Hai!
Tamat sudah perjuangan saya dalam Pert. Drama sempena Minggu ELS ni. Segala penat lelah yang saya curahkan sudah pun tamat, & hanya satu perkataan mampu saya ungkapkan sebaik sahaja selesai persembahan drama Bestari itu: WOW!!!
Sebabnya cuma satu: Saya begitu & terlalu gembira (enjoy) sepanjang di atas pentas tersebut. Pada mulanya, saya berperanan sebagai pencerita (narrator) yang membantu penonton memahami kisah yang disampaikan. Ye lah, Bestari perlu mengadaptasi filem Slumdog Millionaire, & kalau yang menonton tu tak pernah tengok filem ni, mungkin sukar bagi mereka nak fahami jalan ceritanya.
Kemudian, pada babak terakhir (tarian Jai Ho), saya terus berubah kepada seorang penari yang agak macho la jugak, kan? (memang masuk bakul, angkat sendiri...). Yang lebih menggembirakan apabila saya dapat membuat persembahan secara solo & menggayakan aksi-aksi yang begitu bergaya. Ramai yang terpukau & tak sangka yang saya boleh beraksi sebegitu rupa. Ada yang cakap saya macam Michael Jackson. Bagi saya sendiri, semasa di atas pentas itu, saya rasa diri saya seperti Michael Bublé... Ye lah, dah lah pakai baju kemeja, siap berkot lagi. Memang 'hot' lah masa tu...
Sampai sekarang, saya masih lagi teringat saat itu sambil tersenyum sendirian. Terlalu gembira & teruja saya masa tu. kalau boleh, nak saja saya ulang kembali persembahan tersebut berkali-kali, sebab terlalu 'best' sangat...
Baiklah, malam ini merupakan malam kemuncak; segala keputusan pertandingan sepanjang Minggu ELS ni bakal diketahui. Namun, sama ada menang atau tidak, saya langsung tak kisah. Sebabnya, saya begitu seronok & gembira semasa membuat persembahan waktu itu, & menang atau kalah tak begitu penting buat saya. Yang penting, keseronokan & kegembiraan sepanjang Minggu ELS ni sudah saya rasai.
Baiklah, itu saja yang mampu saya coretkan buat masa ini. Bye & wassalam...
THANK YOU!!!
:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan