Jumaat, 16 Julai 2010

Langkah Bermula

Lagu ini pula adalah sbg penyuntik semangat dlm memulakan kehidupan sbg pelajar SBP (hehehe...) & lagu ini secara tak rasmi merupakan lgu utk Batch ke-28 SM Sains Muar (SAMURA)...

LANGKAH BERMULA

Diriku menuju
Ke arah matlamat yang satu
Untuk menggapai
Bintang yang berkerdipan

Jalan yang ku tempuhi
Ternyata penuh rintangnya
Namun harus ku gagahi
Demi impian dan cita-cita

+
Harus ku sematkan
Dalam sanubari
Akan ku cuba hingga
Dunia ini mampu ku takluki

(*chorus)
Tiada yang mudah
Dan tiada yang sukar
Untukku berdiri
Di puncak gemilang
Ku galas seribu harapan
Ku junjung seribu usaha
Untukku kembara beribu batu
Akan ku pastikan
Langkahku bermula

Pabila ku mula menapak
Diriku terasa lemah
Namun kini ku makin tabah
Untuk terus mengorak langkah

Ku miliki satu azam
Yang akan sentiasa ku genggam
Ingin ku ubah mimpi
Menjadi satu realiti

(ulang + dan *)

Aku takkan mengalah dalam perjuangan ini
Aku takkan berhenti bejalan di bumi ini
Pintaku kepada Yang Maha Esa
Kejayaan bersamaku selama-lamanya

(ulang * 2 kali)



LAGU : Mohd. Syafiq Asyraf
LIRIK : Mohd. Syafiq Asyraf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan