Lagu yg dicipta khas buat warga 4 Cekap a.k.a. CekaPranksterZ... Go, CEKAP, Go!!! 
C.E.K.A.P. 
Ketika ceritera bermula 
Kami semua tampil megah 
Menjadi watak utamanya 
Beraksi di pentas dunia 
Pelbagai kisah tercipta 
Pelbagai ragam terlihat 
Itulah yang mewarnakan 
Dunia kami semua 
(*chorus) 
Ceria itulah wajah kami sentiasa 
Engkau dan aku tetap berjuang bersama 
Kekalkan semangat yang sedia membara 
Azam dan wawasan kan terus digenggam 
Pastinya kami mampu jadi yang terhebat 
Kami melangkah di laluan yang sama 
Penuh liku-liku sukar 
Namun tiada apa yang akan menggugat 
Kami untuk terus menapak 
Cabaran rela ditempuh 
Halangan pasti diruntuh 
Kami kan bersatu hati 
Demi mencipta sejarah 
(ulang *) 
Budi bahasa prinsip kami setiap masa 
Disiplin jangan sesekali dilupa 
Usaha dalam mendaki ke puncak 
Bersama berdoa kepada Yang Esa 
Semoga kami mampu menggapai impian gemilang 
(ulang * 2 kali) 
C, E, K, A, P, kami paling... CEKAP! 
LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf 
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan