Hai!
Hari ini, saya akan kembali ke SAMURA selepas bercuti di rumah sepanjang hujung minggu ni. Memang sedih rasanya, tapi kehidupan sebagai pelajar perlu diteruskan.
Malam tadi (Sabtu), saya menonton rancangan Keynote, terbitan Astro. Rancangan realiti itu mencari bakat-bakat baru dalam bidang muzik, terutamanya komposer. Sepanjang rancangan itu, saya membayangkan yang saya merupakan salah seorang peserta dalam rancangan itu. Tapi, nak buat macam mana, saya ni tak adalah arif sangat dalam muzik; nak baca nota muzik pun tak pandai...
Pada malam yang sama, saya menonton Majalah 3 yang memaparkan Kembara Mahkota Johor 2010. Unik, itu yang boleh saya katakan. Sebabnya, kembara kali ini menjadikan kereta api sebagai medium pengangkutan bagi kerabat diraja Johor untuk mendekati rakyat jelata. Memang saya rasa cukup bangga dengan usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengadakan kembara ini dalam menyelami kehidupan & masalah rakyat negeri Johor. Melihat baginda memandu kereta api, saya pun terfikir untuk menaiki kereta api pada masa hadapan.
OK la, SAMURA dah mula memanggil-manggil, jadi sekian sahajalah coretan saya kali ini. Bya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan