Selasa, 20 Julai 2010
Malam kemuncak Minggu ELS tiba. Malam tu juga, Pert. ELS Idol diadakan. Sekali lagi, saya beraksi di atas pentas, tapi bukan sebagai penyanyi tau.., hanya penari latar sahaja. Pada penghujung majlis, semua berdebar-debar menantikan keputusan,, dan Alhamdulillah, drama Bestari berjaya menjadi juara, dan lebih gembira saya dibuatnya apabila Bestari menjadi juara keseluruhan untuk Minggu ELS 2010 kali ni. Sambil melompat keriangan (sampai tak ingat dunia...), sya tak putus-putus memanjatkan syukur ke hadrat Allah atas kejayaan ini. Sememangnya, segala penat lelah dan keringat yang saya serta rakan-rakan lain curahkan selama ini sudah terbalas. GOOD JOB, GOOD JOB, BESTARI!!! :-)
Rabu, 21 Julai 2010
Petang itu, bermulanya Kejohanan Olahraga Tahunan SAMURA kali ke-26. Masa tu, saya rasa agak teruja (ye ke?...), walaupun tidak memasuki apa-apa acara. Sepanjang petang itu, Bestari dan Budiman bersaing sengit bagi mendahului pungutan markah, dan sememangnya persaingan itu amat jelas. Boleh dikatakan hampir setiap acara yang dipertandingkan petang itu didominasi oleh Bestari dan Budiman. Acara terakhir pada petang itu ialah tarik tali. Bestari berjaya ke peringkat akhir untuk menentang Sarjana pada esok harinya. Pada penghujung petang itu, Bestari diletakkan di tempat ke-2, hanya 5 mata di belakang Budiman. Mungkin esok, Bestari mampu memintas Budiman, InsyaAllah...
Khamis, 22 Julai 2010
Banyak acara akhir yang berlangsung pagi itu. Saya pula jadi begitu beremangat. OK, terlalu bersemangat, sampai jadi 'bomoh' di tepi padang itu, sambil bersorak untuk Bestari. Malah, pom-pom yang dibawa oleh pelajar perempuan pun saya gunakan sebagai 'prop' untuk menghidupkan 'watak bomoh' saya tu. Ramai juga yang tergelak tengok 'aksi gila' saya masa tu. Sepanjang pagi tu, persaingannya sama seperti semalam. Tapi, pada akhir kejohanan, hanya 1 mata memisahkan Bestari daripada mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Jadi, maknanya Budiman-lah juara sukan untuk 2010 ni. Sedih memang sedih, tapi semua warga Bestari yang terlibat telah menunjukkan usaha yang terbaik. So, once again, GOOD JOB, BESTARI!!! Tapi, ekspresi saya petangnya pula adalah: :-(
Jumaat, 23 Julai 2010
Hari persekolahan yang biasa pagi itu. Tapi, tiba-tiba saya diberi satu tugasan: menjadi pengacara majlis makan malam/jamuan perdana sekolah malam itu. Hai, buat kali ke-4 dalam minggu ni, warga SAMURA akan melihat saya. Tapi, itu adalah tugas dan terpaksalah saya lakukan. Petang itu, ada raptai penuh. Saya digandingkan dengan seorang lagi pelajar Ting. 4. Baguslah, lebih senang sikit nak faham antara satu sama lain. Guru yang bertugas masa itu kagum dengan kepetahan saya berkata-kata semasa raptai itu. Memanglah, bapa borek, anak rintik. Betul tak, Abah? Tibalah saat yang dinantikan. Tetamu undangannya ialah GB SK Sri Jaya, serta Pengetua SMK Parit Bunga. Tapi yang paling utama ialah beberapa orang warga Felda Sri Jaya. Sebabnya: Program Jom Masuk Kampung yang dianjurkan sekolah singgah di kawasan tu, dan jamuan ni adalah sebagai satu penghargaan buat mereka yang sudi menerima kehadiran pelajar SAMURA ke sana. Sepanjang malam itu, tiada sebarang masalah yang besar, cuma sedikit salah faham 'mengubah' aturcara majlis secara tiba-tiba. Nasib baik tak ada yang perasan. Tapi, tak pelah. Lepas ni, mungkin cikgu akan ambil saya lagi untuk jadi MC bagi apa-apa majlis pada masa yang akan datang...
Sabtu, 24 Julai 2010
Pagi itu, ada program amali Haji, anjuran panitia Pend. Islam. Pelik pula rasanya apabila cadar tilam dijadikan kain ihram, sampai ada yang 'kain ihram'nya selalu terlucut. Nasib baiklah cikgu suruh pakai baju riadah pagi tu,. Kalau setakat pakai cadar tu je, hai..., tak tahulah nak cakap apa. Antara amali yang dilakukan termasuklah tawaf, saie, dan melontar jamrah. Memang seronok masa tu, tapi pada masa yang sama, proses P&P yang tak formal dapat saya rasakan. Dalam pada itu, saya dapat juga bayangkan rasanya apabila berada di Mekah, dan doa saya agar semua ahli keluarga dapat pergi ke sana suatu hari nanti. Amin...
Ahad, 25 Julai 2010
Seawal jam 8 pagi, semua pelajar Ting. 4 kena bersihkan kelas, sebab ada nazir yang nak datang Isninnya nanti untuk penilaian Sek. Berprestasi Tinggi (SBT). Nak kata semua ada, tak de lah juga. Tapi, yang penting kelas jadi bersih dan nampak ceria (ye ke?...). Pada waktu tengah hari, Abah dan Umi singgah sekejap ke SAMURA. Mereka dalam perjalanan nak hantar Syakir balik ke SDAR, Seremban. Sempat jugalah merasa ayam KFC yang dibeli mereka. Sambil tu, dapatlah jumpa sekejap dengan Syakir. Ye lah, saya di Muar, dia pula di Seremban. Mungkin, masa bulan puasa nanti baru saya dan dia boleh berkumpul di rumah. Eh, tiba-tiba teringat pula KakLong di K. Terengganu. Apa khabar dia sekarang? Dengar cerita, mata dia ada selaput, lepas tu jatuh sakit. Tak pelah, moga dia cepat sembuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan