Rabu, 28 Julai 2010

AAAAARRGH!!!

Minggu ni, jiwa dan jiwa saya begitu terseksa. Boleh dikatakan, setiap hari, tak habis-habis masalah yang memeningkan kepala muncul tiba-tiba. Aduhai...

Masalah saya yang paling utama ialah ulang kaji untuk 'exam' minggu depan. Walaupun durasi untuk satu subjek tak sampai 1 jam setengah pun, tapi saya tetap risau, lebih-lebih lagi subjek Add. Math, Biology, Chemistry dan Physics. Setiap kali saya menyelak modul yang diberi, macam-macam kekusutan yang melanda, walaupun cikgu dah bebrapa kali terangkan. Nasib baiklah sekarang ni saya dah boleh 'tangkap' apa yang saya terlepas pandang. Tak apalah, harap hujung minggu ni, saya dapat gunakan sepenuh masa untuk ulang kaji.

Itu satu. Satu lagi perkara yang memeningkan otak saya ni adalah tentang 2 rakan sekelas, merangkap rakan baik saya yang paling rapat. Nama mereka, tak perlulah saya sebut. Ceritanya macam ini: Mereka (B dan C) ini memang ada hubungan yang begitu rapat. Setiap kali saya lihat mereka berdua bersama-sama, saya tersenyum melihat betapa mesranya mereka berdua. Senyuman merekalah yang membuat diri saya sentiasa ceria setiap hari. Tapi...
Segalanya berubah pada suatu hari, apabila datang seorang insan (A) yang menjadi 'pemutus' kepada kisah bahagia mereka. Mulanya, A cuma muncul sebagai 'secret admirer' kepada B. Namun, lama-kelamaan A dan B jadi makin serasi, dan apabila C tahu tentang hal itu, C merasa agak sedih. Secara tidak langsung, B dan C terpaksa membawa haluan masing-masing, sekaligus meneruskan hidup mereka sebagai hanya kawan biasa. Sewaktu saya mendapat tahu berita tentang peristiwa itu, hati saya terkejut dan sedih pada masa yang sama. Melihat mereka tidak lagi bersama memang sesuatu yang janggal untuk dilihat. Yalah, di mana ada B, di situlah ada C, hatta di dalam kelas pun, mereka selalu berbincang dan buat kerja sekolah bersama. Bagi saya sendiri, mereka memang ditakdirkan untuk bersama (hai, saya ni dah banyak sangat tonton cerita cinta...) Tapi, Andai Itu Takdirnya (ewah...), saya tak berdaya nak buat apa-apa.

Hai, moga-moga minggu depan akan membawa sinar baharu dalam hidup saya sebagai seorang pelajar di SAMURA. Lebih-lebih lagi, hujung minggu depan, saya akan menghadiri satu kem Bah. Inggeris di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang yang pastinya memberi satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Doakan kejayaan saya dalam 'exam' kali ini, ya? Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan