerja-kerja yg. ada kaitan dgn. komputer, macam folio Agama / Chemistry, dgn. huraian karangan BM. Sbb. yg. paling besar ialah... saya kekurangan idea... dan juga atitud (semangat).

Yalah, kalau nak pastikan sesuatu kerja tu berkualiti, kreativiti yg. amat tinggi harus ada dlm. pemikiran seseorang. Malang bagi saya apabila kreativiti tu 'ambil cuti' dari minda saya (mentang-mentanglah cuti sekolah..).

Satu lagi halangan utk. saya siapkan semua kerja tu ialah kekurangan atitud atau semangat utk. saya bangun & buat kerja tu. Bangun dari apa? Bangun dari depan TV, & pergi ke meja belajar, seterusnya buat semua kerja rumah tu.

Hai, apalah yg. saya nak buat dgn. kerja rumah ni? Jawapannya hanya satu: Siapkan segera (A.S.A.P.)! OK lah, tak tahulah apa lagi yg. saya nak ceritakan kali ni. Wassalam.

Khamis, 25 November 2010

School's Out, Mission's In

Hi, guys!!!Baiklah, cuti sekolah utk. penghujung 2010 dah lama bermula, & sekarang ni dah masuk bulan Disember; bulan terakhir utk. tahun ni & jugak bulan terakhir utk. tahun ni. Tapi, kerja rumah yg. diberi kpd. saya & rakan-rakan yg. lain menggunung tinggi. Adoyai...

Bukan sikit tugasan yg. kami dpt., peta minda, folio, karangan; pendek kata macam-macamlah jenis kerja yg. saya nak kena buat. Tapi, setakat ni, saya baru siapkan folio Agama. Yang lain tu, tak tahulah bila nak siap.

Sekarang ni, misi saya, nak tak nak, saya kena siapkan jugak segala kerja rumah tu sebelum saya kembali ke SAMURA pd. 3 Januari 2011. Boleh ke tak? InsyaAllah...

Baiklah, ada lagi cerita yg. saya akan kongsikan nanti dgn. anda semua. See you in the next blog post...!

It's Just a Blog, OK?

Assalamualaikum, everyone...

Apa itu blog? Well, kalau ikutkan definisi drpd. Wikipedia, blog ialah:

"Sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama dalam kebanyakan blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto, video, muzik, atau audio, dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas."


Itu secara kasarnya. Bagi saya, blog ialah suatu platform utk. saya meluahkan perasaan (emosi) ttg. pelbagai perkara yg. berlaku di sekeliling saya. Blog juga saya gunakan utk. memberi perspektif saya sendiri ttg. hal-hal semasa. Selain tu, saya suka menceritakan perihal rakan-rakan kesayangan saya dlm. blog ni, sbg. salah satu cara saya menghargai mereka. Namun, sbb. yg. paling utama saya menjadi seorang blogger ialah utk. mengenengahkan karya-karya muzik (a.k.a. lagu ciptaan sendiri) saya ke khalayak umum.


Kebanyakan rakan yg. meninjau blog saya menyatakan kekaguman mereka terhadap blog saya tu, lebih-lebih lagi jika blog post yg. ada melibatkan mereka. Ada yg. begitu berminat utk. mengetahui dgn. lebih lanjut ttg. masalah yg. saya utarakan dlm. blog. Adalah menjadi harapan saya agar semua yg. mengenali saya berpendapat yg. sama. Hal ni kerana saya lebih suka menjadikan blog sbg. tempat saya meluahkan masalah. Personally, saya tak berapa gemar (tak selesa) meluahkannya kpd. individu tertentu. Kalau tak di blog, pasti saya akan menceritakan masalah tu seorang diri. Gila kan kalau macam tu?


Bagi saya, tak salah kalau menjadi seorang blogger, & segala yg. ada dlm. blog saya hanyalah bersifat peribadi semata-mata. Jika ada yg. mempertikaikan prinsip saya tu, tidak mengapa. Saya hormati pandangan anda. Tapi bagi saya, blog is just a blog, OK? Tak lebih drpd. tempat meluahkan masalah, ruang utk. menceritakan pelbagai kisah menarik, & jugak menjadi platform saya menonjolkan ekspresi minda saya melalui muzik, iaitu melalui lagu-lagu yg. saya cipta.


OK lah, setakat ini saja luahan hati saya utk. kali ni. Jumpa lagi pd. blog post yg. seterusnya. Ingat, sebuah blog ialah sebuah blog, mungkin tidak lebih drpd. tu, mungkin ia menjangkaui fungsi tipikal sebuah blog. Baiklah, that's all for now. Wassalam.

Isnin, 1 November 2010

Sayonara...!

Hello, everybody! Maaflah sbb. dah lama tak update blog ni. Yalah, macam-macam kerja nak kena selesaikan. Itulah, inilah, hai... Tapi, kini saya dah ada masa utk. satu lagi blog post utk. anda semua. Kali ni, saya nak ceritakan ttg. mereka yg. saya tinggalkan di SAMURA pd. tarikh 12 November 2010.
Sebenarnya, saya tak naklah buang masa ceritakan perjalanan sepanjang hari tu. Apa yang saya nak sampaikan kpd. anda semua ialah perasaan jiwa & hati saya masa melangkah keluar dari SAMURA. Pelbagai emosi bermain dlm. fikiran saya masa tu: sedih, gembira, risau. Kenapa? Baiklah, ini sebabnya.

Sedih
Semestinya saya perlu berasa sedih kerana meninggalkan rakan-rakan sekelas (CekaPranksterZ) yg. amat, amat, amat saya sayangi utk. tempoh masa yg. agak lama. Biasanya, kami berpisah paling lama pun tiga minggu je. Kali ni, enam ke tujuh minggu menjadi detik yg. menjarakkan kami semua. Secara peribadi, saya terlalu rindukan mereka semua. Sebabnya, hubungan kami bagaikan adik-beradik, walaupun tak sampai setahun perhubungan tu dibina. Setiap hari di rumah, saya akan melihat gambar mereka di Facebook & serta-merta segala memori indah yg. kami cipta & kongsi bersama-sama terlintas di fikiran saya. Kadang-kala, nak menangis jugak bila lihat semua tu, terutama sekali bila melihat wajah Arifah & Jamhuri (I miss you so much..!). Rasa nak menangis pun ada. Kini, saya mengharapkan masa berlalu begitu pantas agar saya dapat bertemu mereka & terus melenyapkan segala kerinduan yg. ada dlm. diri saya. Rasa rindu tu jugaklah yg. menyebabkan segala yg. saya tulis di atas ni sungguh (mungkin terlalu) berbunga-bunga. Adoyai...

Sedih saya seterusnya adalah apabila mengenangkan senior-senior dorm Bestari 2 yg. saya tinggalkan. Oh ya, nama mereka ialah: Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & juga Nuzul Haziq. Bagi org. lain di SAMURA, mereka begitu tak suka dgn. senior mereka. Tapi bagi saya, merekalah senior yg. terbaik di dunia (mungkin rakan-rakan saya akan anggap saya ni gila sbb. cakap macam tu). Seriously, mereka amat baik terhadap saya pd. kebanyakan masa. Kadang-kala mereka ada jugaklah marah-marah, tapi tu semua sbb. silap saya & rakan-rakan yg. lain jugak. Tapi, selain drpd. itu, mereka memang memainkan peranan sbg. senior yg. sepatutnya. Terima kasih & thank you,
Fauzi, Azfar, Iqhwan, Izham & Nuzul Haziq sbb. menunjukkan saya erti hidup di SAMURA dlm. erti kata yg. baik. Takkan mampu saya balas semua jasa mereka tu. Doa saya ialah 9A+ mampu mereka genggam dlm. SPM 2010.
Gembira
Saya juga harus akui yg. 12 Nov. 2010 merupakan tarikh yg. amat saya tunggu, sbb. saya boleh menikmati kehidupan yg. dah lama saya tak rasa sejak terperap di SAMURA. Dapat jugaklah saya lakukan apa yg. dah lama saya tak buat: menonton TV, menonton TV & menonton TV. Hahaha... Kegembiraan yg. paling penting bg. saya di rumah ialah menikmati hidup di rumah sepuas-puasnya sbb. tahun depan, SPM dan 9A+ akan menjadi satu-satunya fokus saya.
No TV, no FB, and no blogging. :-(
Risau
Kenapa pula saya perlu risau...? Yalah, satu tan kerja rumah saya bawa pulang ke... rumahlah. Lebih drpd. tu, cabaran yg. memang buat saya risau ialah SPM pd. 2011.
Owh, it's going to be extremely tough and challenging for me. Jadi senior, tu satu hal lagi. Pengerusi Kelab Koir & Muzik, hal yg. lain. Setiausaha BADAR, hal yg. lain. Banyak tanggung jawab yg. perlu saya laksanakan tahun depan. So, wish me luck for next year, OK?
Baiklah, itu sahaja yg. saya nak ceritakan kali ni, sbb. panjang jugak blog post saya yg. satu ni.
Selamat tinggal, SM Sains Muar utk. 2010. Goodbye, my fellow seniors. Wassalam dan... Sayonara.

MSAS + JJ = BFF

Wazzup guys!

Baiklah, spt. yg. saya dah uar-uarkan sblm. ni, saya akan perkenalkan seorang jejaka yg. saya anggap sbg. BFF (Best Friend Forever) di SAMURA & jugak di 4 Cekap.

Namanya: Jamhuri Jumari. Unik nama tu, seunik org.nya jugak. Berasal dari Johor Bahru, dia dtg. ke SAMURA dgn. satu harapan: Berjaya, berjaya, & berjaya. Saya tak dpt. ingat bila kali pertama saya jumpa/berbual dgn. dia. Entah macam mana kami boleh jadi kawan. Weird... Kini, kami selalu berbual bersama-sama, tak kiralah di kelas mahupun di dorm (Puj. 2 & Bes. 2).Macam-macam yg. kami bualkan, kebanyakannya menyentuh isu semasa di SAMURA.

Dlm. pelajaran, dia seorang yg. pintar (yalah, kalau tak, macam mana boleh masuk SAMURA, kan?). Saya perhatikan, dia amat mengambil berat aspek ni, especially bila tiba waktu peperiksaan. Buku teks & jugak rujukan habis dihighlightnya, semata-mata utk. mengingati isi-isi penting yg. ada dlm. buku tu. Tapi, dia mudah gelabah & jadi tak tentu arah bila tak faham sesuatu perkara yg. dia baca, sampai kadang-kala boleh kena migrain. Jadi, peranan saya ialah membantu dia memahami walau sekelumit pun (cewahh..) informasi agar dia dpt. mempersiapkan diri. Tapi, kadang-kadang saya terlepas pandang masalah yg. dia hadapi sampai pernah sekali dia pernah rasa putus asa & apa yg. dia baca langsung tak masuk dlm. otak dia. Masa tu, saya memang rasa bersalah yg. amat sgt. kt. dia, tapi Alhamdulillah, dia menjadi normal semula.

Dlm. kehidupan harian pula, kami berdua bagaikan adik-beradik. Sepanjang masa saya rasakan saya merupakan abang dia (although he is older than me..). Boleh dikatakan setiap masa kami bersama-sama ke mana jua; ke surau, dewan, mahu pun ke DM (dewan makan). Saya jugak selalu belanja dia.. nak kata macam-macam tak adalah, tapi bila ada rezeki lebih tu, dialah antara org. yg. akan terima 'tempias'nya. Bagi saya, itu merupakan salah satu cara utk. saya menghargai sesiapa jua yg. saya anggap sbg. kawan saya. Jamhuri, sudah semestinya.

Secara totalnya, ada beberapa sebab saya rasakan Jamhuri begitu istimewa di minda saya. First of all, karakternya yg. agak nakal & bersahaja. Biasanya, sayalah yg. akan menjadi 'mangsa' kenakalannya. Yalah, dah la duduk sebelah dia kt. dlm. kelas, so macam-macamlah yg. akan dia buat utk. buat diri dia rasa gembira. Tapi, saya tak kisah semua tu, sbb. bila lihat dia tersenyum & ketawa, ia memberi saya satu semangat utk. meneruskan kehidupan di SAMURA. Believe me, without him & his smile, I'll just 'die' in SAMURA.

Selain daripada itu, ketabahan & kekuatan dia dlm. mengharungi liku-liku hidupnya memberi inspirasi buat saya. Sebagai bakal pengerusi Biro Seranta (P.A. System), dia sentiasa sibuk dgn. kerja-kerja yg. agak berat, sampai selalu jugak dia tidur di dlm. kelas. Bila dia lepak seorang diri kt. belakang pentas dewan, apa yg. selalu saya lihat ialah dia tertidur sambil terbaring kt. atas deretan kerusi. Bila lihat riak wajahnya yg. amat kepenatan, saya tak sanggup nak kejutkannya drpd. tidur, walaupun masa tu dah 10.35 malam. Tapi, dia tetap kuat menjalani kehidupan sbg. seorang warga SAMURA. Walaupun kepenatan, dia masih mampu membuat kerja rumah yg. saya sendiri pun tak buat. Melihatkan keadaan itu, saya amat kagum dgn. usaha yg. dia tunjukkan semata-mata demi 9A+.

Kisah hidupnya di SAMURA bagaikan sebuah drama. Bagi saya, 'drama'nya di sini sudah memasuki musim ke-8. Drama apa..? Hanya Allah, saya & Jamhuri saja yg. tahu. Hehehehe... Apa yg. buat saya respek dgn. dia ialah kemampuannya utk. menghadapai 'drama' ini, walaupun kadang-kala saya lihat dia bersedih dgn. 'drama' itu. Tak apalah, setiap benda itukan "ada hikmahnya...". Saya selalu memberi nasihat kpd.nya agar sentiasa melakukan sesuatu perkara yg. sebetul-betulnya. Alhamdulillah, kebanyakan masa nasihat itu diikutinya.

Wow, panjangnya blog post kali ni. Kalau diikutkan hati, rasanya saya perlukan setahun utk. bercerita ttg. dia. Tetapi, konklusinya, Jamhuri merupakan antara individu yg. amat penting buat saya di SAMURA agar saya dpt. terus bertahan sehingga selesainya SPM, selain drpd. Abah & Umi di rumah. Sememangnya, tiada siapa pun yg. dpt. menggantikan Jamhuri walau apa cara sekali pun kerana bagi saya, dialah seorang kawan yang sebenarnya. To Jamhuri, I just want to say that I love you like I love my brother & I hope that we can be best friends until the end of the time. Mengakhiri blog post saya ni, buat Jamhuri, cuba hayati bait-bait lirik lagu True Friends dendangan Miley Cyrus ni. Wassalam...

You're a true friend
You're here till the end
You pull me aside when something ain't right
Talk to me now and into the night
Till it's alright again
You're a true friend...

Isnin, 25 Oktober 2010

AAAAARRGH!!! Lagi...

Assalamualaikum, semua...

Baiklah, ini merupakan kali yg. ke-3 saya menjerit AAAAARRGH!!! dlm. blog saya ni. Kali ni, saya nak ceritakan perkara-perkara yg. mengusutkan kepala otak saya ni pd. penghujung tahun 2010 ni. So, sit back, relax & cry with me, OK? Alkisah.....

Kekusutan 1
Masalah yg. satu ni berlaku di dlm. satu komuniti kecil & saya merupakan salah seorang ahli komuniti itu. Apa yg. saya maksudkan dgn. komuniti itu, Biarlah Rahsia.... Baiklah, ada 2 org. individu di dlm. komuniti ini yg. amat menyakitkan cerebellum & medulla oblongata otak saya ni. Nama mereka, cukuplah saya gelar sbg. Q (bukan nama sebenar) & jugak R (bukan nama sebenar). Q berasal dari bhg. sentral, begitu juga dgn. R. Apa yg. menyakitkan hati saya ialah sikap & atitud mereka berdua yg. langsung tak bertamadun & tak beradab, lebih-lebih lagi bila berada di dlm. komuniti tu. Tengok muka mereka berdua pun boleh buat saya termuntah darah.

Q merupakan seorang yg. paling gemar menuturkan bahasa yg. kasar/kesat dlm. komuniti tu, malah di depan org. yg. lebih matang drpd. dia pun dia berani bercakap sedemikian rupa. Dia juga suka membuat bising dgn. membuat bunyi menggunakan tangan, lebih-lebih lagi, ketika di surau. That is such an inappropriate act. R pulak terlalu menjadikan tempat komuniti tu berkumpul sbg. rumahnya sehinggakan sampah yg. dia buang pun kadang-kala saya yg. terpaksa kutip; memang dia tak kisah akan soal kebersihan kerana baginya, akan ada org. yg. membersihkan sampah-samoah tu. Dia juga selalu memaparkan wajah berlagak yg. buat saya rasa nak tampar je muka dia. AAARGH!

Kekusutan 2
Hal yg. ini pula melibatkan 2 org. insan yg. dah lama sgt. saya kenal. Kali ni, saya panggil mereka sbg. Y (bukan nama sebenar) dgn. Z (bukan nama sebenar). Saya amat rapat dgn. kedua-dua mereka ini. Mereka berdua juga rapat antara satu sama lain. Senang cerita, kami bertiga amat rapat. Namun, seseorang yg. bernama I (bukan nama sebenar) telah mencetuskan krisis yg. menyebabkan hubungan Y dan Z menjadi renggang.

Segala-galanya berpunca drpd. kelakuan I yg. Y rasa begitu menjengkelkan. Yalah, mereka berdua pulak sekelas. Masalahnya pula bertambah apabila I mula merapati Z utk. tujuan yg. saya tak tahu. Saya sememangnya tahu yg. prinsip Z ialah dia berkawan dgn. semua org. Tapi, apabila mereka berdua bersama, I seakan-akan melebih-lebih dlm. merapati Z. So, saya tak boleh salahkan Z. Dalam kes ni, I merupakan dalang yg. patut saya tangani bg. memastikan keakraban Y dan Z sentiasa berkekalan. I sepatutnya mengubah kelakuannya supaya menjadi seseorang yg. lebih solid (kalau tak faham solid tu apa, tak apalah). Apa yg. penting bg. saya dlm. hal ini ialah tak kira apa jua yg. berlaku, Y dan Z harus kekal sbg. sahabat karib.

Nasib baiklah masalah yg. saya hadapi kali ni tidak sebanyak yg. sebelum ni. Apa-apa pun, saya harapkan anda semua dpt. mendoakan kesejahteraan, ketabahan & kekuatan saya dlm. menghadapi segala kekusutan ini. Saya cuma berdoa agar segala masalah ni dpt. diselesaikan secara efisien & tidak merugikan sesiapa pun. Sekian, wassalam...

Khamis, 14 Oktober 2010

Jejaka Bestari

Assalamualaikum...

Hai, lamanya tak update blog ni. Ye lah, exam la katakan. Baiklah, seperti yang dijanjikan utk. edisi CekaPranksterZ kali ni, biar saya ceritakan serba sedikit tentang rakan-rakan Bestari saya di 4 Cekap: Najib & Aqiq...



Muhammad Aqiq Amzar, itu nama rakan saya yang satu ni. Dia berasal dari kampung ayah saya, Batu Pahat. Dia datang ke SAMURA agak lambat sikit, sbb. dia pelajar ambilan kedua (second intake), tapi saya tak perlukan masa yg. lama utk. kenal & rapat dgn dia.

Secara kasarnya, dia seorang yg. baik, nakal & suka (mungkin jugak kuat) mengusik saya. Tapi, bila dia bad mood, janganlah sesekali kacau dia. Yelah, susuk tubuh dia boleh buat si gadis jatuh hati kat dia (ye ke..?), & dlm. masa yg. sama mampu memberi 'impak' yg. kuat kalau terkena penangannya. Tapi, jangan risau sbb. dia bukanlah kaki gaduh dlm. kelas mahu pun kat asrama.

"Syafiq, nak sikit air," . . . . . "Syafiq, tolong urutkan belakang aku," merupakan antara kata-kata yg. 'wajib' dia ucapkan setiap hari. Mungkin bg. org. lain, mendengar perkara tu hari-hari boleh menjadi sesuatu yg. menjengkelkan, tp. bg. saya, "Aiman tak kisah.." sbb. Aqiq ni amat baik & quite gentleman-lah jugak. Dia jugak sama dgn. Khalis; suka dgn. kucing, tp. Aqiq lg. pandai & hebat dlm. bab jaga-menjaga kucing ni.

Pendek kata, saya boleh gambarkan Aqiq dlm. 3 perkataan: Baik, nakal, gentleman. BTW, ketika saya sedang menaip blog post ni, Aqiq baru je balik ke SAMURA slps. pulang ke BP sbb. masalah kt. kaki dia (smpi. kena lalui fisioterapi), tak pe la Aqiq, tu kan dugaan Tuhan; sabar je la, sbb. semua benda yg. berlaku kt. dunia ni... "ada hikmahnya."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baiklah, lg. seorang warga Bestari yg. ingin saya perkenalkan ialah Muhammad Najib. Tinggal di Labis, & pernah bersekolah di SMK Seri Kenangan. So, basically, he is originally from Segamat. Sayang seribu kali sayang, saya tak dpt. nak paparkan wajah beliau sbb. itulah asetnya yg. paling hebat. Nak tahu kenapa? sbb. air mukanya sentiasa sama sahaja walau apa pun yg. berlaku; pendek kata he has a very, very constant face smpi. dia digelar King of Constancy for 4 Cekap.

Tak tahulah apa lg. yg. saya ingin katakan ttg. Najib ni, sbb. boleh dikatakan dia tak rapat sgt. dgn. saya. Cuma, jaga-jaga dia boleh bertukar menjadi seseorang yg. saya sendiri pun tak sangka. Contoh paling mudah, semasa Pert. Drama sempena Malam Kesenian Islam pada bulan Mac yg. lalu. Dia diplilih melakonkan watak utama bg. rumah Bestari & WOW! I tell you, he is such an actor that night. Saya amat tak sangka yg. dia boleh berlakon dgn. penuh penghayatan & dlm. masa yg. sama boleh buat semua org. tergelak.

Jadi, apa-apa pun, Najib ialah seorang yg. baik & tetap (& akan) sentiasa membuat saya & warga 4 Cekap yg. lain tak henti-henti ketawa dgn. ekspresi mukanya yg. sekata (constant). To Najib, keep making us laughing every day, OK?

Baiklah, utk. blog post ttg. CekaPranksterZ yg. seterusnya: Introducing my BFF in 4 Cekap and SAMURA, & mungkin saya perlukan 16 blog post hanya ttg. dia (melampau..!). OK lah, itu saja drpd. saya, wassalam...

Jumaat, 1 Oktober 2010

It's Final Exam

Assalamualaikum...

Akhirnya, kemuncak hidup saya bg. tahun pertama di SAMURA ni akan tiba. Peperiksaan (a.k.a. exam) Akhir Tahun Ting. 4 2010 akan berlangsung pd. 5-7, 11-14, & 18-19 Okt. 2010. Exam ni akan menjadi penentu sama ada hidup di SAMURA ni memberi impak yg. positif dlm. pelajaran saya, atau sebaliknya.

So, apa yg. saya impikan utk. exam ni sama dgn. org. lain; mendapat 9A (kalau 9A+, lg. bagus..). Tapi, bak kata orang, it's easier said than done. Usaha yg. bersungguh-sungguh adalah amat penting kalau nak genggam 9A+ tu. However, i'll try all my best & give all out for this final exam, because "it's now or never", right? Jadi, kpd. yg. membaca blog post ni, doakanlah kejayaan saya dlm. exam kali ni.

Bahasa Melayu, English, Mathemetics, Additional Mathematics, Biology, Chemistry, Physics, Sejarah & Pendidikan Islam. Itulah 9 subjek yg. akan menguji kemampuan saya sbg. seorang pelajar sepanjang Ting. 4 ni. Oleh itu, tiada apa yg. boleh saya buat melainkan ulang kaji, latih tubi, & bertanya kpd. yg. pakar.

Baiklah, saya pun dah tak tahu apa nak ditaip lg. utk. kali ni. So, i'll just end this post by saying "wish me luck, OK?" Bye & wassalam...

Rabu, 29 September 2010

Arifah, Farhana & Khalis...

Hai!!! Lepas dah cerita ttg. guru tingkatan, KT & PKT 4 Cekap (a.k.a. CekaPranksterZ..), kali ni saya nak ceritakan pula pasal ahli kelas saya, group by group. Jadi, kiranya ada lagilah blog post ttg. CekaPranksterZ lepas ni.



Baiklah, org. yg. pertama saya nak ceritakan ialah Arifah. Pertama kali jumpa dia kt. kelas, saya lihat dia sbg. seorang yg. amat beria-ria dlm. apa jua keadaan, & dia masih macam tu sekarang ni. Kisah hidupnya amat unik utk. saya ketahui. Dia juga fasih berbahasa Cina (yalah, budak SMJK Pei Hwa lah katakan..). Tapi, apa yg. saya amat suka ttg. dia ialah dia amat ceria. Malah, sukar nak tahu kalau dia sedih.

Dengan saya, dia selalu bersikap nakal dlm. serius. Pd. kebanyakan masa, dia akan minta saya ajarkan Sejarah, Add Math, or BI. Tapi, kami sentiasa gembira mengusik satu sama lain. Dia & saya bagai adik & abang (walaupun dia yg. lebih tua.. hihihi...); kami amat rapat. But, hey don't get me wrong, OK? Tak ada apa-apa yg. serius antara kami. Pelajaranlah yg. menjadi penghubung kami berdua. To Arifah, I love you, sis! :-)



Next person is... Nurfarhana. Dia seorang yg. mesra bila saya tegur. Kadang-kala, dia macam rasa marah+lucu bila saya usik dia. Saya suka sgt. bila lihat dia tersenyum, sbb. itu maknanya dia OK dgn saya. Sering kali, saya minta bantuan dia & dia minta bantuan saya dlm. pelajaran. Baguslah, sama-sama meminta & mebantu; barulah bagus, kan? But overall, dia seorang yg. amat baik. A good helper when you need it...


Last but not least, saya wajib bercerita ttg. Nur Khalis. Dari Senggarang, BP dia dtg. ke SAMURA membawa keunikan keturunan Jawanya. Tapi, bukan setakat itu saja, dia ada banyak keunikan. Sekali dengar suara dia, pasti ada yg. sangka itu suara Upin & Ipin (suara yg. animatik..). Dia juga seorang yg. amat ekspresif. Sambil bercerita, dia akan gunakan bahasa badan utk. menghidupkan ceritanya. Apa lagi, tergelak satu kelas melihat gelagat dia.

Selain tu, dia juga amat pandai buat kek & kuih. Cuba rasa kek batik hasil air tangannya, pasti ada yg. nak lagi. Bagi saya, dia seorang yg. mampu buat saya ceria di dlm. kelas.Terserlah sifat penyayangnya bila dia bersama Miko (kucing peliharaan 4 Cekap...). I tell you, dia layan Miko mcm. dia tu mak kpd. Miko (Khalis, sorry ye...). Tapi, walau mcm. mana pun, she is still a very nice person; you can easily befriend her.

Baiklah, utk. blog post saya yg. seterusnya nanti, nantikan kisah saya ttg. jejaka Bestari di 4 Cekap. Sekian, wassalam...

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri 1431 H


Assalamualaikum...

Akhirnya, setelah sebulan berpuasa dlm bulan Ramadhan, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431 H.

Pada kesempatan ni, saya nak memohon jutaan ampun & maaf kalau ada hati yg terguris dgn apa yg saya ucapkan, apa yg saya buat' & apa yg saya tulis dlm blog ni. Sesungguhnya, saya hanyalah manusia biasa & yg baik itu sentiasa datang drpd Allah SWT, manakal yg buruk itu adalah drpd saya sendiri.

Saya juga berharap agar anda di luar sana bergembira menyambut lebaran kali ni bersama-sama keluarga & juga sahabat handai.

Salam Aidilfitri sekali lagi, dan wassalam...

Ahad, 5 September 2010

My Fellow CekaPranksterZ


Wazzup!!!

Akhirnya, dapat jugak saya perkenalkan rakan-rakan baharu saya di SAMURA; lebih tepat lagi, di kelas 4 Cekap. Our nickname: CekaPranksterZ...

Guru kelas kami ialah Pn. Siti Nor yg. mengajar Pendidikan Islam, & Pn. Nor Aisah yg. mengajar Matematik Moden. Kedua-dua mereka amat saya sayangi sbb. mereka bagaikan ibu saya di SAMURA. Nak cerita ttg. mereka pun, rasanya tak terlarat jari saya ni nak taipkan semuanya. But, the main thing is SAYA (dan 4 Cekap) SAYANG CIKGU!!!


First of all, meet my class monitor & his assistant, Muhammad Syahmi & Bessek Zinatul Asyiqin. Kami gelar mereka 'KT & PKT berjaya'...

Syahmi, pd pandangan saya ialah seorang ketua yg amat, amat bertanggung jawab & berdedikasi dlm. melakukan tugasnya sbg. KT. Bagi saya, dialah KT yang terhebat di dunia (terlebih pulak..).

Tak pernah sekali pun dia marah-marah kt ahli kelas. Kalau ada sesuatu yg tak berapa betul kt kelas, dia cuma menegur saja, tapi kami tak pernah bantah cakap dia, sebab dia memang seorang yg sgt. baik. Setiap kali pandang dia, saya rasa bangga kerana memiliki seorang KT spt. dia.

Bessek pula, seorang yg. cuba dgn. bersungguh-sungguh utk. berdiri kembali dlm. hidup dia setelah apa yg. dia lalui. Kalau nak tahu, die tak datang ke SAMURA selama sebulan sbb. ada masalah kesihatan kt. otak die. Tapi, Alhamdulillah, she's getting fine. Kini, sayalah yg. menjadi sumber utama dia dlm. pelajaran; kalau tak tahu, dia akan tanya saya.

Sebagai seorang PKT pula, dia agak tegas, terutamanya kalau kelas bising; dia akan suruh semua ahli kelas utk. senyap. Memang itulah yg. patut dia buat, kan?

Kalau nak kisahkan perihal rakan-rakan sekelas saya, sampai lusa lah saya kena menaip dpn. komputer ni. Tak apalah, nanti saya ceritakan lagi, ya? Yang paling penting sekali, I LOVE 4 CEKAP 2010 SO MUCH!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

Rentak Remaja

Lagu ini merupakan terjemahan BM bagi lagu High School Muscial dari High School Musical 3: Senior Year. Jenuh juga otak ni nak memikirkan idea untuk terjemahkan lagu ni...

Riang rasanya di hati
Apa yang ku impi
Kini satu realiti
Kita bawa bersama-sama
Sejuta impian
Dan juga oh cita-cita
Ku gembira
Bila kau di sisi
Ingin ku ulanginya
Sekali lagi

(*chorus)
Rentak remaja
Irama yang kita cipta
Memori yang sungguh indah
Penuh suka duka
Semestinya
Rentak remaja
Raikanlah melodinya
Rakan-rakan yang tersayang
Oh ya...
(#)
Rentak,... rentak... remaja...

Ceritera penuh bermakna
Dipenuhi dengan
Berjuta warna ceria
Pabila ku imbau semula
Kenangan silam
Lagu yang aku dendangkan
Tak ku lupa
Selama-lamanya
Akan ku ingat ia
Sentiasa

(ulang *)

Akhirnya kita kan sedar
Hidup bergelar pelajar
Penuh dengan dugaan berliku-liku
Namun tiada yang mustahil
Kita akan melangkah pergi
Ingin menggapai impian yang satu

Marilah kita raikan
Hidup yang penuh keriangan
Takkan pernah ada penghujungnya
Marilah kita tunjukkan
Pasti kita kan buktikan
Kepada dunia
Dengarlah...

(ulang #)
(ulang * 2 kali)

Kita bersatu
Berganding bahu
Menuju ke puncak gemilang
Alangkah indahnya hidup kita
Rentak remaja...!



LAGU : High School Musical (HSM 3)
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Masa Apa?

Lagu ini pula ialah terjemahan bagi lagu "What Time Is It?" dari High School Musical 2..

@
Masa apa?
Istirehat
Percutian kita
Masa apa?
Bergembira
Laungkan ia!
Masa apa?
Masa kita
Yang dinantikan
Masa apa?
Istirehat
Selamat tinggal!

Cuti kini menjelma
Seronok rasanya
Tiada lagi tekanan kerja
Hanya angan-angan indah
Diriku dah bersedia
Untuk pancaran sang suria
Aku tidak akan berganjak
Untuk nikmati suasana ceria
%
Semuanya dah bersedia untuk menggegar?
Mari laungkan ia sekarang juga

(Ulang @)

Tiada lagi kerja sekolah
Aku bebas membeli-belah
Percutian pendidikan
Tentu gempak dan riuh-rendah
Kami ada terlalu banyak tugas
Jumpa anda kemudian saja
Bye-bye kepadamu, kamu juga
Jumpa lagi tahun hadapan

(Ulang %)
(Ulang @)

Tak perlu bangun pagi lagi
Ini masa kita sendiri
Puas sudah kami menunggu
Jom pergi
Kami hilang kawalan!

(Bridge)

Mari!
Sekolah kita
Jadi kebanggaan
Rentak kita
Terus gemilang
Bila kita lakukannya
Kita pasti kan berjaya
Jomlah kita bergembira
Itulah makna cuti sekolah...




Masa apa?
Cuti sekolah akhirnya menjelma
Raikannya!
Katakan ia sekarang juga
Istirehat
Tidurlah selewat manapun
Bergembira
Buatlah apa yang kau mahu

Masa apa?
Istirehat...(Istirehat)
Sukakannya
Laungkan ia tanpa henti ya
Masa apa?
Bergembira...(Gembira)
Masa apa?
Masa kita!



Lagu : What Time Is It (HSM 2)
Lirik : Mohd Syafiq Asyraf