Lagu ini didedikasikan buat keluarga di rumah yg sentiasa berada dlm ingatan, dan bulan yg tertulis dlm lagu ini menjadi penghubung kasih sayang antara kita (cewaah...) 
BISIKAN REMBULAN 
Ketika ku melangkah pergi 
Ku tinggalkan dia bersendiri 
Tertanya-tanya khabarku ini 
Wajahnya ceria jiwanya menangisi 
Dalam kembara aku di sini 
Ku lihat dia di sana-sini 
Ku pandang rembulan penuh berseri 
Ingin ku katakan sepenuh hati 
(*chorus) 
Sang rembulan 
Kau bisikkanlah kepadanya 
Tentang diriku 
Biarkanlah hatinya tersenyum 
Riang dan gembira 
Untuk selama-lamanya 
Pelbagai onak ranjau berduri 
Akan ku rela untuk tempuhi 
Usah biarkan dia bersedih 
Hanya kerana hidupku kini sepi 
Harapan daku menggunung tinggi 
Untuk menggenggam impian yang pasti 
Wahai rembulan yang ku rindui 
Jangan kau lupa pesan dariku ini 
(ulang *) 
Biar pun tak bercahaya 
Kau tetap buatku teringat dia 
Setiap saat setiap masa 
Bisikanmu kan terus kedengaran 
(ulang * 2 kali) 
LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf 
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan