Lagu ini pula menjadi satu perlambangan rasa sedih dan terkilan terhadap seseorang yg kita sangka kita boleh harapkan... 
KAU BUKAN DIRIKU 
Pernahkah… 
Pernahkah kau terfikir untuk gambarkan apa yang ku rasakan 
Pernahkah terlintas di mindamu untuk berada di tempatku 
Bukan dirimu yang merentasi lautan penuh berapi 
Dan bukan dirimu yang mendaki gunung penuh berduri 
(*chorus) 
Kau takkan fahami apa yang ku fikirkan 
Kau takkan mengerti apa yang ku hadapi 
Kerana kau dan aku dua jiwa penuh berbeza 
Kerana kau bukan diriku 
Engkaulah... 
Engkaulah yang buat hatiku bak permata retak seribu 
Engkaulah yang hancurkan impian ku bina selama ini 
Adakah kau sedari kesilapan yang kau ciptakan untukku itu 
Atau adakah kau kan terus membisu dan membiarkanku terseksa 
(ulang *) 
Mampukah kau lenyapkan tangisan jiwaku? 
Mampukah kau sahut jeritan batinku? 
Hatiku meronta namun tiada yang mendengar 
Mengapa kau terbitkan sengsara dalam hidupku? 
(ulang * 2 kali) 
Bilakah pancaroba ini kan berhenti mendepaniku? 
Mungkin saatnya kan tiba bila jantungku berhenti berdegup... 
LAGU : Mohd Syafiq Asyraf 
LIRIK : Mohd Syafiq Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan