Isnin, 19 Julai 2010

Debaran Drama ELS

Hai, bertemu kembali...

Malam ini (19 Jul. '10), sya akan menjadi 'narrator' bagi drama Bestari sempena Pert. Drama Minggu Persatuan Bahasa Inggeris (ELS), minggu ini. Memang berdebar-debar rasanya, tambahan pula cerita yang saya (kami) bawakan ialah Slumdog Millionaire; Filem Terbaik di Anugerah Academy 2009.

Cabarannya begitu besar; memendekkan sebuah filem berdurasi 2 jam kepada drama 20 minit sahaja. Kami perlu mendalami kisah ini untuk memastikan kerja kami membuahkan hasil, & sekali gus dapat diterima ramai. Namun, berkat usaha & doa semua warga Bestari, InsyaAllah Bestari mampu mencipta kejayaan dalam pertandingan drama ini, Amin.

Sebelum itu, minggu lepas, saya menyertai Pert. Ejaan (Spelling Bee). Alhamdulillah, Bestari bejaya menjuarai pertandingan tersebut, walaupun ada perkataan yang diberi langsung saya tak pernah dengar. Semoga kejayaan Spelling Bee ini, serta Treasure Hunt akan menjadi pendorong buat Bestari untuk cemerlang dalam pertandingan lain sepanjang Minggu ELS ini.

OK lah, nak pergi latihan drama ini. Wish me luck, OK? Bye...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan