Jumaat, 16 Julai 2010

Wajahmu, Jiwaku

Lagu ini ditujukan khas buat mereka yg menjadi pendorong kpd saya utk terus bertahan menjalani hidup sbg warga SAMURA, termasuklah Abah & Umi, KakLong, Syakir, Syahida, dll...

WAJAHMU, JIWAKU

Terpaksa ku langkahi denai penuh berduri
Terpaksa ku lalui lembah penuh berapi
Namun kau genggam erat tanganku
Dan kau bisikkan cinta dalam diriku

(*chorus)
Saat ku renung ke dalam matamu
Ku lihat sinar cahaya di hatimu
Saat ku tatap dan pandang wajahmu
Ku lihat jiwaku menjelma di situ

Engkaulah temanku dalam tawa dan air mata
Engkaulah yang meniup semangat buatku sentiasa
Ketika jasadku tersungkur di sini
Kau bangkitkanku dari igauan penuh ngeri

(ulang *)

Tanpamu takkan dapat ku berdiri
Tanpamu hidup bagai tiada erti
Dirimu yang aku perlukan
Dirimu yang aku dambakan
Agar ku dapat menjejak impian

(ulang * 2 kali)



LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan