Sebagai seorang pelajar SBP yang terletak 86 km dari rumah, memang rasa rindu kepada keluarga tak dapat nak dielakkan, lebih-lebih lagi bla lihat pelajar lain pulang ke destinasi masing-masing.
Jadi, bila diberi peluang kembali ke rumah walaupun cuma 3 hari 2 malam je, namun setiap saat saya di rumah amat berharga.
Semasa saya menaip blog ini, Umi sedang memasak di dapur; Abah pulak sibuk dengan 'assignment' dia. Tapi, bila melihat mereka, saya rasa amat gembira sebab sekurang-kurangnya saya tahu di depan mata saya, mereka sihat walafiat.
Tapi, keadaan di rumah sekarang dah tak sama; Syakir di Seremban, & KakLong di K. Terengganu. Jadi, tak meriahlah suasana di rumah tanpa mereka. Kadang-kadang, ila saya di Muar, mereka berdua pla yang balik ke rumah, & dengan itu tak dapatlah sya nak jumpa mereka. Namun, dapat berada di rumah pun saya dah cukup gembira.
Jadi, ingatlah, tiada tempat yang lebih baik selain di rumah. Kalau diberi kesempatan untuk pulang ke rumah, pulanglah. Pepatah Inggeris juga ada menyatakan: East or west, home is the best.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan